BANJIR di Bera 2017

January 28, 2017 C i k R e n e x 12 Comments

Assalamualaikum dan Hai.

Sekarang kat area rumah Cik Renex ada yang dah dinaiki air. Banjir dah tiba di Pahang. Doakan agar kami semua selamat dari banjir besar macam 2007 dan 2014. Ingat lagi masa banjir 2014, kampung reen dah macam laut. Nampak bumbung rumah je. Alhamdulillah rumah reen tak kena. Tapi terkepung dan terputus bekalan elektrik dan air. Line telefon pun takde.


Nak mandi pun terpaksa ambil air sungai. Redha je la terpaksa mandi dengan air sungai yang gaya air teh tarik kaw. Balik umah tapis ngan kain batik buang habuk sampah2. Redha. Itu pengalaman dan dugaan Allah bagi kat kita supaya kita sentiasa bersyukur.


Sekarang. Banjir 2017. Mula naik hari Khamis baru ni. Hujan pun kadang2. Masa khamis tu CR pergi kerja lagi. Tapi minta balik awal sebab risau jalan tutup.

Banjir 2017
Ni gambar dekat waterfront Bera. Khamis 26 Jan 2017.

Bera
Tapak pekan sehari. Khamis 26 Jan 2017.


Bera
Jumaat 27 Jan 2017. Masa ni memang jalan dah ditutup untuk kenderaan ringan. Jadinya CR tak boleh nak kemana2 dah. Ke Temerloh tak boleh ke Kerayong pun tak boleh.


Banjir
Ni gambar dari member. Restoran Gobang Maju Temerloh. Air naik tapi dengan kadar slow.


Sekarang ni air makin naik lagi. Tak pergi lagi tengok air. Harap2 air makin surut. Bekalan elektrik baru je terputus ni. Huhuhu. Mesti tak lama lagi bekalan air paip pulak. Mohon bertabah CR dan semua. Maaf sebab tak sempat nak balas komen. Balas blogwalking. Nanti CR blogwalking.


Doakan Kami semua terselemat dari banjir besar.

12 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Lirik Lagu Aku Sanggup , Sufi Rashid

January 25, 2017 C i k R e n e x 5 Comments

Assalamualaikum dan Hai.

Alhamdulillah. Pagi ni cuaca dah cerah sedikit. Semalam hujan dari awal pagi sampai ke malam. Ada beberapa daerah kat Pahang dah dinaiki air. Air sungai pahang pun makin naik. Harap2 tak banjir teruk macam 2014.


Tadi kat radio ada dengar satu lagu ni. Single terbaru Aku Sanggup nyanyian Sufi Rashid AF. Suka gila dengar lagu ni. Lagu ciptaan Edry KRU dan lirik Edry KRU & Sufi. Susunan lagu ni ala2 zaman muzik leleh 90an. Kena la dengan jiwa aku.

Aku sanggup


Nak tengok dan dengar lagu Aku Sanggup ni boleh la klik video bawah ni.




LIRIK LAGU AKU SANGGUP ; SUFI RASHID

Termenung sendu
Ratapi luka yang telah terguris
Mengejar bayang
Moga terbukanya pintu hati

Rindu saat kita
Seperti lalu saling menyayangi
Namun kau berubah
Tawar hilangnya kasih

Apa gunanya berbicara
Jika hati tak sekata
Andainya masih ada cinta
Dengarkanlah

Sayang tak usah kau pergi
Jauh dari diri ini
Jika kau mahu aku sanggup
Rebah melutut merayu

Jiwa masih mencintai
Kita punya harapan lagi
Jika kau mahu aku sanggup
Mulakan hidup baru

Sayang aku sanggup

5 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Bateri handphone kembong/mengembang?

January 23, 2017 C i k R e n e x 10 Comments

Assalamualaikum dan Hai.

Sambil layan drama Love You Miss Pomen sambil2 tu update blog kejap. Lama tak blogwalking. Tak sempat. 😂😅 Update pun guna bloggeroid je ni. Okay la dari takde kan. Nanti la CR balas blogwalking korang k.


Nak citer kejadian semalam. Masa tengah berlaman sosial. Tiba2 handphone rasa panas je. Sebelum ni pernah jugak jadi macam tu tapi wat tak tahu je. Tadi tergerak hati nak tengok bateri.



Tengok casing phone dah terbuka sedikit. Buka bateri bila tengok betul2 rupanya bateri dah KEMBONG. Tunjuk kat sepupu , dia cakap mujur tak meletop je. Seram. Terus keluarkan bateri. Tak berani nak on dah.


Pergi Temerloh cari bateri baru. Mahal gak yang original. Aish. 😑😅 tapi takpe la. Demi keselamatan. Dan demi untuk bermedia sosial. Haha.


Staf kat samsung tu ade cakap, jangan charge handphone dari malam sampai ke pagi. Overcharge. Tu kadang2 jadi kembong cepat. Tapi cik renex jarang sangat wat cam gitu tapi masih kembong jugak. REDHA je lah .


10 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Menang contest Tag dan Menang Sahabat at Taqwa

January 19, 2017 C i k R e n e x 20 Comments

Assalamualaikum dan Hai.


Alhamdulillah. Rezeki awal tahun lagi. Menang contest Tag dan Menang Sahabat at Taqwa. Sebenarnya menang pun hasil dari member aku tag nama aku. Terima kasih munir. Berkat jari aok mengetag koi. Hiks. Sebenarnya aku tag jugak tapi xde rezeki menang. Menang yang member tag je. Tu pun seronok dah sebab masih dapat hadiah jugak. Alhamdulillah.

Hadiah apa yang aku dapat dari Sahabat at Taqwa?


Thebeemee

Beg design sedekah
Non woven beg Bersyukur
Tasbih
Kalender
Kipas tangan
Kad zikir


Suka sangat dapat hadiah ni. Paling suka beg design sedekah tuh. 😘


Peminat buku boleh la terjah ke Sahabat at Taqwa untuk beli buku. Takpun terus je direct ke thebeemee.

Sahabat at taqwa

20 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Edit gambar guna PicsArt

January 18, 2017 C i k R e n e x 18 Comments

Assalamualaikum dan Hai.

Zaman sekarang ni banyak sangat application kat handphone untuk kita install bagi edit gambar kan. Antaranya picsart, vsco, phonto, prisma dan macam2 lagi. Pilih je mana yang berminat. Bagi aku yang paling aku suka ialah picsart dan vsco. Prisma masa mula2 tengah in aku rajin jugak guna tapi sekarang malas da. Yang lain tu tak berapa nak reti sangat.


Picsart

Senang je nak cari apps ni. Buka play store taip picsart. Tekan install. Selesai download boleh la nak guna. Macam2 efek ade. Rajin2 la explore yer. Aku pun tak habis guna segala efek2 dia. Guna yang basic je.


Nak tengok hasil edit? Aku belanja satu. Tak hebat mana pun. Korang lagi terer wat. Huhu.

GAMBAR SEBELUM EDIT PICSART

Picsart

GAMBAR SELEPAS EDIT PICSART

Edit picsart


Senang je ni. Paling basic.  Seram ke idok? Haha.

Nak tengok yang lagi power edit boleh jengah FB page Hafiz Ahmad. Aku banyak belajar dari tutorial dia jugak. Kalau ade masa lapang jenguk tutorial kat youtube. Di youtube banyak sangat tutorial dari picsArt. Memang hebat dieorang guna appa ni.


Korang pulak, suka guna apps apa untuk edit gambar?

18 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Menang lipstick Mary Kay Gel Semimatte

January 15, 2017 C i k R e n e x 20 Comments

Assalamualaikum dan Hai.

Baru ni Cik Renex ada join contest dari Beauty Consultant Mary Kay , Kak Khaty. Kena teka tarikh dia mula2 join Mary Kay. Gigih Cik Renex scroll timeline FB beliau. Alhamdulillah terpilih jadi salah seorang pemenang walaupun tarikh tak tepat tapi tarikh yang paling hampir.. Yeay! Lama dah teringin nak pakai lipstick MK ni. Dapat free lagi bertambah happy. Hikhik.


Gel Semimatte
Ni dia hadiahnya. Lipstick Mary Kay Gel Semi-matte.

Gel Semimatte


Cik Renex dapat warna Mauve movement. Cantik sangat warna dia. Suka. Tak over sangat warna dia. Sebab memang suka warna yang light2 jer.



Terus pakai pergi kenduri semalam. Cantik kan warna dia. CR bukan jenis yang pakai lipstik sangat. Rasa nak pakai baru pakai. Tapi sejak dapat lipstick Mary Kay terus rasa jatuh hati nak pakai selalu 😆.


Banyak lagi warna lipstick ni. Ni antara warnanya.


Semua warna cantik! Kan. Jadi cepat2 la contact beauty consultant cepat2. 

Ni facebook kak khaty,Mary Kay beauty consultant . Terima kasih kak. Lain kali buat contest lagi yer. 



20 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Kahwin?!

January 09, 2017 C i k R e n e x 21 Comments

Assalamualaikum dan Hai.

Tengah2 online facebook nampak pulak gambar ni. Ramai pulak friends FB share.


Alamak, da terlebih umur. Cik Renex tahun ni dah duapuluhlapan.

Sebenarnya tak kisah pun umur berapa. Cuma dalam gambar ni dia tekankan umur yang sempurna. Semua bergantung pada diri sendiri dan pasangan. Yang paling penting kita berusaha untuk menjadi yang tebaik dalam hubungan perkahwinan kita suami isteri.

Ada yang rezeki cepat, abis SPM terus kahwin dah. Ada yang lewat umur 40an baru kahwin. Ini semua dah di tetapkan. Sabar dan banyak2 berdoa. *macampesanuntukdirisendirije. ^^v


Doakan Cik Renex menamatkan zaman bujang pada tahun ni dan tukar gelaran Cik Puan Renex. AMINN. 😊☺

21 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Art : Mountain of Cats

January 08, 2017 C i k R e n e x 16 Comments

Assalamualaikum dan Hai.

Selamat berhujung minggu bloggers. Apa plan hujung minggu korang? Cik Renex duduk rumah je. Semalam je sempat ke kenduri. Jiran jemput kenduri kahwin dan kenduri arwah. Makan free. Alhamdulillah. Hari ni duduk rumah je la. Sambil menjahit sambil tengok hindustan Duplicate. Tapi sempat jugak scroll timeline Facebook. Tengah seronok2 scroll ada nampak orang share something ni. Tertarik terus nak klik.


Dari dinding kosong jadi dinding yang penuh dengan doodle kucing. Tuan rumah ni baru pindah ke rumah baru jadi dia upah Muffinsaurs untuk lukis kat dinding. Tadi aku scroll page FB dia. Ya allah kreatif sangat. Teringinnya nak jadi macam dia.


Ni hasil karya Mountain of Cats Stephanie Raphaela Ho (Muffinsaurs)




Yang ni masa kosong.



Okay dah makin bertambah kucing dia.


Cantik sangat. Sesuai untuk pencinta kucing ni.



Kat suis tu comel


Yang ni pun ohsem.

Ni facebook dia. Kalau nak tengok https://www.facebook.com/muffinsaurs/


Cantik dan kreatif kan. Kalaulah CR ada bakat cam gini. Da pnuh dinding kat rumah tu CR lukis gambar owlie. Hehe.

16 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Durrah Fadhilah Home & Mobile Spa

January 06, 2017 C i k R e n e x 10 Comments

Assalamualaikum dan Hai. 

Kecantikan dengan perempuan mana boleh dipisahkan. Siapa setuju? Haruslah semua setuju 100% . Memang kita akan menitikberatkan pasal kecantikan ni. Sebab tu kadang-kadang kita sanggup berhabis duit untuk memastikan kecantikan kita terjaga. Ada yang sanggup berhabis beratus ringgit beribu ringgit dengan membeli barang kosmetik. Sesetengahya pulak ada yang gemar berkunjung ke spa kecantikan untuk scrub dan massage2. Tapi dengan zaman sekarang ni, banyak komitmen dengan sibuk dengan bekerja dan anak-anak(bagi yang punya anak). Balik dah lewat, nak ke spa memang akan rasa berat kaki melangkah. Lagi satu perlu memandu dan berdepan dengan kesesakan jalan raya untuk ke spa idaman. Jadinya, impian ke spa itu akan terkubur begitu sahaja.


Tapi, jangan risau kerana Durrah Fadhilah Home & Mobile Spa akan membantu anda dengan beliau ke rumah anda untuk memberi khidmat spa. Senang kan. Hanya buat temujanji dengan mereka, dan mereka akan datang ke tempat anda. Tapi servis Durrah Fadhilah khas untuk warga AMPANG,SETAPAK,WANGSAMAJU,GOMBAK. 

Untuk tempat lain boleh jugak booking pada tarikh yang ditetapkan. Tapi jika nak datang ke home spa pun boleh jugak. Booking tarikh dan masa dan terus datang ke rumah owner di DAHLIA COURT APARTMENT,AMPANG. 

Sekarang Durrah Fadhilah Ent. ada buat promosi sempena pembukaan. Rugi lah kalau tak grab. Jom tengok promosinya. 

 PAKEJ DURRAH FADHILAH HOME & MOBILE SPA

Ala Carte Manja2. 

1)Full body massage: Rm40 

2)Full body scrub : Rm50 

3)Full body bekam : Rm40 

 

Combo!! 

~Package A (1+2) : Rm80 

~Package B (1+3) : Rm75 

~Package C (1+2+3) : Rm120

 *promosi ni sehingga 28/2/2017 taw. Cepat grab sebelum terlambat. Kalau berminat boleh terus booking. 

UNTUK TEMPAHAN : 


Setiap hari bermula 9pm Untuk 11/1,16/1,31/1 booking bermula 10am-9pm 
Hanya Whatsapp "DURRAH" ke 013-9732945 untuk tempahan  & pertanyaan 




Jom kita cantik bersama2.

10 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Blog bertukar dari Simple ke Responsive.

January 05, 2017 C i k R e n e x 30 Comments

Assalamualaikum dan Hai.



Permulaan tahun 2017 yang sangat sibuk. Sibuk update stok makmal, kemas2 dan macam2 lagi. Bila balik kerja sibuk dengan menjahit. Walaupun kadang2 aku pilih tidur dari menjahit. PENAT. Tapi sempat la jugak blogwalking beberapa blog. Tengah2 blogwalking nampak la entri Blog Mai. Dia sukarela nak tolong tukarkan template blog dari simple ke responsive template. Wahhhhh, menarik ni. Cepat je aku komen. Tak menyempat tunggu dia balas komen kat blog terus whatsapp dia. Nampak tak semangatnya? ^^v


Lama dah teringin nak tukar sebenarnya ke responsive ni tapi tak sempat nak edit2 lagi. Bila mai dah offer, laju la aku nak mintak tolong.Blogger lain pun dah ramai tukar responsive ni template.

Jom tengok transformasi Blog Cik Renex dari Simple Template ke Responsive.

SIMPLE TEMPLATE


Blog aku dulu sebenarnya berasal dari classic template. Masa zaman mula2 blog, rajin edit guna template blogskin. Ni dah kerja, payah sikit nak main code. Kadang lupa dah. Lepas tu tukar ke simple template. Dan sekarang sempena tahun baru, marilah tukar ke responsive.

RESPONSIVE TEMPLATE


Yang ni setelah ditukar. Taraaaaaaa. Bagi aku kemas dan cantik. Aku suka template baru aku ni. X berani lagi nak edit2 code. Kang jadi lain. Tunggu nanti2 lah.


TERIMA KASIH BANYAK2 kat Mai sebab tolong akk tukar template blog. Dah la PERCUMA je. Sayang lebih lah. Nanti akk bagi hadiah yer. Oh ye, header tu pun Mai yang tolong buatkan. Up lagi graf sayang. Hehehe.


Klik SINI untuk ke blog Mai. ❤ Banyak tips,review dan tutorial. Tak rugi terjah. Oh ya,jangan lupa komen mengenai template baru ni taw. ;)

30 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

1/365 : Planner dari Mr. D.I.Y

January 01, 2017 C i k R e n e x 34 Comments

Assalamualaikum dan Hai.

Rasa tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017. Semalam kat wall Facebook dibanjiri dengan wish happy new year, gambar video bunga api , dan 2016bestnine. Semua semangat nak sambut tahun baru. Tahun baru aku stay rumah je. Layan Dilwale. 😊


Sebenarnya nak share satu planner dari Mr. DIY. Baru je beli tadi. Lama da survey baru sekarang nak beli. Orang lain da lama beli planner 2017 aku baru nak beli. Teruk2. 😁 Takde la,ingatkan ada rezeki menang giveaway, dapat hadiah planner tapi apekan daya, rezeki tak berpihak pada blog cik renex. Maka beli lah sendiri planner. 


Cantik tak?? Murah je. RM8.90. Ada banyak pilihan warna ; biru, ungu, pink , hijau. Aku pilih biru turqoise sebab bunga dia cantik. Tinggal satu je tadi. Terus grab beli. 


Helaian pertama. Boleh la nak letak gambar ke biodata ke.


Kenapa aku pilih planner ni? Sebab dia da wat ruang untuk setiap minggu. Tinggal tulis tarikh dan hari je. Pastu hias2 ngan washi tape. Yang ni suci bersih lagi sebab tak hias lagi. Baru beli kan. 😊


Ada jugak ruang untuk tulis nota2 lain. Kot2 lah nak luahkan isi hati yang terkurung di dalam hati. 

Itu je lah nak cerita planner 2017. Harap semangat nak hias bagi cantik planner berterusan sehingga hujung tahun. Aku perlukan planner sebab aku ni jenis pelupa gak kadang2. Penting jugak untuk nak plan bila nak siapkan bantal keychain bycikrenex.



34 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)