Lirik OST Pinjamkan Hatiku (Ayda Jebat & Adi Priyo)

Pinjamkan Hatiku

Lirik Pinjamkan Hatiku (Ayda Jebat & Adi Priyo) | Assalamualaikum dan Hai.  Siapa dah tengok Filem Pinjamkan Hatiku? Aku belum pergi lagi tapi bila check online, di GSC Mentakab ada siarkan filem ni. Kalau sempat boleh pergi tengok. Dah hampir seminggu cerita ini ditayangkan dan rata-rata penonton memberi komen yang positif. 

Filem ni aku teringin nak tengok sebab ada Farid Kamil. Dia selalu menjadi Hero Pujaan daku dulu kini dan selamanya. Pinjamkan hatiku ni mengenai apa? Meh aku sharekan sinopsis filem ni. 

Sinopsis (Sumber)

"Dikisahkan di filem ini bahwa Laila Safitri [Ayda Jebat] berdepan dilema untuk memilih antara kawan lama, Naufal [Shaheizy Sam] atau Doktor Hasnan [Farid Kamil] yang merawat Naufal ketika sakit.Timbul bibit-bibit cinta antara mereka berdua sehingga membuat Laila lupa akan segala pahit dan kesakitan yang dialami dengan kehadiran Naufal. Begitu juga dengan Naufal. Mereka seperti saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain.
Gelak tawa dan riang bersama menjadi makanan harian mereka sehingga datangnya seorang pemuda yang bernama Dr.Hasnan yang merubah segala corak cerita cinta Laila dan Naufal.Apakah pengakhiran kisah cinta mereka? Berjayakah Dr. Hasnan memaut hati Laila Safitri sedangkan hati Naufal ada apa Laila?"

Meletop pernah jemput pelakon filem ni iaitu Ayda Jebat, Shaheizy Sam dan Lia Natalia. Dan Nabil pernah tanya pengalaman mereka semasa shooting filem ni. Salah satunya adalah Ayda Jebat cedera sebab Sam tak sedar dia terlanggar ranting semasa dukung Ayda Jebat. Menghayati watak sangat sampai tak perasan pipi Ayda terkena. hehehe. Dan mereka juga perlu ke Air Terjun Pelangi beberapa kali disebabkan nak shoot pelangi diair terjun tu kan. Aku perasan memang cantik-cantik tempat shooting dieorang tu. :)

Dan seperti biasa, Ost setiap filem memainkan peranan penting juga bagi menghidupkan jalan cerita. Untuk filem ni ada dua lagu tema iaitu Pinjamkan Hatiku nyanyian Ayda Jebat dan Adi Priyo. Lagi satu adalah nyanyiah Hafiz Suip yang berjudul Lepaskan Pergi. 



Jom kita layan video lagu OST Pinjamkan Hatiku ini. 



Lirik Pinjamkan Hatiku (Ayda Jebat & Adi Priyo)

Ini bukan lagu cinta kita yang dulu
Saat itu ku fikirkan cinta matiku
Namun kini ternyatalah hatiku milik dia
Bukan engkau seperti ku sangka

Mudahnya kau lepaskan kata-kata mu
Terfikirkan tergores perasaan ku
Yang selamanya mencinta sedikitpun tak berubah
Kau memang sebegitu saja

Memang salah diriku, tak peduli perasaanmu
Yang seharusnya tahu tak lagi dihatiku

Tak akan miliki cinta yang suci
Kan kini dan hingga selamanya

Ku simpankan semua detik terindah
Dalam kenangan cinta
Kerana masa telah merubah jiwa
Kita harus terima begini suratannya

ooh.. tolong maafkan aku
Mudah bagi dirimu
huoo...oo

Ku simpankan semua detik terindah
Dalam kenangan cinta
Kerana masa telah merubah jiwa
Kita harus terima begini suratannya

Kerana masa telah merubah jiwa
Kita harus terima begini suratannya

Ini bukan lagu cinta kita yang dulu
Saat itu ku pikirkan cinta matiku
Namun kini ternyatalah hatimu milik dia
Bukan aku seperti ku sangka

Tolong maafkan aku
Mudah bagi dirimu


‘Setiap Degup Jantung Ini Milik Kamu”

4 comments

  1. Hana balas kunjungan.Thanks for the lyrics, berjiwang lah itew kejap lagi. Hohohoh :D

    ReplyDelete
  2. Ana pun ada baca ramai kata best cerita ni. Makin laku FK skrg ni lps sunyi sekejap kan.

    ReplyDelete
  3. Liriknya menarik. Tapi tak tonton lagi cerita ni. Maybe dah ada online kan. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex