3 Tutorial pakai Shawl



3 Tutorial pakai Shawl Siapa disini adalah peminat tegar selendang atau shawl? Antara tudung bawal, awning dan shawl, Cik Renex lagi meminati shawl. Bukan tak pernah pakai bawal pakai jer sebenarnya cuma tak sekerap pakai shawl. Bila keluar jalan-jalan memang akan memilih untuk pakai shawl. Sesetengah orang akan cakap , lecehla pakai shawl ni, tapi sebenarnya senang je kalau kena caranya.

Kawan CR siap cakap kalau dia yang pakai shawl pergi kerja,kena bangun awal pagi lah gayanya. Hehe. CR mula-mula pakai shawl dulu macam tu jugak tapi lama kelamaan ok jer. Bila pakai bawal yang menyebabkan CR bersiap lambat dari biasa. hehe


Jadi, kali ni CR akan kongsikan beberapa video tutorial dari Youtube cara memakai shawl dengan mudah. 


CARA PERTAMA



CARA KEDUA



CARA KETIGA




Antara tiga style ni, CR lagi berkenan cara yang pertama. Kadang pakai style gitu tapi ubah la sikit. Adjust labuh ikut keselesaan. hee. Video kedua dan ketiga adalah youtuber Nadhrah. CR suka tengok channel tutorial dia sebab senang nak faham cara dia ajar kita pakai tu. 

Kalau tak faham dengan tutorial di atas ni, boleh la try search di Youtube nanti. Banyak sangat tutorial di situ. Sekarang tengah trend shawl ala-ala Nabila Si Pematah Hati yang viral tu. CR kurang berkenan sikit style tu sebab dia kena one sided loose kan, jadi rimas lak ase tapi suka tengok orang pakai. :)

Sekiranya korang masih jugak lagi rasa payah nak pakai shawl, boleh la beli yang Instant Shawl. Mudah je tinggal sarung je. 

Jadi mana pilihan korang kalau pakai shawl? Rasa-rasa boleh ikut tak style dalam tutorial video tu?

15 comments:

  1. cantik! IQ suka tengok tutorial, terutama yang cara ketiga tu, banyak pilihan. banyak style. heeeee

    ReplyDelete
  2. Suka tengok orang pakai shawl. Tapi saya tak boleh tudung berbelit-bekit, nanti cepat pening kepala.

    ReplyDelete
  3. Ana suka shawl lg dr bawal. Awning dah lama tinggalkan sebab rasa x sesuai dengan muka. Ana pakai shawl sepesen je lah. Xreti nak pakai style lain.

    ReplyDelete
  4. Akak suka jugak tengok tutorial tapi tak suka pakai sebab rasa macam terbelit kat tengkuk jea.. hihih..

    ReplyDelete
  5. sekarang ni prefer shawl tapi buat 1 style jer lahh pandai hii..awning x suka sebab x sesuai dgn muka.. sekarang nak berlatih pakai bawal lak.. lama betul tinggal tudung bawal

    ReplyDelete
  6. boleh try ni nanti kalau nak pi jalan2..hahakss.

    ReplyDelete
  7. Mama pandai pakai shawl simple2 je. Kalau pegi keje pakai tudung sarung aje kalau malas haha

    ReplyDelete
  8. Tengok tuto macam senang je sekali bila cuba buat, kelauuuut tak pernah nak jadi. End up belit gaya biasa je hahaha

    ReplyDelete
  9. Ingatkan CR buat xD hahahahaha bila CR pulak nak buat tutorial sendiri

    ReplyDelete
  10. tq 4 sharing cik renex..kot la rjin nk belit2kan shawl kt muka nie..sllu mmg x rjin..hihi

    ReplyDelete
  11. Hana prefer bawal.Buat silang kiri kanan dah siap.Hohohoh malas punya pasal kan? heheh

    ReplyDelete
  12. mek pun prefer no 1 sbb senang tk rumit. hahah. sng nk belit, tak memerlukan masa yang lama. gtuuuuu

    ReplyDelete
  13. suka tgk cara ke-3 tu tp bila try sendiri...nampak selekeh giler dengan tudung lipat2 x kemas masa nak pin tu../last2 buat shawl cara pertama sbb tu jer paling senang...eheheheh...

    ReplyDelete
  14. busyra pakai shawl guna satu pin ja.. haha. sbb busyra tak reti sngt nak lilit2..

    ReplyDelete
  15. Tutorial yang sangat bagus untuk wanita yang suka berfesyen kan kak. Hihi. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.