Tuesday, November 7, 2017

Pasar Payang Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan Hai

Pasar Payang Kuala Terengganu | Pada hujung bulan september baru ni Cik Renex sekeluarga telah ke Kuala Terengganu sempena cuti saja-saja. Kami menginap di Falah Guest House yang sangat strategik tempatnya sebab berdekatan dengan tempat-tempat yang kami ingin lawati. Mana yang belum baca entri mengenai homestay kami duduki tu boleh klik sini

Hari pertama kami telah ke Pantai Batu Buruk dan Tasik Kenyir kan. Jadi kemana destinasi seterusnya? Bila dah jejak ke tanah Kuala Terengganu orang kata tak sah kalau tak ke Pasar Payang kan? Masa kali pertama CR ke KT tak sempat singgah Kuala Terengganu, jadinya kali ni memang kena pergi. Dekat je dari homestay CR ke Pasar Payang ni , setkan di Maps maka nanti sampai lah kita. 
Kuala terengganu
Cantik dah cat baru

Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu. 
  Sumber 


Kami pergi pada hari Jumaat lepas sembahyang Jumaat. Mula risau juga buka ke tak hari Jumaat rupanya buka cuma tak banyak kedai buka. Sebabnya bila CR pergi keesokkan harinya banyak pula kedai yang buka. Orang pun ramai, bersesak-sesak di bahagian tingkat satu. Berbeza bila pergi hari Jumaat tu, orang lengang sedikit.

kuala terengganu

Pasar Payang mempunyai dua aras sahaja. Aras bawah adalah tempat jualnya perkakas dapur seperti periuk, kuali dan sebagainya. Aras bawah ni juga tempat orang menjual makanan-makan tradisional Terengganu, keropok keping , keropok lekor, dodol dan pelbagai lagi. Yang paling CR terkejut ada orang menjual telur penyu dan itu adalah kali pertama CR tengok telur penyu. Mohon kesian sbb CR jakun first time tengok. CR dan akak beli kain pasang yang bercorak batik manakala ma pula beli kain batik. Murah-murah kain batik disini.

CR dan akak siap ambil  no telefon orang kedai yang menjual kain pasang sebab murah sangat. RM50 sehelai , kalau kat tempat  CR tak dapat dah harga tu. Kalau ada kawan-kawan blogger yang ke sana, CR nak kirim ye. hehe


kuala terengganu

Untuk bahagian atas pula adalah tempat menjual kain sutera, kain batik, baju batik, kain songket, tudung dan pelbagai lagi lah. Kain sutera yang dijual memang sangat cantik dan harga pun kita kena pandai tawar menawar. Di bahagian atas juga ada menjual barangan kraftangan , tembaga dan juga makanan seperti kacang ,asam pelbagai jenis dan rasa dan lain-lain lagi. Adik CR beli patung penyu untuk dijadikan kenangan.

kuala terengganu
Tertarik dengan lukisan di dinding salah satu kedai di Pasar Payang ni. Comel dah macam sailormoon , kartun superhero masa zaman kanak-kanak.


Jadi, mana-mana yang berkesempatan ke Terengganu boleh la singgah ke Pasar Payang yer. Next entri CR akan sambung pula ke destinasi lain yang menarik di Kuala Terengganu.

23 comments:

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

  1. Bestnya gi sini.. Sha suka beli makanan.. hehehe

    ReplyDelete
  2. saye org terengganu.. tp kdg2 je pegi psr payang.. ehe

    ReplyDelete
  3. dulu mak ada pergi. dia borong periuk tapi dia tak guna pun buat koleksi je hahaha

    ReplyDelete
  4. Kalau g masa cuti sek atau cuti umum memang kena bertabah. Jalan sesak bukan main. Rumah nenek ana dekat situ je reen. Dekat sgt. Jln kaki pun boleh. Hehe

    ReplyDelete
  5. mek pun suka singgah pasar payang ni. biasa kalau nk beli cenderahati, memang cari kat sini. aside, makan ns dagang :) tapi sayang katanya dah nak roboh and bina buat baru. mcm dah takde feel pasar payang.

    ReplyDelete
  6. cantik dh cat baru..colorful...lama dh tk pi pasar payang...tu pn singgah sebab outstation ke ganu

    ReplyDelete
  7. wahh!! dah cantik! saya rasa last saya pergi pasar payang ni masa sekolah rendah. Ya ampunnn.. dah berpuluh tahun xpergi rupanya

    ReplyDelete
  8. alaaa.tak jumpalah kita kan...kalau tahu awak mari sini.boleh singgah rumah rabia

    ReplyDelete
  9. Pernah je pergi Terengganu tapi tak terfikir nak pergi sini xD

    ReplyDelete
  10. Pernah je pergi Terengganu tapi tak terfikir nak pergi sini xD

    ReplyDelete
  11. cantik, warna-warni dah dicat baru

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  12. akak dah lama tak sampai Terengganu.. huu~

    ReplyDelete
  13. wah colorful dah pasar payang sekarang. Masa saya pergi dulu rasanya lebih 20 tahun kot. Memang rambang mat pergi sana sebab macam2 ada jual. Kena sediakan purse tebal2 je la. Hihihi

    ReplyDelete
  14. cantik dah rupa pasar payang...dulu xde secantik ni, dah bertahun tak pergi..huhu..

    ReplyDelete
  15. walaupun orang besut tapi tak pernah sampai lagi ke pasar payang..huhu

    ReplyDelete
  16. kerepok kat sini, bestt sangat..pun murah jugak. rm10 17 batang.. dh lah sedap..

    ReplyDelete
  17. penah pegi sekali je.. best tempat ni.

    ReplyDelete
  18. bila akak nak sampai sini agaknya...

    ReplyDelete
  19. Boleh histeria tengok barang tembaga kat Pasar Payang tu CR..
    Sis teringin pi sini..

    ReplyDelete
  20. Pasar Payang dah lain dah. Dulu saya pergi belum warna warni lagi.

    ReplyDelete
  21. lama dah x ke sana. skrg gi Dungun ke umah akak naik LPT2 terus.

    ReplyDelete
  22. Haah lah, siqah pun teringat sailormoon masa nampak gambar tu. Hihi. Comel :D

    ReplyDelete

"KEEP CALM AND SEW ON".
VISIT @bycikrenex UNTUK HADIAH YANG RARE

♡ Ohsem blogger ♡

♡ Blogger Pantai Timur ♡