Saturday, November 11, 2017

Cantiknya Masjid Kristal Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan Hai

Cantiknya Masjid Kristal Kuala Terengganu | Masjid Kristal adalah salah satu tempat tarikan pelancong ke Kuala Terengganu yang wajib dilawati. Masjid Kristal ini terletak di Pulau Wan Man dan berhampiran dengan Taman Tamadun Islam. Untuk masuk ke Taman Tamadun Islam perlukan bayaran tiket masuk, tapi untuk ke Masjid Kristal ini, adalah percuma sahaja. Dan kita patut tak lepaskan peluang untuk bersolat disini. 


Tahun lepas Cik Renex pernah ke Masjid Kristal bersama dengan kawan baik Cik Renex iaitu Intan dan Ecah. Baca entri ini  http://renex89.blogspot.my/2016/05/cr-ke-masjid-kristal-kuala-terengganu.html . 


Cantik bukan? Senibina dan rekabentuk Masjid Kristal ini sangat-sangat cantik dan unik. Ia dibina daripada kaca, kristal dan keluli. Ianya di bina diatas pelantar besar di muara Sungai Kuala Terengganu. Apabila air pasang, masjid ini seolah-olah kelihatan terapung. :)



Tahun ni pula CR pergi bersama family cr pula. Tapi kali ni kami pergi masa malam pula. Masa malam pun ramai juga orang sebab masing-masing taknak terlepas peluang solat di masjid ini.




Tambah lagi menarik, bila malam rupa-rupanya ada pancaran lampu yang berwarna-warni yang menjadikan pemandangan di Masjid Kristal makin cantik dan indah. Teruja masing-masing.



Sebelum balik ke Homestay, kami ambil gambar di depan Masjid Kristal sebagai tanda kenangan. Jadi mana-mana yang tak pernah melawat kesini, boleh la datang nanti.





22 comments:

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

  1. cantiknya! teringin nak pergi haha banyak kan tempat cantik kat Malaysia ni

    ReplyDelete
  2. Huish dah lama tak jejak sini. Dulu pergi pun time belajar dip.

    ReplyDelete
  3. Indahnya... amer tak pernah lagi sampai pantai timur. Teringin jugak nak pergi jalan2 dekat sana hm

    ReplyDelete
  4. aira pernah jejak sekali je, tu pun siang hari. cantik jugak malam ye :D

    ReplyDelete
  5. Cantk sangat masjid tu CR..
    Teringin pi sana..

    ReplyDelete
  6. tak pernah akak sampai sini wlupun sebelah mnyebelah negeri sahaja

    ReplyDelete
  7. Suka duduk sini. Kalau siang hari sambil angin tiup tu. Rasa nyaman dan tenang je.

    ReplyDelete
  8. nanti dtg terengganu beritahu rabia tau.boleh jumpa kak

    ReplyDelete
  9. sarah even dari bulan 6 dah study kat unisza tapi tak menyempat lagi nak pergi masjid kristal hahaha padahal takda jauh mana

    ReplyDelete
  10. pernh smp juga sini masa outstation ke ganu

    ReplyDelete
  11. Cantik kan reen masjid kristal. Siang dan malam sama cantik. Wajib ke sini kalau ke Kuala Terengganu.

    ReplyDelete
  12. Cantik tp tak sempat pergi, dpt tengok dari jauhh jekk, adik pernah belajar kat unisza sana, huhuu

    ReplyDelete
  13. Masjid Kristal memang cantik ditambah pulak dengan keindahan lampu neon yang berwarna warni.. CR tak naik bot ke untuk menyusuri sungai Terengganu..?

    ReplyDelete
  14. Cantik!! Siqah pernah pergi sini long time ago. Memang lawa, kalau malam dengan lampu, lagi indah rasa.

    ReplyDelete
  15. masjid kristal memang cantik, tapi tak pernah pergi malam. rupanya malam lagi cantik woo

    ReplyDelete
  16. Kalau balik kg selalu jugak pergi tapi tak pernah lagi masukdalam masjid tu. Setakat jogging kat bahagian luar tu je

    ReplyDelete
  17. ala sadis..tak prnh pegi pun..hahaa..bila la dpt jejak ke sana

    ReplyDelete
  18. akak pernah pergi sini masa join rombongan ma punya persatuan dapat gak merasa pergi masjid kristal hihihihi

    ReplyDelete
  19. mek kalau datang terengganu mesti singgah jugak sini. kalau tak singgah rase tk lengkap.hahaha

    ReplyDelete
  20. Ira belum pernah sampai Masjid Kristal waktu malam. Selalu nampak lampu liplap tu dari jambatan je :D

    ReplyDelete

"KEEP CALM AND SEW ON".
VISIT @bycikrenex UNTUK HADIAH YANG RARE

♡ Ohsem blogger ♡

♡ Blogger Pantai Timur ♡