Akhirnya barang Chilindo sampai

Assalamualaikum dan Hai

Akhirnya barang Chilindo sampai | Ada yang masih belum kenal apa itu Chilindo tak? Rasanya rata-rata semua dah kenal dan tahu kewujudan website Chilindo ni. Satu website yang membolehkan kita membuat bidaan serendah RM0.01. Terpulanglah kepada kita nak letak harga bidaan berapa yang penting lebih tinggi dari yang pembida yang lain.  

Penghantaran barang-barang anda akan dimulakan sebaik sahaja kita telah membuat pembayaran samada bayar secara online banking atau pun semasa barang dah sampai baru kita bayar. Jangkaan masa untuk penghantaran adalah 15-20 hari bekerja. Selepas Chilindo telah menghantar pesanan kita, kita akan menerima nombor pengesanan melalui e-mel, jadi kita boleh mengikuti perkembangan penghantaran tersebut.

Tapi entahlah, mungkin nasib Cik Renex tak begitu baik, lambat jugak lah dapat barang hasil bidaan ni. Lebih kurang tiga bulan sebenarnya. Terima kasih pada customer service yang sudi menjawab pertanyaan CR di emel, facebook dan juga Instagram. Terpaksa 'push' macam tu sebab nak hak kita sebagai pengguna. :) 

Nak tengok barang yang berjaya di bida oleh CR? Jom sambung baca di bawah.

BARANG BIDAAN CHILINDO MALAYSIA


chilindo

Tiga barang yang berjaya di bida oleh Cik Renex. Sepatutnya ada empat barang tetapi Mp3 tiada stok. Tapi okaylah dia dah refund duit kita. 

CHILINDO MALAYSIA

Red Backpack atau beg galas. Nasib warna merah ada stok kalau tak keciwa jugak. Merah kan memang warna kegemaran CR. Suka sangat dengan beg ni sebab design beg ni ala-ala Kanken Bag. Nak beli yang tu tak dapat lagi kan, beli je la design macam ni dulu. Beg ini sangat besar dalam dia, macam-macam boleh letak. Sesuai untuk travel letak baju, seluar, shawl dan macam-macam lagi lah. Memang berpuas hati. 

CHILINDO MALAYSIA

Jam tangan ini pula CR bida untuk dihadiahkan pada adik CR. Dia memang suka warna ungu, jadi memang rezeki dia lah untuk dapat jam ni. Sampai dalam keadaan baik dan sehingga sekarang masih boleh digunakan lagi.

CHILINDO MALAYSIA

Pisau ni pula untuk Mak CR. Mula ingatkan ada banyak mata pisau tu rupanya satu je. Tapi oklah, sangat membantu semasa masak. Kerja memotong bawang menjadi mudah gituu. Potong epal pun senang. 



Jadi, siapa yang nak mencuba boleh lah cuba daftar di http://www.chilindo.com/my/ dan terus membuat bidaan. :)

30 comments

  1. Cantik la beg tu. Nampak smart ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Aira, sama lah. Ira pun tergoda tengok beg tu dah la color merah mengancam hehe

      Delete
    2. kannn Aira & Ira. Cantik beg tu, dlm pun besar leh ltk mcm2. :)

      Delete
  2. 3 bulan menunggu tu, lama betul CR

    Nasib barang yang tak dapat tu di refund..

    Bag dan jam tu nampak cantik.. 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sgt2 smpai dah tawr hati tunggu barang tak smpai2.huhu. nasib smpai jgk

      Delete
  3. Lamanhmya reen. Selamat lah ana kuat "iman" tak terjebak beli di chilindo. So far 2x suami ana beli dr chilindo dan 2-2 cepat juga dpt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah ana. Org lain cpt je. Kakak reen pun mgu lps beli.hari ni smpai dah. Hee..
      Nasib x brp baik agknya ritu

      Delete
  4. kena cuba buat bidaan gak nanti...

    ReplyDelete
  5. Wahhhh tahniah...pernah gak cuba bitkat chilindo tapi tak pernah berjaya hahhaa.
    http://yangunguitumanggis.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Cik Manggis. Salam Kenal.
      saya ni maybe bid awal pagi,tu cepat dpt.huu..tp pnghtrn plak lmbt

      Delete
  6. reen bid dapat berapa untuk beg dengan cutter?

    3 bulan? IQ seminggu lewat pn dah menggelupur....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama giler kan, tiap2 mgu emel dieorang. haha,.mesti penat dia melayan reen.haha

      beg rm14, cutter rm9

      Delete
  7. Pernah 2 kali je beli... Pastu insaf dah beli sebab lambat sgt tunggu barang sampai...

    ReplyDelete
  8. ok x kualiti beg tu?
    xpenah lg shopping di chilindo ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kualiti ok , tp xpernah try bwk brg berat lagi,
      try la bid, tp kena tggok brg n hrga jgk ye..

      Delete
  9. ada tgk rmi blogger shopping online di chilindo...blum terjebak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy terjebak sbb iklan dia sllu berlegar2 di facebook. hehe

      Delete
  10. Suami saya suka juga bidding ni. Dah beli macam macam. Sunglasses, belt, dart set, car black box etc. Quality generally still ok

    ReplyDelete
  11. I pun ada beli barang dari Chilindo & masih dalam pembuatan post (even dah lama dah dalam draft tu). Tak terusik lagi nak post xD But this thing is soooo addictive!

    ReplyDelete
  12. I pun ada beli barang dari Chilindo & masih dalam pembuatan post (even dah lama dah dalam draft tu). Tak terusik lagi nak post xD But this thing is soooo addictive!

    ReplyDelete
  13. mek pun layan jugak chilindo ni. mek beli usb cable iphone. rm2.40 hahahahahaha

    ReplyDelete
  14. Mai masih berjaya tahan diri dari terjebak kat Chilindo, hahaha

    ReplyDelete
  15. Bagusnya Reen. Setiap seorang ahli keluarga dapat satu barang :) Siqah pernah terjebak sekali dengan Chilindo.

    ReplyDelete
  16. Kebiasaan nye berapa hari boleh sampai ?? Sebab dah bayar dah pon .. lepastu kita punya troly bila boleh hilang dari list ?

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex