Wednesday, November 1, 2017

3 contoh permainan sukaneka Hari Keluarga

Assalamualaikum dan Hai

Throwback di Fishing Bay Resort Mersing Johor
3 Contoh permainan sukaneka Hari Keluarga | Hari Keluarga selalunya menjadi program wajib yang diadakan setiap tahun. Tempat kerja Cik Renex memang wajib laksanakan setiap tahun. Kalau ada yang masih ingat, CR pernah update mengenai Hari Keluarga yang diadakan di Fishing Bay Resort. Klik sini untuk baca. http://renex89.blogspot.my/2017/07/hari-keluarga-kgk2017-di-fishing-bay.html . Maaf sebab tak buat-buat entri part 2. Anggap jelah entri ni sambungan untuk part 1 yer. 😅

Tak lengkap program Hari Keluarga tu jika tidak ada program sukaneka kan. Dengan adanya sukaneka barulah kita boleh merapatkan hubungan diantara satu sama lain. Dan juga boleh menghilangkan stress di tempat kerja. 

Jadinya, CR nak kongsikan tiga contoh permainan yang boleh dibuat semasa Hari Keluarga. Di bawah ni juga ada video ringkas untuk permainan sukaneka tersebut. (Harap geng2 tempat kerja tak baca blog ni. Hahaha

Contoh Permainan Sukaneka Hari Keluarga


1. REBUT GULA-GULA


Permainan ini khusus untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan kebawah selalunya. Senang je nak main,taburkan gula-gula dan budak-budak ni akan berebut antara satu sama lain. Masa ni lah akan nampak kreativiti mereka sebagai contoh memasukkan gula2 dalam tshirt yang sudah di tuck-in. Kalau pegang je tak muat tangan kan.  Idea lain mungkin dengan menutup mata dan berebut mencari gula.

2. RAKIT DARAT


Permainan yang mudah dan menggunakan satu buluh sahaja. Satu kumpulan disertai oleh 8 orang ahli yang terdiri dari 4 lelaki dan 4 perempuan. Permainan dimulai dengan 4 orang lelaki kemudian baru ditukar dengan perempuan. Semasa permainan, 2 orang perlu menghadap ke depan dan 2 orang lagi ke belakang. Peserta perlu bergerak ke hadapan sehingga checkpoint kemudian bergerak ke secara mengundur ke belakang. Siapa yang paling laju sampai , dikira pemenang. Nampak mudah kan tapi bila main , hmm tengok la video. Macam-macam aksi. Haha.

3. BELON AIR


Permainan yang selalu dibuat tiap kali sukaneka. Cuma kali ni kami menggunakan kain batik untuk menyambut dan melontar belon air tu semula. Guna kain batik senang la nak sambut kalau guna tangan memang pecah la CR sambut.




Okay itu sahaja contoh permainan yang boleh dibuat semasa sukaneka. Ada banyak lagi idea lain yang pernah family day tempat kerja CR buat tapi nanti2 lah share lagi ye. 


Rinduuu laut. #thallasophile



9 comments:

  1. Bestnya family day. Bila lah nk merasa lagi join family day. Dulu masa keje ada lah juga. Hehe. Kalau tgk Running Man, banyak je sebenarnya idea kita boleh amik utk acara sukaneka.

    ReplyDelete
  2. Bestnya hari keluarga & seronok bila ada mcm2 aktiviti time hari keluarga ni^^

    ReplyDelete
  3. rakit darat tu tak penah main.. hihi

    ReplyDelete
  4. bagus bagi idea...
    boleh buat family day nanti..

    ReplyDelete
  5. rebut gula2 anak2 mmg suka. nice sharing

    ReplyDelete
  6. hehe, belon air, sekali pecah mandi terus. haha!

    ReplyDelete
  7. bestnye !!! dah lama tak buat family day.. busy nye lahai dengan jadual padat.. in shaa Allah.. nanti boleh rujuk entri ni.. nanti.. nanti..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.