Friday, October 20, 2017

Produk dari Bycikrenex

Assalamualaikum dan Hai

blog cik renex


Produk dari Bycikrenex | Cik Renex baru je tukar Cover photo di Mukabuku / Facebook CR. Seperti biasa memang akan tulis "A blogger and Crafter". Cantik tak cover photo yang CR edit?Nanti CR share hasil edit cover photo yer. Memang dari dulu suka tukar-tukar cover photo. hehe. 

Rasanya dah lama blog ni tak bercerita tentang bisnes Cik Renex. Sesiapa yang masih belum tahu lagi tu,ni CR nak ceritakan. CR ada buat part time bisnes yang diberi nama "Bycikrenex; Handmade With Love" yang berfokus kepada kraftangan dari kain felt dan lain-lain. Dari minat menjadi hobi lalu menjana pendapatan. CR ingat lagi , tahun 2010 belajar menjahit ni dari youtube sahaja kemudian slow-slow belajar dari En. Google dan masuk group kraftangan di Facebook. Boleh la untuk tambah ilmu sikit demi sedikit kan.

Tapi itulah, nak menjahit ni perlukan masa yang panjang bukan sejam dua. Jadi, sejak dari bulan Julai CR dah slow-slow promote di Instagram dan Facebook sebab memang tak sempat nak siapkan tempahan. Tapi kuasa blog dan promosi di Instagram yang kekal, ada rezeki CR orang membuat tempahan.  Tapi CR memang dah inform awal-awal pada mereka yang bila CR boleh siapkan tempahan dan poskan. Alhamdulillah mereka faham dan sebab itu CR sayangggg sangat customer CR. hehe

Jadi disebabkan rindu dengan jarum dan gam panas, CR mula aktif semula promosi di Instagram. Harap ada rezeki untuk CR. :)


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">

Apa yang By Cik Renex jual?


bantal hari jadi

Bantal hiasan adalah produk utama Bycikrenex dan lebih berfokus kepada bantal hari jadi dan nama. Yang macam dalam gambar di atas adalah contoh bantal yang dihadiahkan untuk anak tersayang dan bertemakan Didi and friends. Sebelah tu pulak bantal sempena Hari graduasi adik. Bantal sempena Hari Ibu itu pulak adalah bantal khas yang dijahit istimewa oleh CR untuk mak tersayang. Bantal Arsenal pula permintaan dari sahabat baik kawan rapat CR. Gigih gunting satu-satu tu untuk logo Arsenal tu. huhu


hadiah kahwin

Bantal kahwin dan tunang ni CR paling suka buat. Selalu customer akan tempah dua sebab satu untuk suami dan satu lagi haruslah untuk isteri. :) Selalu sangat buatkan untuk orang, tapi untuk diri sendiri tak tahu la bila. Doakan CR. ( tetiba lari topik asal entri ) . Bantal ini selalunya di design oleh customer sendiri. Ada yang minta gambar pengantin lain, pakai gaun lain dan pelbagai lagi. Mana yang CR boleh buat, CR akan buat. Yang tak boleh memang awal-awal akan cakap tak boleh sebab taknak menghampakan dengan bantal yang tak cantik. 

bantal burung hantu

Owlie Omey atau bantal burung hantu. Siapa yang kenal CR memang tahu CR memang minat burung hantu. Agak lama juga la nak keluarkan produk Owlie Omey ni sebab tak jumpa design yang berkenan di hati. Akhirnya baru jumpa design yang berkenan dan lahirlah tiga ekor Owlie Omey nih. Comel tak?

hadiah hari guru

Produk keychain pula akan jadi lebih rancak masa hari guru. Baca sini : Idea Hadiah sempena Hari Guru. Memang akan banyak order untuk hari guru sahaja. Tapi CR selalu limitkan order sebab kesuntukkan masa. Kesuntukkan masa pun sebab lambat buka order. Mybad. Tahun depan inshaAllah kena buka order awal. Harap-harap ada rezeki lagi tahun depan. Untuk pemenang giveaway CR nanti CR poskan yer hadiah lagi satu tu. Tak sempat-sempat lagi. Sorryyyy.



Jadi, ini adalah serba sedikit produk dari Bycikrenex. Kalau ada yang berminat bolehlah PM Cik Renex yer. :) Nak tengok hasil-hasil jari jemari Cik Renex? boleh klik link di bawah yer

FACEBOOK : http://www.facebook.com/bycikrenex

INSTAGRAM : http://www.instagram.com/bycikrenex







40 comments:

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

  1. Assalamualaikum & salam jumaat sis cik renex

    Semoga jumaat ini mendatangkan keberkatan

    Diam diam berbakat cik renex ni menjahit

    Lawa

    Dan comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam dan salam hari rabu sis mazni.
      aminn.. terima kasih atas doa.
      masih belum berbakat lagi ni sis.huu

      Delete
  2. cantik-cantik semua hasil tangan cr!!

    ReplyDelete
  3. cantik.. kreatif betul reen.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks E'in. tak berapa pandai lagi ni.
      meh la order ngn reen :)

      Delete
  4. berseni tangan CR nii.. pandai cari duit lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berseni sangat lagi kak.banyak kena belajar lagi.
      doakan sy ye.:)

      Delete
  5. cantiknya reen,,, rajin tul reen belajar. bgs sgt tu disamping buat side income... semoga terus maju jaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn terima kasih. :) masih belajar lagi ni ..

      Delete
  6. semoga rezeki CR dalam bidang nie akan bertambah..

    ReplyDelete
  7. Cntik2 la kak..sy pun suka wt bende nie sbgai hobi tp kekangan msa.smoga sukses dlm bisnes..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks mas atas doa. Aminn
      xpe,nanti ada masa boleh smbung semula hobi tu

      Delete
  8. wahhh... cantik dan comel-comel semua

    ReplyDelete
  9. Subhanallah cantiknya! boleh saya tempah nanti untuk bagi hadiah kat orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks najah. Alhamdulillah, nti nak order wasep je akk. Hee

      Delete
  10. Cantik hasil kerja CR..
    Sis doakan semoga CR terus success dalam apa jua bidang yang diceburi..

    ReplyDelete
  11. Wahh. Cantik²..
    Selamat maju jaya yer..

    ReplyDelete
  12. wahhh cantiknya minat craf2 ni dah lama tinggalkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks.. nti ada mase free2 leh la sambung berkraf semula. 😊

      Delete
  13. kreatifnya kak reen.. serisu cantikkkk! smoga maju jaya kak reen dalam bisnes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah thanks busyra. Aminnn. Nti ada rezeki lbih nk tmph flyers ngn busyra.

      Delete
  14. cantik pillow - pillow tue . semoga bisnes CR maju jaya

    ReplyDelete
  15. moga sentiasa dilimpahkan rezeki yang halal :)

    ReplyDelete
  16. lawa2. guna hastag yg btoi.. nnti mesti ada yg cri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sbb bg tips. Nti akn cuba ltk hashtag lain lak. 😊

      Delete
  17. Cantiknya reen semua hasil tgn reen. Nanti ana nak tempah juga lah. Yg owl tu comel sgt. Semoga business reen terus berjaya 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah thanks ana. Meh la orderrr.hehe

      Delete

"KEEP CALM AND SEW ON".
VISIT @bycikrenex UNTUK HADIAH YANG RARE

♡ Ohsem blogger ♡

♡ Blogger Pantai Timur ♡