Tuesday, October 31, 2017

Assalamualaikum dan Hai

Lirik Lagu Masih Cinta - Kotak | Kotak bukan sejenis kotak tetapi adalah band dari seberang. Sejujurnya CR memang suka layan lagu dari sana sebab lirik dia berulang-ulang jadi kita mula ingat. Selain dari Kotak ni, minat jugak lagu dari Radja, Kangen Band, Letto , dan Firman. 

Salah satu lagu kegemaran dari kumpulan Kotak CR adalah Masih Cinta dan Pelan-pelan saja. Selain dari dua lagu hits ni, Kotak masih punya lagu lain seperti Remuk, Phobia, Mencintaku dan dia dan sebagainya. Tapi yang paling suka lagu Masih Cinta. Bermakna sangat lirik-lirik lagu ni.  kalau tak silap, lagu ni dah wujug 5  6 tahun lepas tapi still lagi orang minta putarkan di radio. 


Jadi jom kita layan video lagu ni dan lirik sekali.

 Lirik Lagu Masih Cinta - Kotak


Tik,.,tik,.,.tik
Waktu berdetik
Tak mungkin bisa ku hentikan
Maumu jadi mauku
Pahitpun itu ku tersenyum
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Tik,.,tik,.,.tik,.,.
Air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mau ku tak penting lagi
Biar ku buat bahagiamu
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta
Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta



Untuk pengetahuan awak awak juga, untuk konsert kedua Gegarvaganza 2017 ni, Elyana akan menyanyikan lagu ni. Tak sabar okay nak tengok our LadyBos menyanyi lagu ni dalam versi dia. Masa Nabil umumkan lagu ni memang dah agak akan dapat pada Elyana rupa-rupanya betul tekaan kita. hehe.  OK tak sabar. kbai.


Friday, October 27, 2017

Assalamualaikum dan Hai

CRJJ ke Temerloh & Mentakab je | Nampak sangat tiada idea bila letak tajuk entri macam ni. Hari tu kakak Cik Renex pernah tanya CRJJ tu apa? Sebab dia perasan CR suka letak #CRJJ bila di Instagram mahupun Facebook. Sebenarnya CRJJ itu adalah singkatan kepada Cik Renex Jalan Jalan. Maka terjadi lah hashtag CRJJ tu.

CR suka berjalan tempat baru dan view yang cantik sebab nak bergambar. Sesungguhnya diri ini gila bergambar lagi2 bila tempat tu lain dari yang lain dan ada yang menarik. Sebab itu lah instagram CR dah macam album online.

Selasa baru ni, kami yang berada di Pahang cuti sempena hari keputeraan Sultan Pahang. CR baru balik dari bercuti di Kluang makanya memang malas nak berjalan2 dah. Petang tu je keluar sekejap ke Temerloh dan Mentakab cari barang dapur dan ke Mr. DIY di Starmall mentakab.Lepas tu teringat ada orang share gambar lukisan dinding di Mentakab. Dah alang-alang terus ajak ma pergi sana. Jadinya CR nak berkongsi dua tiga gambarnya.

Mentakab
Ni lah lukisan dinding di Mentakab. Cantik. Pandai dan kreatif orang yang melukis wall art ni.

Mentakab
Adik Cik Renex berposing depan landasan keretapi. Hee

Pahang
Gambar ni bukan di Mentakab tapi di Temerloh. Sebenarnya ni kedai yang supply bumbung,pintu keselamatan dam lain-lain lagi. Tu dia display contoh-contoh kat luar tu. CR nampak tempat ni cantik,tu suka ambil gambar kat sini. Masa birthday bulan 2 hari tu pun sempat posing kat sini.hehe



Sebabkan diri ini tak cun, makanya kena ambil gambar acah-acah tak pandang kamera. Huhu



Tempat menarik lain di Temerloh selain daripada restoran Ikan Patin Tempoyak adalah Kubang Gajah Waterpark . Hee. Nak jauh sikit boleh ke Kuala Gandah Lanchang tengok gajah dan ke Deerland tengok rusa dan haiwan lain. 😊 . Nak mandi air terjun boleh la ke Air Terjun Chamang di Bentong lak.


Ok lah sekian update untuk hari ini. Diharap lepas ni banyak lagi pembaharuan di sekitar Temerloh dan Mentakab. Kalau banyakkan lukisan dinding mesti cantik kawasan bandar tu. Baca sini untuk Laman Kreatif Kluang.

Thursday, October 26, 2017

Assalamualaikum dan Hai

Cover Photo Facebook Cik Renex | Masa mula-mula facebook update baru dan wujudnya cover photo memang tak suka. Sebab nampak serabut tapi lama-lama  seronok je sebab boleh tukar-tukar cover photo. Bagi CR cover photo penting juga untuk memperkenalkan siapa kita selain di ruang About Me. 

Selain itu ,ianya memudahkan orang yang tak friends dengan kita tahu kita siapa serba sedikit sebab kita dah letak info dalam cover photo tu. Bagi orang bisnes lak, cover photo boleh dijadikan satu platform untuk mempromosi barang-barang jualan kita kan.

CR dari dulu memang suka edit-edit gambar tapi edit yang biasa-biasa aja kok. Bukannya edit yang luar biasa. Makanya, kali ni CR nak kongsikan pada anda semua contoh cover photo timeline Facebook yang berjaya di edit oleh CR sendiri. 

Amaran: Entri kali ni sarat dengan Gambar. *Warning*


Cover photo
 Cover photo yang pertama CR edit tahun 2011 kot. Edit dengan mengguna Photoscape. Masa tu tengah pro sangat dengan Photoscape,sekarang dah lupa dah. Huhu. Quote dalam gambar siap untuk all my friend tuu. Rasanya ni disebabkan rindu dengan member2 zaman uni dan kebetulan masa tu dah sibuk dengan kerja di pasaraya. Jadi takde masa nak contact kawan2. Tu kuar ayat diatas tu. 😅

CR memang suka buat CoverPhoto dengan ayat-ayat jiwang. Kalau tak jiwang,bukan Cik Renex lah tu. 


"Ouh. Cik Renex ada belog. Ini dia websitenye" . Hahaha. Kelakar je ayat zaman muda mudi.  


"It takes someone very special to help you forget someone very special"
Ni quote dari arwah abah. Abah tulis dalam album dia masa zaman muda2 dia. So jiwang la abah. 😊❤ Alfatihah. Suka dengan kartun tu tapi semua gambar dah hilang. Kena cari semula. 


Cover photo seterusnya jiwang lagi. 😝😍


Ayat jiwang lagi. Layankan la. Siap edit tulis "Nama Glamer". Omg.



Dua-dua cover photo ni ada doodle yang sama sebab Cik Renex menang giveaway di blog. Hadiahnya adalah doodle ni. CR pun dah lupa blog mana,lama sangat dah.



Dannn ini adalah cover photo favourite CR. Lama guna yang ni. Dari 2013 sampai 2016 kalau tak silaplah. Dapat ni dari freebie di google. Comel sangat. Bila orang ada niat nak stalk Facebook kita pastu terbaca cover photo ni. Terus tak jadi stalk. 😄😝


Start tahun 2015 dah matang sikit cover photo sebab tengah fokus pada bisnes. Cover photo pun kena la promote bisnes kan. Start dari sini dah edit pakai picsart sebab lagi mudah dan cepat.  



2017 coverphoto promote blog dan bisnes craf sekali.  CR tak kreatif,pakai edit je mana yang suka. 


Dan akhir sekali ada cover photo timeline Facebook CR sekarang. Promote sekali blog dan bisnes. 

Sekiannn dari CR. CR edit semua ni dengan guna picsart dan awal2 tahun 2012 2013 je edit guna photoscape. Jadi, cover photo timeline FB korang pula camne? Suka letak macam ni atau gambar? Share la kat komen nanti ye. Thankss for reading!


Wednesday, October 25, 2017

Assalamualaikum dan Hai


Cetaphil pun ada untuk baby | Rindunya pada blog. Ya,itu selalu Cik Renex cakapkan dalam hati, akan tetapi CR terlalu sibuk dengan SocMed lain seperti Instagram dan Twitter sehinggakan tiada masa nak blogwalking. Baru malam ni ada semangat nak menaip. Semasa aku check nuffnang,alhamdulillah CR ada dapat CPUV iklan mengenai Cetaphil Baby. WOW. Baru CR tahu Cetaphil banyak lagi produk selain daripada yang pencuci muka yang tengah viral dan sering orang perkatakan kebaikkannya.

Jadi, CR cuba la research mengenai produk Cetaphil Baby ni di website Cetaphil. Rupa-rupanya ada empat produk dari Cetaphil yang khusus untuk baby. Mari CR kongsikan serba sedikit yang di ambil dari Website Cetaphil itu sendiri.




Baby Daily Lotion

Protects and nourishes all day. Cetaphil Baby Daily Lotion blends glycerin and shea butter to moisturise and protect baby’s delicate skin.
  • Gently hydrates and nourishes baby’s skin
  • Gentle formula
  • Contains glycerin and shea butter to moisturise and protect skin
  • Leaves skin soft and healthy


Baby Gentle Wash & Shampoo

Gently cleanses & moisturizes. Enriched with glycerin and panthenol to help nourish without drying or damaging baby’s delicate skin.
  • Convenient and gentle, cleanses without drying
  • Tear free, soap free formula and pH balanced
  • Enriched with glycerin and panthenol helps nourish baby’s delicate skin
  • Leaves hair and skin soft and clean

Baby Moisturising Bath & Wash

Rebalances skin pH. This Ultra Moisturising Bath & Wash blends 1/3 moisturiser with soothing aloe vera into a rich, lathering wash.
  • Gently cleanses baby’s skin delicate skin without drying
  • Tear free, soap free formula and pH balanced
  • Contains 1/3 moisturiser with soothing aloe vera
  • Leaves skin soft and clean

Baby Shampoo

Soothes the Scalp. Contains soothing camomile that gently cleanses sensitive scalp without drying.
  • Tear free, soap free formula and pH balanced
  • Contains natural camomile, a soothing ingredient
  • Leaves hair soft with a silky shine


Bila tengok kegunaan dan kebaikan setiap produk tu rasa nak pakai untuk diri sendiri lak. Kulit CR memang sensitif dah sejak dua menjak ni. Panas tak boleh, sejuk sangat tak boleh. Nanti mulalah keluar bintik2 di kulit badan.


Nak tengok pengalaman blogger gunakan cetaphil baby ni? Boleh klik link yang CR sharekan ni ye.


Cik Epal ] Careen Tan ] , dan Grace ]



     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">





Friday, October 20, 2017

Assalamualaikum dan Hai

blog cik renex


Produk dari Bycikrenex | Cik Renex baru je tukar Cover photo di Mukabuku / Facebook CR. Seperti biasa memang akan tulis "A blogger and Crafter". Cantik tak cover photo yang CR edit?Nanti CR share hasil edit cover photo yer. Memang dari dulu suka tukar-tukar cover photo. hehe. 

Rasanya dah lama blog ni tak bercerita tentang bisnes Cik Renex. Sesiapa yang masih belum tahu lagi tu,ni CR nak ceritakan. CR ada buat part time bisnes yang diberi nama "Bycikrenex; Handmade With Love" yang berfokus kepada kraftangan dari kain felt dan lain-lain. Dari minat menjadi hobi lalu menjana pendapatan. CR ingat lagi , tahun 2010 belajar menjahit ni dari youtube sahaja kemudian slow-slow belajar dari En. Google dan masuk group kraftangan di Facebook. Boleh la untuk tambah ilmu sikit demi sedikit kan.

Tapi itulah, nak menjahit ni perlukan masa yang panjang bukan sejam dua. Jadi, sejak dari bulan Julai CR dah slow-slow promote di Instagram dan Facebook sebab memang tak sempat nak siapkan tempahan. Tapi kuasa blog dan promosi di Instagram yang kekal, ada rezeki CR orang membuat tempahan.  Tapi CR memang dah inform awal-awal pada mereka yang bila CR boleh siapkan tempahan dan poskan. Alhamdulillah mereka faham dan sebab itu CR sayangggg sangat customer CR. hehe

Jadi disebabkan rindu dengan jarum dan gam panas, CR mula aktif semula promosi di Instagram. Harap ada rezeki untuk CR. :)


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">

Apa yang By Cik Renex jual?


bantal hari jadi

Bantal hiasan adalah produk utama Bycikrenex dan lebih berfokus kepada bantal hari jadi dan nama. Yang macam dalam gambar di atas adalah contoh bantal yang dihadiahkan untuk anak tersayang dan bertemakan Didi and friends. Sebelah tu pulak bantal sempena Hari graduasi adik. Bantal sempena Hari Ibu itu pulak adalah bantal khas yang dijahit istimewa oleh CR untuk mak tersayang. Bantal Arsenal pula permintaan dari sahabat baik kawan rapat CR. Gigih gunting satu-satu tu untuk logo Arsenal tu. huhu


hadiah kahwin

Bantal kahwin dan tunang ni CR paling suka buat. Selalu customer akan tempah dua sebab satu untuk suami dan satu lagi haruslah untuk isteri. :) Selalu sangat buatkan untuk orang, tapi untuk diri sendiri tak tahu la bila. Doakan CR. ( tetiba lari topik asal entri ) . Bantal ini selalunya di design oleh customer sendiri. Ada yang minta gambar pengantin lain, pakai gaun lain dan pelbagai lagi. Mana yang CR boleh buat, CR akan buat. Yang tak boleh memang awal-awal akan cakap tak boleh sebab taknak menghampakan dengan bantal yang tak cantik. 

bantal burung hantu

Owlie Omey atau bantal burung hantu. Siapa yang kenal CR memang tahu CR memang minat burung hantu. Agak lama juga la nak keluarkan produk Owlie Omey ni sebab tak jumpa design yang berkenan di hati. Akhirnya baru jumpa design yang berkenan dan lahirlah tiga ekor Owlie Omey nih. Comel tak?

hadiah hari guru

Produk keychain pula akan jadi lebih rancak masa hari guru. Baca sini : Idea Hadiah sempena Hari Guru. Memang akan banyak order untuk hari guru sahaja. Tapi CR selalu limitkan order sebab kesuntukkan masa. Kesuntukkan masa pun sebab lambat buka order. Mybad. Tahun depan inshaAllah kena buka order awal. Harap-harap ada rezeki lagi tahun depan. Untuk pemenang giveaway CR nanti CR poskan yer hadiah lagi satu tu. Tak sempat-sempat lagi. Sorryyyy.



Jadi, ini adalah serba sedikit produk dari Bycikrenex. Kalau ada yang berminat bolehlah PM Cik Renex yer. :) Nak tengok hasil-hasil jari jemari Cik Renex? boleh klik link di bawah yer

FACEBOOK : http://www.facebook.com/bycikrenex

INSTAGRAM : http://www.instagram.com/bycikrenex







Tuesday, October 17, 2017

Assalamualaikum dan Hai

elofc
[ Sumber ]

Elyana sertai Gegar Vaganza 4| Rasanya semua dah tahu yang program Gegar Vaganza akan kembali semula menghiburkan kita mulai 29 Oktober 2017 ini pada jam 9 malam. Baru ni juga pihak Astro sudah memperkenalkan peserta-peserta yang bakal bertanding di GV4 nanti. Seperti biasa, seramai 12 orang yang akan bertanding. Peserta Lelaki adalah Aqasha, Lan Kristal, Hazami, Tia Jinbara, Ferhad dan Firman. Manakala peserta perempuan adalah Elyana, Liza Hanim, Aishah, Syura, Haida dan Raja Azura.

Diantara 12 peserta ni, siapa yang menjadi pilihan Juara Gegar Vaganza 4 pada kali ni? Kalau tanya Cik Renex, rasa-rasa mesti dah tahu siapa kan. CR adalah 'kipas-susah-mati' a.k.a die-hard-fan Elyana. Boleh baca di sini cerita kali pertama CR jumpa Elyana. http://renex89.blogspot.my/2016/11/bycikrenex-siapa-peminat-elyana.html  CR rasa memang semua menantikan kemunculan Elyana setelah lama beliau berehat kan. CR pun sebenarnya ternanti-nanti juga. hehehe.


A post shared by Elyana (@elyanaofficial) on

Bila admin Elofc inform yang Elyana join GV4 memang semua suka dan tak sabar. Semua memberi sokongan 100% kepada Lady Boss kami. Kepada Elyana, semoga berjaya di Gegar Vaganza. Kami semua akan memberi sokongan dan semangat kepada Elyana. Good luck!



A post shared by ELOFC (@elofcbyelyana) on

Mana-mana yang nak join Team Elyana dan Team Kaki Ayam ni boleh join group whatsapp ELOFC. Kalau nak join, boleh roger2 k. Pada 21 Oktober 2017 nanti akan ada Meet & Greet Elofc dengan Lady Boss Elyana. Sayangnya, CR tak dapat nak join sebab ada program kem di sekolah. Kecewanya tak dapat join. :(



     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">

Gv4
Cik Renex dengan Elyana. Jumpa tahun lepas. ❤

GV4 bakal bersiaran secara langsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil bermula 29 Oktober ini, jam 9.00 malam. Kehebatan bintang GV4 ini boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Jadi janga lupa dengan temujanji anda di depan TV yer.

Saturday, October 14, 2017

Assalamualaikum dan Hai

Skirt


Skirt cantik dari Chiffonskirtbyrina | Selamat hari Sabtu semua pembaca blog Cik Renex(CR). Cuti sekolah dah mula kan,seronoknya jadi budak sekolah boleh cuti panjang. CR ambil cuti dua hari je sebab bergilir-gilir cuti dengan kawan sekerja yang lain. Cuti-cuti ni korang pergi berjalan mana? Duduk rumah ke berjalan-jalan satu malaysia?

CR cuti ni pergi rumah kakak di Kluang je. Kalau bersiar-siar atau bercuti, korang prefer pakai seluar atau skirt. CR memang suka pakai maxi skirt kalau nak berjalan kemana-mana sebab selesa sangat dan tak jarang. CR nak share satu instagram yang menjual maxi skirt yang super duper cantik


Skirt
Yang ni awal2 keluaran Rina. Jenis chiffon 


Cik renex
Yang ni keluaran baru dari chiffonskirtbyrina. Jenis kain skirt ni adalah dari crepe. Itu yang CR paling suka sebab dia tak jarang. Dan skirt ni special sangat sebab di sertai dengan poket.

Dan produk keluaran yang paling latest dari Rina ada lah Skirt duyung. Material skirt duyung ni sama dengan maxi skirt yang biasa 


Material : High quality crepe
Length : +- 100cm
Size : Free size fits S-XL
Waist : 22-38 inch


Selain dari skirt, Rina ada juga keluarkan Palazo. CR tak pernah beli lagi. Mungkin nanti boleh beli. Dan harga untuk skirt dan palazo ni adalah sangat-sangat murah iaitu hanya RM28.00 sahaja. Murah kannn. Sebab tu CR suka beli di sini sebab harga dia sangat berbaloi2.

     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">



CR kalau pakai skirt suka padankan dengan blouse. Sesuai jugak padankan dengan t-shirt. Tak tahu kenapa,memang jatuh cinta dengan maxi skirt dari Chiffonskirtbyrina ni. Kawan-kawan CR pun ada yang beli skirt ni sebab tengok CR pakai. Benda bagus kita kena share2 kan.😘❤


Kalau ada yang berminat boleh pergi ke Instagram Rina ye.


Monday, October 9, 2017

Assalamualaikum dan Hai


Ezy Go, Hero di kala tayar kereta pancit! | Pernah tak masa tengah syok2 drive kereta tiba-tiba kereta terhuyung-hayang kiria dan kanan. Bila check,rupa-rupanya tayar kereta pancit. Adoi,kena tukar tayar pulak dah jadi satu kerja. Yang lagi teruk bila nak tukar tayar spare,angin tayar spare pun kurang. Bila jadi kejadian macam ni,apa tindakan anda? Cik Renex pernah mengalami beberapa kejadian seperti ni.

Pertama kali masa nak pergi kerja pagi2. Drive macam biasa dan tiba-tiba rasa tak best drive tu dan dengar bunyi pelik dari tayar. Bila turun dari kereta rupa-rupanya tayar dah pancit. Penyelesaian CR? Patah balik semula ke rumah dan call sepupu minta tolong tukarkan. CR memang tak tahu tukar tayar. Hehe.

Kali kedua pula kena di tempat kerja. Ada pakcik ni bagitahu yang tayar kereta dah leperrrr kat parking tu. Dengan segeranya CR berlari-lari tengok sambil memikirkan siapa nak tolong tukar ni. Mujurlah pakcik tu dan dua orang cikgu tolong tukarkan. Dah la angin tayar spare kurang,terpaksa diaorang ke bengkel tayar. 🙈😅 Maaf menyusahkan korang.

Kali ketiga CR kena baru-baru ni di Kajang. Perjalanan ke rumah member dan kawan tu dah perasan ada bunyi pelik dari tayar. Tapi bila check xde pape so kami teruskan perjalanan dan bila singgah kat satu tempat ni kawan check semula tayar dan rupa-rupanya ada paku di tayar. Gigih kami cari kedai tayar di kawasan yang berdekatan tapi malangnya semua dah tutup tapi nak dijadikan rezeki ada satu bengkel kereta buka. Kami minta tolong tukarkan tayar spare. Tapi separuh jalan, tayar sparw tu wat hal lagiiii dan kami pun tersadai di tepi jalan. Bila google2 perkhidmatan tukar tayar 24jam, ada yang tak buat servis, ada yang berada di luar kawasan dan macam2 lagi. Rezeki kami dapt sorang pomen tapi ya Allah lama gila tunggu dia sampai. Bayaran pun agak mahal tapi nk buat macam mana kan. Nak tak nak kena juga guna khidmat dia dan kami pun tak sabar nak jumpa katil. Huhu


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">




Tapi,baru-baru ni, CR diperkenalkan dengan satu Hero ni yang boleh menjadi hero kita tatkala terjadi seperti situasi-situasi yang CR ceritakan. Kenapalah lambat CR tahu produk ni,kalau tak cepat settle setiap masalah tu.

Tayar pancit
Hero yang CR katakan tadi adalah Ezy Go Tyre Sealer and Inflator. Jadi kita tidak perlu bersusah payah bila adanya Ezy Go ni. Kandungan Ezy go adalah latex dan gas. Latex berfungsi menampal tayar kereta dan gas dalam kandungan Ezy Go akan mengembungkan tayar kereta kita.

Ezy go

Waktu bila kita perlukan Ezy Go ni?

1. Tayar pancit di highway
2. Waktu malam
3. Jauh dari bengkel kereta
4. Dalam kecemasan
5. Sukar untuk tukar tayar


Kenapa kita perlukan Ezy Go?

1. Jimat masa dan tenaga
2. Membantu dalam kecemasan
3. Tidak berbahaya
4. Tidak memerlukan peralatan lain


Ezy go


Cara menggunakan Ezy Go ni juga sangat mudah dan pantas.

1. Selepas tayar pancit, Ezy Go boleh digunakan di waktu kecemasan. Pastikan angin dikeluarkan semua dalam tayar.
2. Kemudian buka penutup Ezy Go.
3. Goncangkan botol Ezy Go.
4. Buka penutup tiub pada tayar dan sambungkan hujung nozle ke lubang angin tayar
5. Tekan Ezy Go sehingga tayar kembang semula.
6. Pandu perlahan dalam 1-2km bagi memastikan Ezy Go meresap secara menyeluruh.

Tapi perlu diingatkan, Ezy Go ini hanya boleh digunakan jika tayar terkena paku,skru atau yang kecil-kecil sahaja. Jika tayar sudah pecah disebabkan kena besi atau sebagainya,perlulah bawa kereta anda ke bengkel yang berdekatan. 😊


Jadi apa tunggu lagi. Jom dapatkan Ezy Go dengan harga RM39 sahaja. Jadi tidak perlu tukar tayar lagi.





WHATSAPP : 017 750 1733 (RASYID)


"Tayar pancit kembali pulih dalam masa 90saat!!! Tak perlu tukar tayar, jimat masa dan tenaga..Ezy Go membantu menampal dan mengepam tayar anda dengan pantas!!!
Hanya RM39 berbaloi semasa kecemasan..baik beli pizza? Sekarang mungkin anda rasa begitu tapi bila kecemasan nak cepat pergi kerja atau ke hospital tiba2 tayar tiada angin, saya yakin pizza tak bernilai bagi anda masa tu..hehe cepat!!! Simpan 1 botol dalam kereta anda persediaan jika berlaku tayar pancit!!!"

Tuesday, October 3, 2017

Assalamualaikum dan Hai

Beli coklat di Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir | Selepas berjalan-jalan dan bergambar sakan di buaian viral Pantai Batu Buruk , kami sekeluarga bercadang ke Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir  Kakak CR yang semangat nak perginya sebab nak beli coklat katanya. Pada mana yang belum tahu, awal bulan Ogos baru ni, Tasik Kenyir dijadikan salah satu zon bebas cukai seperti Langkawi, Padang Besar, dan Rantau Panjang. Sebab tu lah kakak CR beriya-iya nak ke sana tapi kami tak bagi kata putus samada nak pergi ke tak dan masa hari kejadian akhirnya pergi juga. hehe. Dari Kuala Terengganu lebih kurang 55km , tak jauh mana jugalah. Kami pergi kesana dengan khidmat Waze. Terima Kasih waze dan maps yang sangat membantu.  

Tasik Kenyir sebenarnya salah salah satu tempat pelancongan yang terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir ini merupakan tasik buatan manusia diantara yang terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil dari Empangan Kenyir pada tahun 1985.

Terdapat 340 buah pulau buatan manusia di tasik ini. Pulau-pulau ini asalnya adalah bukit, tetapi kini telah ditenggelami oleh air disekelilingnya sehingga membentuk pulau.
Selain pulau, ada 30 batang sungai mengalir di Tasik Kenyir dengan 25 jeram dan air terjun yang didiami lebih 25 spesies ikan air tawar.
Tasik ini juga menyimpan 8000 spesies bunga, 2500 spesies tumbuhan, 1000 spesies burung dan 800 spesies rama-rama.

Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Kuala Terengganu
[ Ruang parkir kenderaan yang luas]




Kuala Berang

Disini ada perkhidmatan bot untuk bersiar-siar menikmati keindahan di sekitar Tasik Kenyir ni.  Menurut apa yang CR baca, di Tasik Kenyir ni banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati dan memerlukan beberapa hari jika hendak meneroka semua tempat tu. Dalam gambar diatas juga kedai menjual cenderamata yang boleh dibeli sebagai kenangan seperti tshirt,beg dan pelbagai lagi.


Kuala Berang
[ Kedai Coklat ]

Tujuan utama adalah kedai ini sebenarnya. Kami kesini pada hari jumaat dan sampai dalam jam 11.30. Masa CR masuk tu ramai sangat orang tempatnya kecil jadi memang sesak lah. Masa tengah nak membeli tu nampak pekerja dia macam nak tutup kedai dah. Lupa yang hari tu hari Jumaat dan mereka perlu tutup kedai jam 12.30 untuk menghormati masa sembahyang Jumaat. Nasib la cepat kami datang sini kalau tak kena tunggu lama sampai dibuka semula.

Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir
[ Hasil tangkapan dalam masa beberapa minit ]

CR tak sempat tengok sangat coklat apa yang dijual lagi sebab nak cepat dan ramai sangat orang. Dah la tak sempat nak pergi ke kedai satu lagi yang jual telekung, pinggan mangkuk, dan minyak wangi. Kecewa jugak. Datang jauh-jauh tapi sempat ke kedai coklat je. Dengar2 cerita ,kedai ni nanti akan dipindahkan ke bahagian lain. Tak tahu la mana tapi still dalam Tasik Kenyir lagi lah. Mungkin dipindahkan ke lain tempat yang menggunakan perkhidmatan bot. Mungkin dengan itu akan memajukan lagi perkhidmatan bot. CR pun tak sure betul ke tak ditukarkan. Dengar2 je orang cakap.


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">



Kuala Berang
[ Sempat posing dulu ]
Sebelum balik, harus lah posing dulu dengan air Tasik Kenyir di belakang tu. Cantik sangat tempat ni sebenarnya. Selain kedai coklat ni ada juga Waterpark Kenyir tapi masa kami datang tu waterpark tersebut dalam proses renovation. Mungkin lain kali kalau ada rezeki, CR datang ke sini semula.  CR sekeluarga juga sempat makan tengahhari kat sini. Sedap dan murah makanan di Terengganu ni. Nama kedai yang CR makan tu  dah lupa sebenarnya tapi ada tulis Mr. Baung. Boleh la makan disitu nanti yer.

Sebelum tamat, CR ingin kongsikan tempat-tempat menarik yang ada di Tasik Kenyir. Manalah tahu kot2 ada yang berminat nk bercuti di Tasik Kenyir kan. 😊

 Tempat-tempat menarik yang ada di Tasik Kenyir


Santuari Kelah di Sungai Petang
Santuari Kelah Sungai Petang adalah tempat pemuliharaan ikan kelah yang terletak di dalam kawasan Tasik Kenyir. Jarak perjalanan ke santuari ini dari Pengkalan Gawi mengambil masa 40 minit menggunakan bot laju.

Air Terjun
Antara tarikan utama juga di Tasik Kenyir adalah air terjun air terjun. Ada 5 lokasi air terjun yang popular disini iaitu Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, Air Terjun Sungai Buweh dan Lata Terap.
Air Terjun Lasir adalah salah satu air terjun paling terkenal, kerana ketinggiannya mencecah 500 kaki.

Gua Bewah dan Gua Taat
Selain itu ada juga beberapa gua yang menjadi tarikan di Tasik Kenyir. Antaranya Gua Bewah dan Gua Taat. Di sini, para pengkaji sejarah telah menemui tinggalan sejarah dari zaman pra sejarah seperti rangka manusia, senjata dan peralatan memasak purba.

Gunung Gagau
Jika anda suka mendaki, Gunung Gagau mungkin tempat sesuai untuk anda melepaskan ketagihan. Apabila tiba di puncak, anda dapat menikmati pemandangan tiga buah negeri –Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Taman Herba di Pulau Sah Kecil
Jika anda sukakan sayuran serta herba, anda boleh ke Taman Herba Tasik Kenyir. Terletak di Pulau Sah Kecil, anda perlu menaiki bot laju selama 15 minit dari Pengkalan Gawi.
Tapi awas. Bersedialah dengan kasut yang baik kerana taman ini luasnya lebih 15 hektar, dan terdapat lebih 26,000 pokok herba untuk anda lihat dan kaji.

Memancing
Untuk kaki pancing, Tasik Kenyir adalah syurga ikan air tawar. Antara spesies ikan air tawar yang boleh dipancing disini adalah toman, baung, sebarau, sehinggalah kepada kelisa.
Dan lokasi terkenal kaki pancing adalah di kawasan Sungai Cacing, Sungai Tembat dan Sungai Leban.

Taman Burung
Terdapat juga disini Taman Burung yang dihuni oleh pelbagai spesies burung dengan berkonsepkan langit terbuka tanpa jaring. Anda berpeluang untuk memberi makan kepada burung-burung disini.

Aktiviti Berkhemah
Di Tasik Kenyir juga sesuai dijalankan aktivti perkhemahan. Berikut adalah beberapa tapak perkhemahan yang disediakan disini.
Tapak perkhemahan Gunung Lawit
Tapak Perkhemahan Pulau Poh
Tapak Perkhemahan Pengkalan Gawi
Tapak Perkhemahan Lasir
Tapak Perkhemahan Saok
Tapak Perkhemahan Pulau Petang
Tapak Perkhemahan Tanjung Bewah
Tapak perkhemahan Sg. Cicir/ Perpek

Sukan Air
Jika anda sukakan aktiviti lasak, atau sukan air, jangan risau. Di sini anda juga boleh menunggang jet ski, kayak, kenu, bersampan atau berakit. Untuk menginap, anda boleh tidur di rumah bot.


Monday, October 2, 2017

Assalamualaikum dan Hai

kuala terengganu
Buaian Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu | Rasanya tak perlu kenalkan lagi dengan buaian viral ni sebab di Facebook dah kerap kali orang share kan. Setiap kali datang Kuala Terengganu rasanya tidak lengkap kalau tak bergambar di buaian viral ala Lombok ni. Cik Renex pergi ke Pantai Batu Buruk dekat dengan Homestay yang Cik Renex menginap. Mana yang belum baca entri mengenai homestay , boleh klik sini    Homestay Kuala Terengganu Falah Guest House 

CR datang ke sini dalam jam 10pagi dan orang pun dah ramai kat situ. Buaian pun penuh dan masing2 semua berposing sakan atas buaian. Lama jugak nak tunggu buaian tu kosong. Di sini jugak sepatutnya ada jual layang-layang tapi mungkin Cik Renex datang pagi , tiada orang mula menjual lagi. Gerai-gerai tepi jalan jugak baru tengah bersiap-siap nak buka.
 

visit beautiful terengganu

Buaian tu belah hadapan sana. Pantai ini mendapat namanya bukan disebabkan ianya tidak cantik dan buruk tetapi nama Batu Buruk merujuk kepada batu-batu yang membentuk pulau kecil yang timbul di dalam laut bertentangan dengan pantai. Batu-batu inilah yang digelar Batu Buruk (atau Burok). Pantai ini juga ada nilai sejarah penting. Ini kerana di sinilah Gendang Gangsa atau Gendang Dong-Son ditemui. Penemuan ini amat bersejarah kerana ia membuktikan negara kita tidak melalui zaman Mesolitik.

terengganu
Masih kosong di sebelah. Bila entah nak ada orang sebelah. 😅

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, pembinaan buaian bukan sahaja menjimatkan kos, malah menjadikan tarikan pengunjung sekali gus mampu mempromosi pusat riadah itu secara percuma.
Katanya, kos yang digunakan hanyalah RM200 bagi menyediakan tali buaian berikutan bahan binaan yang lain seperti batang nibong dan kayu cengal diperoleh daripada penduduk kampung.



terengganu
#sistersgoals

Berjaya jugak ambil gambar berdua macam ni sebab selalu ada orang lain kat sebelah. Lama juga nak tunggu orang lain beredar. Kalau perasan, di bahagian belakang berhampiran dengam air pantai tu ada jugak satu buai. Tapi CR tak pergi pun buaian situ sebab malas nak basah2. Hehehe. Puas hati bila dapat bergambar dengan buaian viral ni..


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">

Cik Renex ada baca jugak di Pantai Batu Buruk ada aktiviti kereta kuda pada belah petang. Plan asal memang nak pergi semula ke Pantai Batu Buruk ni tapi bila tengok dari atas rumah,jalan jem gila menghala ke pantai tu. Terus CR batalkan niat nak pergi tengok tapi akak dengan cha tetap bersemangat nak pergi. Tapi tak kesampaian juga sebab hari hujan. Kesiannn. 😆

Jadinya duduk je la dalam homestay. Lepas maghrib baru kami keluar semula. Kemana destinasi kami? Nanti CR kongsikan dalam entri selepas ini yer.


Sunday, October 1, 2017

Assalamualaikum dan Hai


Pernah dengar tak produk Eversoft? CR perasan produk ni di watsons dan juga Lazada tapi tak pernah pun mencuba produk ni. Tapi bila tengok banyak je iklan ni muncul, terasa macam nak guna lak. hehe . Ada dua produk yang menarik iaitu Micellar Cleansing Water dan 2in1 Cleanser & Toner. Seperti yang  kita tahu tomato memang banyak khasiat dia untuk kulit kita begitu juga dengan organik dari buah Yuzu. 



nuffnang

EVERSOFT 100% Organic Tomato Micellar Cleansing Water  sebenarnya berfungsi menanggalkan solekan, membersih dan menyegarkan kulit. Manakala EVERSOFT 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner sangat sesuai pulak bagi orang yang tidak menggunakan solekan. Produk ni menggunakan formulasi berasaskan bahan dan teknologi dari Jepun, pembersih baru ini bebas daripada paraben, SLS, alkohol serta minyak mineral.


Tomato Micellar Cleansing Water

Water-based makeup remover that is gentle yet effective in removing waterproof makeup, sunblock, BB cream and impurities. It is enriched with 100% Organic Tomato Extract, which is known for its anti-oxidation properties to fight against free radical. This makeup remover does not require rinse off and you may apply moisturiser.



Yuzu 2 in 1 Cleanser Toner

This is an express formula that combines 2 cleansing steps in 1. The red nano beads are enriched with Tea Tree Oil that cleanses deep within the skin to draw out impurities and tightens pores, while organic Yuzu extracts helps soothes skin redness, reduce acne formulation, and removing skin blemishes. This cleanser cleanses and clarifies in one single step without leaving any reside. You may continue with serum and moisturiser.




 Boleh KLIK SINI untuk mencuba2 produk ni ataupun tengok produk lain yang dihasilkan dari Eversoft Skinz. 



     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">