Digigit Buaya...

Assalamualaikum dan Hai.

Digigit buaya... | Biar betul kena gigit dengan buaya??Rileks rileks,bukan buaya betul tapi buaya mainan ni atau nama lainnya Crocodile Dentist. "You're the Doc in this game of daffy dentistry". CR tahu mainan ni pun lepas orang share video tengah main doktor buaya ni di facebook. Macam seronok pulak main kan. Lepas tu,adik CR pun sibuk nak beli mainan. Masa pergi Hospital Sungai Buloh baru ni,ada nampak jual kat kedai situ . Harga dalam RM23.00 macam tu. CR cakap lah,tunggu dululah beli sebab nak check kat Lazada dulu berapa harga.Padahal tu sebenarnya adalah alasan taknak beli tapi dia bersungguh nak jugak. Siap hantar whatsapp merayu-rayu suruh beli jugak. Bila dah balik dari Sg. Buloh dia still tanya lagi dah tengok ke kat Lazada berapa harga. Sabar je lah, nampak sangat nak buaya tu.

Kesian pulak tengok,makanya CR pun check la kat Lazada. Ada banyak sangat tapi kena hati-hati la beli tu. Sebelum beli tengok details dulu sizenya.Jangan jadi macam kes tersilap beli mesin penimbang berat badan tu. Hehe. CR pulak kalau beli dengan Lazada,memang akan check details, baca review yang customer pernah beli. Bukan apa,sebagai langkah berjaga-jaga je. :)

crocodile bite
CR beli yang ni. :)

Bila CR check,harga dia lebih murah berapa hinggit je. Tapi kira ok la tu. Walaupun murah sikit tetap berbaloi. Tengah zaman ekonomi yang tak seberapa ni kan ,kita kena mengambil langkah berjimat-cermat. Walaupun murah even RM1 pun CR akan beli yang paling murah jugak.Over gila bab2 jimat duit ni kan. huhu. CR order barang ni pada 7 Ogos 2017 sampai 12 Ogos 2017 , awal dua hari dari sepatutnya. Barang ni dari overseas tu lama sikit nak tunggu.




Main Crocodile Dentist ni senang je. Buka mulut buaya tu, lepas tu tekan gigi dia satu persatu sampai lah kita digigit oleh buaya tu. Siapa yang kena gigit,dia kalah. Masa nak tekan tu memang cuak jugaklah walaupun tak sakit mana pun kena gigit. Rasa berdebar tiap kali tekan gigi dia yang putih berseri tu. Muka pun menyeramkan jugak yang menambahkan lagi hati kita berdebar-debar nak tekan gigi dia tu.



lazada

Muka buaya ni sangat menyampah tengok. Pandangan yang kononnya dia cakap, "Yeay,aku berjaya gigit jari korang.Padan muka korang!". Bila nak main semula game ni, kena ngangakan mulut buaya tu sendiri dan tekan gigi dia semula. Kedudukan yang gigit akan menutup mulut tu takkan sama tiap kali kita berulang-ulang main jadi memang best lah main banyak kali kan sebab tertanya-tanya gigi mana pulak kali ni.


Ni video CR main. Kecoh la sikit masa ni. Tengah paksa ma main jugak sekali sebab ma takut nak main. Hehe




Ma taknak join main sebab seram nak tekan. Hehe. Seronok mainnya, sesuai untuk kanak-kanak yang berumur tiga tahun dan keatas. Jadi siapa yang nak cuba tu boleh beli dekat Lazada ataupun mana-mana kedai alat permainan ye. Sangat sangat seronok.


32 comments

  1. Kalau echa pun cuak juga nak tekan gigi buaya tu. Hahah!

    ReplyDelete
  2. waaa, best jgak. tapi kena main ramai ramai baru meriah. if main sorang sorang 2 round tido rasenya. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mek .mek boleh ajk ank2 main skli.hehe

      Delete
  3. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat malam ahad & apa khabar dari Maznee sis cik renex

    Hmmm

    Ingatkan buaya apa tadi

    Mainan buaya rupanya

    Mujur tak sakit kan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.hai Maznee. :)

      suspen tak,igtkn buaya betul kan kan.

      Delete
  4. Ingatkan kena gigit buaya. Terkejut tau. Hehe.

    Mujur Reen tengok saiz, betullah tu kang dapat macam kes penimbang berat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..saje nak wat org yang baca tjuk terkejut.:)

      Delete
  5. Comel je ana tgk vid dkt ig reen. Kalau ana mesti menjerit setiap kali tekan gigi tu. Haha. Nervous kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ma reen neves nak tekan gigi tu. hahaha..nti jumpa ana, reen bawa buaya ni,hehehe

      Delete
  6. terkejut busyra baca tajuk td. hehe. btw comel buaya tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tajuk tu buat orang prcaya kena gigit boye.hee..comel sangat tapi menggigit.hee

      Delete
  7. Informasi yang berguna.. Assalamualaikum, tahniah kerana anda merupakan penerima 1 botol serum rambut daripada saya.. Untuk butiran lanjut, jemput baca entri terbaru saya

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/08/top-commentor-julai-ogos-2017.html

    Tahniah sekali lagi...

    Shikin Razali

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki. semoga akk dimurahkan rezeki. :)

      Delete
  8. waaa.. mcm seronok la pulak game ni ye.. hehe.. cepat juga sampai dr oversea tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah seronok..aah kali ni cepat pulak.sblm ni lama

      Delete
  9. hahaha, best game ni, nanti nak beli jugak la, nak main dengan Qa'id, mesti kecoh!

    ReplyDelete
  10. hahahhaahaaaadoiii.. Mcm2 permainan ye skrg ni.. kalau x de entry CR ni rsnye tak tahu pun kewujudan permainan ni.. kikiki

    ReplyDelete
  11. Haha.... Mesti best main ni... main teka2 kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah NA. neves nak teka gigi mana yang akan gigit kita. :)

      Delete
  12. ha betul, even murah rm1 pun kena pertimbangkan. kalau seribu org dah 1k dah jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Nadhie Wueen. CR memang sllu bndingkan hrga.

      Delete
  13. Nape cam taktau je mainan ni... Mungkin sebab duduk dalam hutan... Huhu

    ReplyDelete
  14. hahaha.. macam best je main nie.. berhantu kan kalau bukak lazada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best Ein..walaupun tak sakit mane pun kena gigit tu nebes tu ade.hee

      Delete
  15. ingtkjan kena gigit buaya td..gugur jantung kejp

    ReplyDelete
  16. Nampak mcm seronok jea..hahaha tergoda jap...nak kena beli nie...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex