Merdeka! Merdeka! Sale Lazada Malaysia 2017

August 30, 2017 C i k R e n e x 4 Comments

Assalamualaikum dan Hai.


Merdeka! Merdeka! Sale Lazada Malaysia 2017 | Tanggal 31 Ogos ni iaitu hari esok genap negara kita menyambut kemerdekaan untuk kali yang ke 60 tahun. Alhamdulillah. Jadi sempena hari kemerdekaan Malaysia, Lazada Malaysia mengadakan sale besar-besaran.



Lazada Malaysia mengadakan promosi sempena Hari kemerdekaan iaitu Merdeka! Merdeka! Sale (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) yang sudah lama bermula pada 25 Ogos baru ni dan berakhir pada 31 Ogos iaitu esok. Yang paling best,diskaun yang ditawarkan sehingga 80%. Rugi lah kalau tak membeli masa sale ni kan. Banyak sangat barang yang ditawarkan dengan harga yang lebih jauh murah dari yang asal.


Apa yang anda suka apabila menjadi rakyat Malaysia?

Sudah pastinya sebab Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai. Kita sebagai rakyat Malaysia sangat berasa aman apabila berada didalam negara kita. Kita juga bebas untuk bergerak kemana-mana tanpa sebarang halangan. Ada sesetengah negara, untuk bergerak pun perlu kebenaran dari pihak penguasa.  

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan kaum. Tetapi itu tidak membezakan kita antara satu sama lain kerana kita bebas untuk merayakan perayaan antara agama bersama-sama tanpa sebarang perbezaan. 


Yang seronok jadi rakyat Malaysia adalah kita bebas memilih untuk membeli samada secara langsung ataupun dalam talian. Sebagai contoh kita bebas untuk membeli di Lazada ,samada produk dalam negara mahupun produk tempatan. Produk tempatan jugak tidak kurang hebatnya. Sebagai contoh jenama pensonic,khind, carlo rino, bonia, tomei dan macam-macam lagi.  Yang paling CR suka adalah jenama Pensonic. Di rumah CR terdapat banyak jugak barang dari Pensoni. Sebagai contoh oven dan kipas. Walaupun Pensonic adalah produk tempatan tapi kualitinya setanding dengan jenama terkemuka yang lain dengan harga yang lebih murah 

Berikut adalah dua barang yang CR dah masuk dalam wishlist. Kena tunggu masa yang sesuai untuk beli. 😘






Masih ada masa lagi nak membeli di Lazada Malaysia. Cepat-cepat la pergi terjah yer!
Merdeka! Merdeka! SALE



     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="4509434074">

4 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Warna Bongkar Watak

August 29, 2017 C i k R e n e x 7 Comments

Assalamualaikum dan Hai.

Warna Bongkar Watak | Baru-baru ni Cik Renex mengemas kotak barang lama kan bilik. Kemas punya kemas terjumpa majalah Remaja. Siapa disini peminat majalah remaja? CR dengan kakak CR memang peminat tegar majalah Remaja. Sanggup tu simpan duit untuk beli majalah ni dulu. Siap buat giliran lagi,bulan ni akak CR beli, bulan depan CR pulak. Gigih demi majalah. Hahaha.Seronok bila teringat.






watak ikut warna

Tengah selak-selak majalah remaja tu, terjumpa satu artikel ni yang mengatakan dengan melalui warna kita boleh mengenali watak seseorang tu? Tapi takdelah tepat sangat tapi saja CR nak share. Setiap orang pasti memiliki warna kegemaran masing-masing kan. Jadi jom kita tengok sama tak watak kita dengan apa yang diperkatakan oleh artikel dalam majalah tu

Warna Membongkarkan Watak

UNGU

Sifat keperibadian anda benar-benar luar biasa. Selalu optimis dalam menghadapi masa depan dan anda tidak pernah ragu-ragu. Apa yang dikerjakan anda adalah yang terbaik. Anda pandai dalam mengikuti perkembangan zaman. Dalam hal percintaan pula, hanya mereka yang kuat sahaja yang mampu mendekati dan menjadi sahabatmu.

MERAH

Anda sangat berwibawa dan juga senang melindungi orang yang lemah. Walau sering kali bergaul dan bercanda tapi anda mampu menahan diri. Banyak orang mengatakan cinta,tapi anda selalu berfikir dan berfikir lagi. Anda termasuk dalam golongan yang sukar untuk jatuh cinta.

HIJAU

Jika anda memilih hijau,maka anda adalah golongan yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam sekitar dengan udara yang sejuk. Anda adalah seseorang yang selalu memegang kepada prinsip. Dalam hal bercinta anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang mampu bertoleransi dan dapat dipercayai.


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="4509434074">

HITAM

Anda merupakan golongan yang sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika berada dalam kumpulan yang tidak disukai, maka anda akan menjadi murung. Anda selalu tampil menarik,rapi, cukup ramai yang berusaha mengejar dan merebut cinta anda.

PUTIH

Anda adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan hampir sempurna,ramai orang mengagumi anda kerana sifat anggun, idealis dan nilai moral yang teramat tinggi. Anda adalah golongan yang tidak pernah angkuh, senang menolong sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan anda.

BIRU

Anda biasanya termasuk dalam golongan yang pemurung, tetapi selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam segala hal. Selalu mengharapkan kedamaian dan ketenangan. Anda memiliki kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana anda sering menyembunyiman perasaan.

KUNING

Anda memiliki sifat optimis. Anda adalah jenis yang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang sukar untuk didekati. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri anda, kerana menolong merupaka suatu kewajipan mutlak bagi anda. Anda adalah orang yang tidak pernah merendahkan sesiapa pun walaupun seseorang itu agak lembap.



     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">

Jadi, agak-agak sama tak personaliti korang dengan apa yang di atas ni. Bagi CR warna kegemaran CR tak tentu dan banyak sangat. Jadi adakah ianya dinamakan masalah personaliti? Hehe. Apa yang dinyatakan di atas tu tak semestinya tepat kan, hanya orang yang buat kajian. Kadang sama kadang tak kan. Hanya nak seronok2 je.


Jadi, apa warna kegemaran anda semua???

 

7 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

7 Cara mohon maaf dengan ikhlas

August 26, 2017 C i k R e n e x 8 Comments

Assalamualaikum dan Hai.

Minta maaf
Owlie omey!
7 Cara mohon maaf dengan ikhlas | Kita sedar kita ada buat kesilapan dengan orang lain tapi kita terlalu ego untuk meluahkan perkataan maaf tu. Ego ni memang ada dalam diri kita. Jadi kita mesti ketepikan ego tu dan membuang rasa malu tu jauh-jauh dan memohon maaf. 

Bagi CR kalau CR ada buat salah dengan orang memang akan terus rasa serba salah dan tak senang duduk selagi tak minta maaf. Bila dah minta maaf dan orang tu dah maafkan baru lega hati ni. Jadinya kali ni, CR nak kongsikan cara untuk mohon maaf dengan seseorang dengan ikhlas. 



7 CARA MOHON MAAF DENGAN IKHLAS


1. Tentukan waktu yang tepat untuk memohon maaf. Kadangkala lebih cepat lebih bagus,tapi kadangkala adalah lebih baik meminta maaf apabila keadaan sudah semakin tenang.

2. Cara terbaik adalah face to face. Minta maaf dengan bersungguh-sungguh dan akui kesalahan.

3. Jika terlalu sukar untuk meminta maaf secara bersemuka,gunakan cara lain. Contohnya kirimkan kad. Katakan pada individu itu yang kamu memang terlalu takut untuk berhadapan dengannya. Jadi,kad itu dihantar sebagai pengganti diri.

4. Jangan gunakan perkataan yang memperlihatkan bahawa kamu seperti tak menyesal. Contohnya, " Saya melakukan salah.. tapi.." . Bila ada perkataan tapi tu seperti kita tidak setulus hati.

5. Tunjukkan bahawa permintaan maaf kita tulus dan keinginan kamu untuk memperbaiki hubungan memang kuat.

6. Kamu juga boleh cuba tanyakan pada orang yang kamu minta maaf,apa yang mampu kamu lakukan untuk dia memaafkan.

7. Akhir sekali,sabarlah. Tak semua permintaan maaf kamu bakal diterima secara mudah. Berikanlah waktu untuk mereka memaafkan.
Sumber : Remix


Dan jika seseorang tu memohon maaf dari kita pulak,jangan lah teragak-agak nak memaafkannya. Banyak kebaikkannya bila kita telah memaafkan seseorang tu. Antaranya ianya dapat mengurangkan kadar stress yang timbul disebabkan tidak memaafkan orang lain. Selalunya bila kita tidal memaafkan orang,kita akan mengalami masalah emosi seperti sakit hati,dendam , marah , benci, trauma, dan macam-macam lagi. Bila kita memaafkan jugak sebenarnya kita dapat membaiki hubungan silahturahim yang renggang.

Orang yang mudah memaafkan juga lebib disenangi dan mempunyai ramai kawan. Bagi yang pendendam pula lebih sukar membina hubungan kerana mereka terlalu emosi walaupun hanya perkara kecil yang terjadi.


Jadinya, kita harus lah saling maaf dan memaafkan orang bagi membantu penggembangan diri kita yang lebih positif. Kalau CR ada buat salah, CR minta maaf ye.  


8 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

3 Aplikasi Edit Gambar paling best untuk Android

August 25, 2017 C i k R e n e x 10 Comments

Assalamualaikum dan Hai.

Picsart
Hasil edit menggunakan PicsArt
3 Aplikasi Edit Gambar paling best untuk Android | Siapa disini suka edit gambar? Sebelum ni kita edit gambar dengan software Photoscape atau Adobe Photoshop di laptop kan. Tapi sekarang zaman dan maju dan masing2 nak cepat. Kadang tak sempat nak transfer gambar ke laptop,jadi nak terus edit guna phone je. Lagi mudah. Tapi nak guna apps apa kan?

CR adalah pengguna android makanya hari ni CR akan berkongsi aplikasi edit gambar/foto yang paling best dan popular. Sebenarnya ni adalah aplikasi yang paling CR suka untuk edit gambar dan di dalam Play Store tu banyak lagi aplikasi lain. Pilih je mana yang berkenan dan selesa untuk digunakan.Antara aplikasi untuk edit gambar bagi pengguna Android adalah picsart,photogrid, vsco , snapseed , Pipcamera dan pelbagai lagilah. Tapi hari ni, CR nak kongsikan tiga aplikasi sahaja.

Tiga aplikasit edit gambar yang paling CR suka adalah Picsart, Vsco dan Snapseed. CR suka edit gambar dan selalu guna untuk edit gambar hasil kraftangan yang dah siap untuk produk bycikrenex. Jadinya memang tiga aplikasi ni penting untuk ada dalam handphone CR. Selalu gabungkan tiga2 aplikasi ni untuk jadikan satu gambar yang cantik.  CR adalah view-hunting. Pantang nampak tempat lawa,terus nak bergambar. Tapi tahu je lah kalau guna handphone ni,gambar tak memuaskan. Jadi memerlukan aplikasi-aplikasi di bawah ni. 😊

3 Aplikasi Edit Gambar untuk Android


1.PICSART PHOTO STUDIO

Picsart
Picsart adalah aplikasi yang CR paling paling paling suka. Sebab banyak sangat tools dia. Filters apps ni jugak sangat banyak untuk digunakan. Kena rajin bereksperimen dengan tools dalam tu. CR pun belum habis explore lagi picsart ni. Filter yang selalu guna adalah HDR sebab menjadikan warna dalam gambar kita nampak lagi terang almaklumlah guna kamera hp yang biasa2.

Edit gambar
Antara hasil yang di edit oleh CR. Boleh nampak perbezaan dia kan. Gambar yang gelap boleh jadi cerah dengan CR sekali jadi kulit cerah (padahal jenis kulit gelap). Filter picsart sangat-sangat membantu menjadikan gambar cantik. Bagi pandangan CR lah. Hehe


Edit gambar
Yang ini pulak hasil edit untuk header blog,cover photo facebook dan macam2 lagi lah. Bila edit header atau logo ,CR suka gunakan sticker yang dah ada dalam picsart ni. Tapi kena rajin explore lah bagi mendapatkan gambar sticker yang cantik. Kalau nak lagi advance dalam mengedit gambar guna picsart boleh tengok tutorial di Facebook dan youtube. Dan kalau anda terer dalam design2 ni memang boleh buat duit okay. Teruskan usaha.


2. VSCO



VSCO pulak CR suka sebab filter gambar dia. VSCO mempunyai banyak filter untuk menjadikan gambar nampak lagi menarik dan cantik. Filter yang ditawarkan juga ada yang percuma ada yang perlu dibayar. Yang percuma pun dah sedia cantik taw filter dia. Di facebook dan youtube ada tutorial bagaimana nak cantikkan gambar. Memang superrbb hasilnya kalau pandai main dengan setiap tools dia. 

Hasil vsco. Banyak perbezaannya kan.

3. SNAPSEED



Snapseed sangat sesuai untuk edit gambar yang berbentuk promosi barang dan quote2 yang menarik. Snapseed memang da ade template berbentuk dalam bulat camtu . Hanya tinggal kita edit sahaja perkataan apa yang kita mahu letak dan style yang mane. CR selalu edit gambar-gambar background cantik dan di hiasi dengan ayat-ayat jiwang. 😁 


Hasil edit guna Snapseed




Itulah antara aplikasi yang menjadi pilihan CR. Mungkin sesetengah orang selesa dengan apps lain kan. Apa kata komen di bawah atau share di blog korang lak, apps yang korang gunakan untuk edit gambar. 🤗😊

10 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Bowling bersama keluarga

August 23, 2017 C i k R e n e x 15 Comments

Assalamualaikum dan Hai

BOWLING BERSAMA KELUARGA | Siapa disini suka main bowling mohon angkat tangan. Cik Renex memang suka main bowling tapi takde geng yang nak main bowling. Dulu-dulu kerap main dengan sorang kawan ni tapi sejak dia dah kahwin dan keje di Petaling Jaya,jadinya memang takde geng lah. Bukan takde kawan lain,ada je. Tapi masing-masing jauh. Jumpa bila time cuti raya. Tak sempat nak ajak main bowling. Last CR main masa awal tahun ni dengan Azuwa dan Yus. Lamaaaa gila tak main kan. Kebetulan pulak akak dan Abg Lee balik kampung dua minggu lepas,apalagi memang CR ajak main terus lah.Nasib dieorang pun nak main. 

Tempat yang CR selalu main adalah di satu-satunya mall yang ada di kawasan perumahan. Starmall Mentakab. Mall tu je la yang ada wayang dan bowling. Mujur ada kalau tak berhuhu je la jalan2 kat Temerloh Mentakab. CR pergi Jumaat malam Sabtu. Macam biasa memang ramai sebab ada jabatan mana yang tengah game jugak kat bowling tu. Sekolah CR pun wat game di U-bowl Starmall ni jugak.

bowling
CR awal-awal dah cakap nak line hujung sekali sebab selesa sikit dengan orang tak ramai. Kami pergi berlima tapi yang mainnya hanya CR , akak dan Abg Lee. Ma dan farisha jadi tukang sorak jer. Mula-mula kami bermain di line 29 tiba-tiba line tu hang lak. dah kena tukar line 27. 

bowling
CR dengan selamba pakai skirt pergi main bowling sebab lagi selesa. Hahaha. Orang pandang pelik biarkan. Kami main satu game je sebab nak ke tempat lain jugak dan nak makan malam. Hari pun dah lewat.

ubowl
L untuk Abg Lee, R untuk CR dan F untuk Akk CR.


Keputusannya? HARUSLAH CIK RENEX menang. Berjaya jugak kalahkan abg lee. Sebelum ni dia payah nak dikalahkan.Mungkin faktor dia penat tu dia tak all out melontar bola agaknya. hehe.

Sebelum ni CR pernah join tournament game antara geng2 tempat kerja dan geng2 Kskm. Masa main bowling di Megamall Kuantan sempena dengan hari Kskm ,group CR menang tempat pertama. Yeay! Lepas dari tu dah jarang join sebab tak berkesempatan.

share sikit video CR dapat jatuhkan semua pin.hee


Rakan-rakan blogger taknak wat main bowling ke? Kalau ada, jangan lupa ajak CR okeh.



#Giveaway Blog Bycikrenex tengah berlangsung. Jemput join yer.  Mana-mana yang dah join nanti CR update list peserta.🤗 terima kasih sudi join.

15 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Digigit Buaya...

August 13, 2017 C i k R e n e x 32 Comments

Assalamualaikum dan Hai.

Digigit buaya... | Biar betul kena gigit dengan buaya??Rileks rileks,bukan buaya betul tapi buaya mainan ni atau nama lainnya Crocodile Dentist. "You're the Doc in this game of daffy dentistry". CR tahu mainan ni pun lepas orang share video tengah main doktor buaya ni di facebook. Macam seronok pulak main kan. Lepas tu,adik CR pun sibuk nak beli mainan. Masa pergi Hospital Sungai Buloh baru ni,ada nampak jual kat kedai situ . Harga dalam RM23.00 macam tu. CR cakap lah,tunggu dululah beli sebab nak check kat Lazada dulu berapa harga.Padahal tu sebenarnya adalah alasan taknak beli tapi dia bersungguh nak jugak. Siap hantar whatsapp merayu-rayu suruh beli jugak. Bila dah balik dari Sg. Buloh dia still tanya lagi dah tengok ke kat Lazada berapa harga. Sabar je lah, nampak sangat nak buaya tu.

Kesian pulak tengok,makanya CR pun check la kat Lazada. Ada banyak sangat tapi kena hati-hati la beli tu. Sebelum beli tengok details dulu sizenya.Jangan jadi macam kes tersilap beli mesin penimbang berat badan tu. Hehe. CR pulak kalau beli dengan Lazada,memang akan check details, baca review yang customer pernah beli. Bukan apa,sebagai langkah berjaga-jaga je. :)

crocodile bite
CR beli yang ni. :)

Bila CR check,harga dia lebih murah berapa hinggit je. Tapi kira ok la tu. Walaupun murah sikit tetap berbaloi. Tengah zaman ekonomi yang tak seberapa ni kan ,kita kena mengambil langkah berjimat-cermat. Walaupun murah even RM1 pun CR akan beli yang paling murah jugak.Over gila bab2 jimat duit ni kan. huhu. CR order barang ni pada 7 Ogos 2017 sampai 12 Ogos 2017 , awal dua hari dari sepatutnya. Barang ni dari overseas tu lama sikit nak tunggu.




Main Crocodile Dentist ni senang je. Buka mulut buaya tu, lepas tu tekan gigi dia satu persatu sampai lah kita digigit oleh buaya tu. Siapa yang kena gigit,dia kalah. Masa nak tekan tu memang cuak jugaklah walaupun tak sakit mana pun kena gigit. Rasa berdebar tiap kali tekan gigi dia yang putih berseri tu. Muka pun menyeramkan jugak yang menambahkan lagi hati kita berdebar-debar nak tekan gigi dia tu.



lazada

Muka buaya ni sangat menyampah tengok. Pandangan yang kononnya dia cakap, "Yeay,aku berjaya gigit jari korang.Padan muka korang!". Bila nak main semula game ni, kena ngangakan mulut buaya tu sendiri dan tekan gigi dia semula. Kedudukan yang gigit akan menutup mulut tu takkan sama tiap kali kita berulang-ulang main jadi memang best lah main banyak kali kan sebab tertanya-tanya gigi mana pulak kali ni.


Ni video CR main. Kecoh la sikit masa ni. Tengah paksa ma main jugak sekali sebab ma takut nak main. Hehe




Ma taknak join main sebab seram nak tekan. Hehe. Seronok mainnya, sesuai untuk kanak-kanak yang berumur tiga tahun dan keatas. Jadi siapa yang nak cuba tu boleh beli dekat Lazada ataupun mana-mana kedai alat permainan ye. Sangat sangat seronok.


32 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Cipta hadiah dari Hati dengan Printcious

August 10, 2017 C i k R e n e x 7 Comments

Assalamualaikum dan Hai

Hadiah dari Hati dengan Printcious | Pernah dengar tak website Printcious. Sejujurnya Cik Renex baru tahu website ni.Kuno lak rasa. Nasib la ada Umi Fuzy yang share mengenai website ni. Ruginya lambat tahu mengenai Printcious ni. Nak tahu kenapa rugi? Kejap lagi CR akan kupaskan satu persatu. Hiks.



APA TU PRINTCIOUS?

"Printcious is a play on word “Printing” and “Precious” which is where our catch phrase “Print Your Precious Gifts”. We hope that our customers are happy no matter they are giving our customised gifts to someone or receiving customised gifts from someone, as we always believe that "Giving with Art is Giving with Heart”!" -  source

Website Printcious ni adalah satu medium yang membolehkan kita menggunakan kreativiti kita sendiri dalam mereka sendiri rupa hadiah kita tu. Samada nak letak gambar yang bermakna atau pun kata-kata yang memberi semangat pada penerima. Jadi ini adalah masanya untuk anda menunjukkan bakat dan kreativi yang lama tersimpan dalam diri tu. Eh,tapi jangan risau,kalau anda rasa anda tiada masa untuk design sendiri, boleh je terus pilih dari template yang memang dah ada dalam web tu. Pilih je design mana yang berkenan.Jadi jangan pulak cakap "Sy tak kreatif tak boleh lah tempah".Kreatif atau tak yang penting bila kita design dari hati ,orang yang menerima hadiah kita tu pasti gembira.

Produk-produk dari Printcious?


Banyak sangat yang boleh kita tempah dari website ni. Antaranya adalah Tshirt, Mugs, bantal cushion, beg, Kanvas, Gambar berbentuk puzzle dan macam-macam lagi lagi. Anda pasti rambang mata kalau tengok katalog tu. Rasa macam semua nak beli. Cara nak tempah pun mudah je.

Cara untuk menempah Printcious



Dalam banyak-banyak barang dalam tu, CR paling berkenan nak beli bantal cushion. Size bantal tu jugak agak besar sebab 40cmx40cm. Memang best sangat di peluk masa nak taip entri kat blog masa guna netbook kan. Bantal ni jugak kita boleh letak gambar atau pun letak ayat motivasi sikit. Meh CR kongsikan cara nak buat tempahan okay



Plump and fluffy, this Square Cushion makes a perfect companion when lounging on a sofa. Be comforted by its silky smooth cover, perfect for any man, woman or child.Explore the complete range of customisable collection by adding text or photos of your choice

  • Comes with a hidden zipper enclosure.
  • High durability machine washable cover and inner micro fiber cushion included. 
  • Printing Method: Sublimation
  • Printing area: 20cm x 20cm printable area in the middle of one side of the cover
  • Cover Material: 100% Polyester
  • Dimensions : 40cm x 40cm.
  • Weight: Approximately 350g



Jom tengok step by step cara nak tempah dengan printcious. Mari mulakan.


1. Pilih nak beli yang mana satu. CR pilih Cushion dan ambil yang motivational quotes. Klik Je situ.
2. Kalau nak edit2 boleh tekan kotak biru tu yang ada tertulis "Customize It". Kalau tak nak boleh terus klik Add to Cart.




3. Masa step ni, sebelum Klik Check out, kalau ada voucher ke boleh gunakan kat step ni. Secara automatik harga akan didiskaun mengikut voucher kita tu. Kemudian baru klik Check Out.
4. Step seterusnya kena isi details alamat untuk pos barang tu- pilih cara penghantaran-cara bayaran-dan akhir sekali review order. Akhir sekali klik Confirm Order. (takdegambarnaktunjuk)


Setel. Mudah je kan cara nya.tunggu dalam 3 hingga ke 6 hari untuk proses penghantaran ke rumah kita.  Kos penghantaran adalah percuma jika kita membeli melebih RM70. Dan sekarang tengah ada promo diskaun sehingga 30% sempena YOUTH DAY.  Promosi ni berakhir pada 12 Ogos 2017 ni. Jadi,cepat2 lah order yer.

Untuk details, boleh klik link di bawah

7 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Skin Stories Celebrity Feminine Scrub Wash penyelamat kaum wanita.

August 03, 2017 C i k R e n e x 13 Comments

Assalamualaikum dan Hai.

Keputihan


Skin Stories Celebrity Feminine Scrub Wash penyelamat kaum wanita |Penyelamat apa tu kejap lagi CR nak share. Info yang CR nak share ni mungkin bagi sesetengah orang adalah isu yang sensitif tapi CR rasa ianya sangat berguna untuk kita tahu tak kisah sama ada perempuan atau lelaki. CR nak sharekan mengenai masalah keputihan. Masalah keputihan sebenarnya merupakan masalah yang kerap dialami oleh wanita di seluruh dunia. Namun ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dia menghadapi masalah keputihan kerana menganggapnya ia adalah sesuatu yang normal dan tidak bahaya. Yang paling penting masalah keputihan ni ada tak kira sama ada bujang atau dah berkahwin.


Kenali Jenis-Jenis Keputihan 


Keputihan Fisiologis

Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. Keputihan fisiologis adalah normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini.

Keputihan Patologik

Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati. Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.


Antara Penyebab Keputihan



1.Jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes
2.Pengambilan makanan yang manis dan tinggi kandungan gula boleh menyebabkan keputihan.
3.Pengambilan berlebihan buah-buahan seperti nenas, sengkuang dan timun juga boleh menyumbang kepada masalah keputihan
4.Penggunaan tuala wanita dan panty liner perlu ditukar dengan kerap.
5.Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.

(Sumber: MyHealth Portal)





Walau apa pun jenis keputihan yang dihadapi tu, pastinya ia tidak boleh dibiarkan berlanjutan tanpa dirawat. Jadi CR nak syorkan satu produk iaitu Celebrity Feminine Scrub wash (CFSW). Produk ni sesuai untuk anak dara ,mak dara mahupun wanita mengandung. Jika ada masalah keputihan, Cik Bunga berbau, gatal-gatal, selalu berpeluh, celah pelipat gelap, period tak lancar dan becak memang sangat sangat sangat digalakkan cuba produk ni. 



Celebrity feminine scrub wash
Produk bumiputera yang diluluskan KKM

Kenapa CFSW ni menjadi pilihan ramai ??

CFSW ada 7 bahan utama yg terbukti baik utk CIK BUNGA 😍😍. Mari kita tengok apa bahan utamanya ye.





1) POLYETHYLENE SCRUB
🌸Membantu mild exfoliate kulit cik bunga
🌸mencerahkn & pinkish cik bunga
🌸merupakan scrub halus & lembut (tdk calarkan cik bunga)

2) MAGNOLIA STEMCELL 
🌸membantu melancarkan masalah dtg bulan
🌸merawat masalah bau cik bunga yg tidak enak

3)WITCH HAZEL
🌸merawat masalah jerawat pd cik bunga
🌸membantu menyempitkn pembuluh darah
🌸mengurangkan bengkak & inflamasi
🌸membantu mengubati luka2 kecil dgn cepat
🌸melembapkn menyegarkan cik bunga

4)SIREH
🌸merawat keputihan & kegatalan 
🌸membersih & menghilangkn bau yg tidak enak
🌸mengatasi lendir berlebihan

5)MANJAKANI
🌸mengawetmudakan kulit cik bunga supaya sentiasa tegang 
🌸merawatkan otot2 dinding faraj
🌸mengatasi masalah keputihan

6)ALOE VERA
🌸menstabilkan pH cik bunga & melembapkn 
🌸mengecutkn jerawat pd cik bunga 
🌸mengandungi vitamin C&E dan dpt memperbaiki kulit cik bunga secwra semula jadi

7)PUDINA
🌸melahirkan rasa sensasi dingin
🌸memberi keselesaan semasa dtg bulan



Rugi lah kalau tak try sebab CR dah cuba sendiri produk ni. Bila CR tengok kandungan bahan utama ada sireh dan manjakani memang CR suka lah sebab kita memang sedia tahu khasiat sireh dan manjakani kan. Bil pakai ni .emang wangi dan berkesan untuk kebersihan kita. Macam mana nak beli? Boleh dapatkan di info bawah ni ye.

Celebrity feminine scrub wash (cfsw) permbersih wanita berscrub pertama di malaysia

Rm 59 exc postage

postage
Rm8 sem / rm 11 ss .

Facebook : Huda Mohd II

Instagram : skinstories_byhuda

No tel : 0183253221

Shopee :


Dan yang paling best setiap pembelian akan diberi FREE GIFT



13 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)