Lirik Lagu Nisan Cinta (OST Dendam Aurora)

Assalamualaikum dan Hai.

Lirik lagu nisan cinta
Dalam cinta ada misteri, dalam benci ada maruah diri


Lirik Lagu Nisan Cinta (OST Dendam Aurora) | Drama terbaru Astro Slot . Drama ni baru je di tayangkan di Astro Prima 105 dan Maya HD 135 pada 25 Julai 2017. Drama ni ditayangkan setiap hari Isnin sehingga Jumaat pada pukul 6.00 petang dan kalau tak silap ulangannya pada jam 12 tengah malam. Dari apa yang aku baca drama bersiri Dendam Aurora ini sebenarnya diadaptasi daripada telenovela Itali berjudul Tuscan Passion. Walaupun drama ni dah mula ditayangkan tapi aku tak berpeluang lagi tengok. Harap hujung minggu nanti ada siaran ulangan. Mesti best gila drama ni sebab pelakon yang hebat iaitu Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz. Turut membintangi drama ini termasuklah Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Fezrul Khan, Aedy Ashraff dan ramai lagi lah pelakon lainnya. Nak tahu berapa episod drama ini? 100 EPISOD okay. Puas la nak tunggu ending drama ni nanti.




Sinopsis Drama Dendam Aurora


Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff).

Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.

Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim (Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya.

Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa.

Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora.

Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut

Sumber dari sini.


Untuk sesebuah drama,lagu tema atau OST sangat memainkan peranan. Bila lagu kena dengan jalan cerita lagi la kita akan fefeling masa tengah layan drama tu kan. Ke korang tak macam tu?hehe. Bagi drama ni dia memilih lagu Nisan Cinta nyanyian penyanyi hebat Siti Nordiana dan Jaclyn Victor. Dua-dua mempunyai suara yang best dan Siti Nordiana memang penyanyi kegemaran aku dari dulu sehingga selamanya paling comel di hatiku. 

Lirik lagu ost dendam aurora

Lirik lagu Nisan Cinta (OST Nisan Cinta)


Terdengar guruh petanda
Mungkin badai melanda
Sambut tanganku bersama
Kita harunginya

Tanah seakan bergegar
Detik ku bersamanya
Pejam sampaikan tersedar
Semua kan reda

Sumpahku kepadamu

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

Hati seakan berkata
Pergi kau bersamanya
Pejam sampai kau tersedar
Semua kan reda

Sumpah ku kepadamu

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

Takdir tertulis segala
Janji kita kan bersama
Jadikan ia selamanya cinta kita

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

Cinta kita selamanya
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta


Untuk tengok video lagu ni boleh la ke Youtube atau klik je link SINI.

Kbai

9 comments

  1. Dari sinopsis menarik jalan cerita dia CR..

    ReplyDelete
  2. omg...ada fezrul khan lah berlakon..

    ReplyDelete
  3. Fuh sinopsis tuuu power, tapi 100 episod? Alahaiii malasnya nak ikut, hahaha. Tengok ending je nanti :P

    ReplyDelete
  4. Singgah isnin dari nieyl
    nampak jalan cerita mcm menarik

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sebab sudi tinggalkan link blog dekat Fb Uyul untuk diletakkan dalam bloglist pada bulan lepas. :)
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  6. Siqah tak pernah dengar lagu ni. Teringin nak tengok drama ni tapi disiarkan jam 6pm pulak.. awal sangat, siqah baru nak kuar ofis. Hee

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex