Kereta manual menjadi pilihan.

Assalamualaikum dan Hai.


Pening bulan ni asyik pakai duit jer. - CR

Hari ni Cik Renex nak bincangkan isu apakah pilihan transmisi kereta anda, Manual atau Automatik? Dua-dua tetap bergerak dan membawa kita ke tempat yang kita nak kan. Yang bezanya cuma manual dan auto. Kalau kita masih ingat, masa mula-mula ambil lesen,kita memang dah di dedahkan dengan memandu kereta manual Kancil. Tapi sekarang,ada dua jenis lesen dah kan. Untuk memandu kereta manual dan auto. Cumanya bila kita ambil lesen auto,kita tak boleh drive manual. Kan? Zamn dulu mana ada. Ujian parking ,ujian bukit dannnn yang paling penting ujian dengan JPJ semua guna kereta akademi memandu yang dah terlalu 'legend' . Mana taknya,kadang tu gear payah nak tukar,aircond memang takde dan macam2 lagilah. Tapi akhirnya kita tetap berjaya juga dengan jayanya dengan kereta manual. Tapi rata-rata lepas tu memang dah tak drive manual. Betul tak?^^v Untung zaman sekarang boleh belajar memandu  guna kereta baru samada Viva atau Axia kan. Bersyukurlah anda.


Kalau CR haruslah pilih memandu kereta manual dan secara jujurnya CR tak pernah bawak kereta auto. Eh pernah cuba sekali bawa kereta auto Myvi tapi bukanlah drive jauh hanya reverse keluar parking je. Tapi masa tu pun terkial-kial menukar gear R ,padahal senang gila kan. Mak CR bila tengok CR terkial2 gitu terus tak yakin anaknya nak drive auto terus suruh abg lee yang drive. Hahaha. Melepas nak bawak auto.


Kenapa CR pilih manual? Pertama sebab memang dah terbiasa memandu manual jadinya memang payah la nk tukar ke auto. Kadang-kadang tu bila mak saudara suruh bawak kereta dia sebab dua dah tak larat nak drive jauh,tapi CR tak dapat nak tolong sebab tak berani nak bawa automatik.. Kedua, sebab tak pernah mencuba secara betul2nya memandu kereta auto. Rasanya kalau CR cuba at least sekali drive auto mesti lepas tu gian nak drive auto. Hikss. Ketiga, untuk menghilangkan mengantuk sebab kena alert tekan clutch bila nk tukar gear. Kalau bawa auto rileks je tekan minyak dan brek kan. Guna satu kaki je. Kalau manual kena guna belah kaki. Jadi penat la sikit. Untuk kawasan rumah CR yang kawasan kampung ni memang ok lah sebab tak tempuh jem kan. Cuba kalau bawa area KL Jb,confirm lenguh. Setakat ni CR okay lagi drive masa jem. Lenguh tetap lenguh,yang penting boleh jalan. Hiks. Bawa manual ni seronok jugak sebab bila nak memotong kereta dia laju dan cepat pick-up. Betul x?




Disini jugak CR nak share apa yang tak patut kita buat semasa memandu kereta manual.



  1. TOMBOL GEAR BUKAN TEMPAT MEREHATKAN TANGAN
  2. JANGAN GUNA KLAC UNTUK STABILKAN KEDUDUKAN ATAS BUKIT
  3. JANGAN JADIKAN PEDAL KLAC TEMPAT MEREHAT KAKI
  4. JANGAN TEKAN PEDAL MINYAK DENGAN AGRESIF SEMASA RPM RENDAH
  5. GUNAKAN GEAR YANG SESUAI UNTUK MENAMBAH KELAJUAN
  6. PASTIKAN GEAR KERETA NEUTRAL SEWAKTU LAMPU ISYARAT MERAH
  7. JANGAN MENUKAR GEAR TANPA MENGGUNAKAN KLAC
  8. JANGAN MENEKAN BREK DAN KLAC SERENTAK
  9. TUKAR MINYAK GEAR IKUT JADUAL DAN SPESIFIKASI 
sumber 


Dalam sembilan perkara ni,ada juga CR pernah lakukan. Selepas ni kena cuba tinggalkan habit tu . Kadang tu memang sengaja letak tangan atas gear sebab selesa rasa. Dannnn lampu isyarat merah tu kadang-kadang memang sengaja malas freekan gear sebab senang nak pecut terus je nanti dan risau kalau lampu dah tukar hijau kita baru nak tukar gear satu. Mulalah nanti orang belakang hon. Tekan brek dan klac serentak tu pulak CR selalu wat bila dekat selekoh dan nak turun bukit. Rupanya tak bagus wat gitu. Baru tahu.


Lastly,apapun yang kita drive samada manual atau automatik,yang paling utama kena sentiasa mematuhi undang-undang. Jangan pandu melebihi had laju dan jangan lupa pasang seatbelt.


Jadi,anda pilih manual atau auto?🤗


14 comments

  1. hehe kalo kete manual CT tahu hidupkan enjin saja.. yang lain tak ingat dah..

    ReplyDelete
  2. mana pilihan elsa? mesti manual punya hikhik. biarlah lenguh kaki, asalkan tak mengantuk huhu

    ReplyDelete
  3. Tabik spring la klu ad prmpuan masjh bawak manual. IQ boleh bawak dua2...tpi da jarang la bawak manual...skrg pn bawak auto je...berdesup je atas highway hri2 prgi kerja.

    Salute reeennnn

    ReplyDelete
  4. Mek dua dua pun boleh😂🤣
    Manual best jugak if kita nk speeding. Rase gagah la kete 💪🏻
    Auto pun best untuk dlm jem sbb tk yh lenguh kaki untuk tekan clutch 😄

    Tp cam cik renex bgtahu la. Masing masing ad slera msg msg kan 👍

    ReplyDelete
  5. Saya ok jer mana mana...asal boleh bergerak tu dah cukup baik bagi saya...haha...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Wrmbth

    Kereta kami pun manual juga

    Alhamdulillah dah 8 tahun pakai

    Memang penat sikit kalau jalan sesak

    ReplyDelete
  7. Ana ada 2-2 kereta. Tp pilihan ana mestilah auto. Hehe.

    ReplyDelete
  8. mase amek lesen dulu, belajar yang manual punye.. tapi bile beli keta, amek yang auto.. haha.. laa nie tak tahu laa boleh drive manual lagi ke tak..

    ReplyDelete
  9. Sekarang nie akak memandu kereta manual tapi boleh jugak bawak auto.. tapi jika diberi pilihan utama, akak lebih suka pada kereta manual sebab senang nak memintas kenderaan yang lain, lebih pick-up kata omputih.. =)

    ReplyDelete
  10. Mai boleh bawak dua2. Memang prefer manual, tapi kesihatan tak izinkan bawak manual jarak jauh, kaki kiri saya dah tak kuat T_T.

    ReplyDelete
  11. Hebatnya Reen!! Boleh pandu kereta manual. Siqah mestilah pandu kereta auto. Manual hanya belajar untuk lepas JPJ je. Sekarang kalau suruh drive manual, memang tolak mentah2 lah. Hihi. Mati tengah jalan jugak kereta tu kang :D

    ReplyDelete
  12. Tq ye for tips.. kereta mama satu manual Dan satu lg auto. Masih boleh lah Asah skill bawa dua-dua. Cuma, guna clutch masa Naik Bukit Tu baru mama tau

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex