Resepi Biskut Jejari Nestum Roti

Assalamualaikum dan Hai Tengah buat apa tu? Mesti tengah sibuk dengan persiapan menyambut hari raya kan. CR baru siap buat dua jenis ...

Assalamualaikum dan Hai



Tengah buat apa tu? Mesti tengah sibuk dengan persiapan menyambut hari raya kan. CR baru siap buat dua jenis kuih raya. CR dan akak buat kuih cornflakes choc dan Biskut jejari Nestum roti.  Korang dah berapa jenis dah buat? Mesti dah banyak kan.

Hari ni CR nak sharekan resepi buat Biskut Jejari Nestum Roti. Senang dan jimat.

Ni sebenarnya bahan-bahan untuk buat Biskut Cornflakes Choc, Biskut Sapi dan Jejari Nestum Roti. Takde pulak gambar untuk satu2. Huuu

Bahan-bahan Biskut Jejari Nestum Roti

1. Roti Gardenia Jumbo (Roti brand lain pun boleh)
2. Nestum
3. Beryl's Choc


Cara-cara

1.Potong roti macam dalam gambar bawah ni.


Jejari nestum
Potong roti kecik2 petak macam ni

2.Bakar roti sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit.
3.Cairkan coklat guna teknik double boiler (Maksud double boiler ialah panaskan air dulu dalam bekas. Kemudian letak bekas lain di atasnya dan baru letak kepingan bar coklat)
4.Celupkan roti yang dah dibakar dengan coklat cair.
5.Gaulkan dengan nestum.
6.Sejukkan dalam peti ais dalam 5 minit sebelum disimpan dalam bekas kuih.


Taraaaa. Ni hasilnya. Sedappp. *pujidirisendiri

Simple je resepi nak buat kan. Selamat mencuba!



You Might Also Like

7 komen

  1. wahh senangnya.. hari ni jhk buat ...

    ReplyDelete
  2. Tak sangka roti boleh dijadikan snek /biskut Raya.. waaahhh creative lah CR..

    ReplyDelete
  3. Hurmm menarik jugak kuih ni... Tak tahu pulak boleh buat dengan roti aje..

    ReplyDelete
  4. Malas lah Siqah nak buat. Nak datang rumah Reen jela makan. Boleh? Hehe

    ReplyDelete
  5. adik beradik ipar IQ pun ada buat biskut ni, baru tahu caranya!

    ReplyDelete
  6. wahh best nihhh roti nak expired tayah buanggg dah boleh buat kudap kudapan.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)