Hadiah dari blogger untuk blogger #1

Assalamualaikum dan Hai. Siapa kat sini suka join giveaway dan contest? Tak kisah lah kat blog ke instagram ke facebook ke. Cik Renex...

Assalamualaikum dan Hai.



Siapa kat sini suka join giveaway dan contest? Tak kisah lah kat blog ke instagram ke facebook ke. Cik Renex kalau ada masa sempat lah join giveaway dan contest yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Kadang-kadang tu syarat semua dah ikot tapi tak sempat nak join. Ada tu sampai contest tu dah tutup tak sempat nak join. Sekarang ni jarang blogwalking sebabnya busy. Tak tahu busy apa. Hahaha. Takpe,weekend nanti CR balas blogwalking semua yer.


Oklah, kali ni CR nak share rezeki yang dikongsi oleh blogger. Alhamdulillah rezeki CR.

1. Kad Starbucks



Kad starbucks ni dapat dari contest yang dianjurkan oleh Kak LZ. Tak sangka jugak boleh menang. Alhamdulullah terpilih diantara yang bertuah. Tapi kat Bera takde Starbucks, tak boleh nak gunakan lagi. Nanti CR pergi Kluang,boleh la gunakan. Thanks kak LZ . Semoga dimurahkan rezeki dan terus bersemangat dalam dunia blog. Kak LZ jugak ada buat bisnes taw. Dia jual planner dan foamdori. Hari tu dah tanya2 harga tapi tak tempah ag. Maybe tahun depan. Tempah awal sikit. 😁

Ni link blog kak LZ. Jemput singgah dan follow.


Ni untuk planner dan foam dori.


2. Powerbank




Yang ni pulak CR menang giveaway dari Blog Ana Suhana. Ana buat Giveaway Road to 100Kpv. Alhamdulillah ada rezeki menang. Tak sangka jugak sebenarnya. Mujur Ana Whatsapp bagitaw sebab tak sempat nak berblogwalking haritu. Dan hari ni tadaaaa ,hadiah da sampai. Kebetulan pulak powerbank yang dah usia 2tahun ni pun dah rosak satu charger port. Memang kena betul. Hee. Sesiapa yang tak follow blog Ana memang rugi lah sebab blog Ana banyak sangat info terutamanya tempat-tempat menarik,hotel yang bagus,tempat makanan best dan macam-macam lagi lah. Jemput singgah ye.




Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan terus bersemangat dalam berblog. Dan semoga perkenalan kita akan kekal selama-lamanya. Banyak giveaway sempena puasa dan raya ni. Tak sempat nak join lagi. Tungguuuuu CR join. Sementara tu boleh la share link Giveaway ke contest ke kat bahagian komen ye. Terima kasih.

You Might Also Like

21 komen

  1. Alhamdulillah..rezeki tu kan CR...tu yg seronok bila berblogging ni..selain dapat kawan..dapat juga cenderahati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..itulah.yg pling srnok dpt kenal kawan2 baru.😍

      Delete
  2. Alhamdulillah CR.. Murah rezeki awak selepas nie, hihi yang penting ikatan ukhuwah yang dijalin tue, kan... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, tahniah diucapkan pada sis kerana menjadi top commentor bulan Mei-Jun 2017 dalam jurnal saya...

      http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/06/top-commentor-mei-jun-2017.html

      Delete
    2. Alhamdulillah kak. Btul tu.ukhwah yg trjlin antra kita tu pling pnting.walau tak pernah jmpe pun kan. 😍

      Wah CR tersenarai top commentor ag ek. Alhamdulillah rezeki bulan ramadhan. 😘😚

      Delete
  3. Wahh lumayan tu dua2 hadiah. Tahniah Kak reen, murah rezeki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah thanks mai. Smga mai dimurahkan rezeki jgk. 😍😘

      Delete
  4. wahhh murah rezeki CR... Tahniah ye CR...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dan tahniah.
    Teruskan menyokong blog Ana ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trma kasih ana. InshaAllah. Smpai bila2 sokong. 😘

      Delete
  6. Alhamdulillah, rezeki cik reen. heee...best tu dapat powerbank =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.kasih IQ. Itu lah.rezeki sgt dpt p.bank. 😘❤

      Delete
  7. Tahniah! bertuahnya CR menang GA yang best-best hadiahnya.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, rezeki. Tahniah ����

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)