Thursday, June 22, 2017

Hadiah dari blogger untuk blogger #2

Assalamualaikum dan Hai.




Hadiah dari blogger untuk blogger Part 2. | Siapa kata blogging tak seronok? Seronok okay. Selain dapat kenal kawan baru,dapat jugak hadiah. Siapa yang tak seronok dapat hadiah kan.

Kali ni CR nak share yang CR ada dapat dua hadiah dari blogger. Dua2 ni baru dapat minggu ni. Seronok rasa bila balik2 kerja tengok ada parcel untuk kita.😊

1. Dari blog Starlavenderluna 


Menang giveaway
Terima kasih Kak Shikin sebab bagi hadiah untuk top komentor blog dia. Seronok dapat lipstik ni. Boleh melaram di pagi raya. Hari tu dapat jam, ni dapat lipstik pulak. 😊 semoga dimurahkan rezeki.

Kim bok joo
Masa dapat lipstik ni pulak rasa macam pernah tengok lipstik ni. Rupanya dalam drama Weighlifting Fairy Kim Bok Joo. Ayah Kim Bok Joo pernah hadiahkan lipstik ni pada dia sebab rasa bersalah pada anak dia. Hee

Starlavenderluna
Cantik x?hehe

Klik link ni untuk ke blog Kak Shikin.



2. Menang Giveaway yang dianjurkan oleh Blogger Abam Kie.


Novel fixi
Aku menang hadiah dari Blogger Kasihku Amani sebab menang giveaway anjuran Abam Kie. Terima kasih Shahida sebab bagi novel ni. CR dapat hadiah preloved novel Buruan hasil karya Aiman Hazziq terbitan FIXI. CR memang suka novel-novel dari FIXI. Dulu rajin jugak beli novel fixi,sekarang je xrajin beli. Huhu. Terima kasih Abam Kie dan Shahida. Ni sedikit sinopsis novel ni

Hanafis bangun di sebuah pondok usang di tengah ladang. Dia teringat bahawa dia seorang banduan yang melarikan diri dan kini diburu polis. Pelariannya membawanya ke Penang, di mana dia mula bekerja dengan kumpulan penjenayah licik. Dia berjumpa dengan Zalea dan mereka jatuh cinta - tanpa Hanafis tahu bahawa Zalea ada agenda yang lebih besar.
Di balik cerita Hanafis, ada juga cerita Mikail - seorang guru sekolah menengah yang sentiasa diburu wanita dan gadis kerana terlalu tampan. Hidupnya berkisar tentang Maya, cinta sejatinya sejak IPT lagi. Namun sikap Maya berubah secara mendadak, memaksa Mikail untuk mengintipnya...


Mana yang tak pernah lagi kenal blogger ni boleh ke link bawah ni




Semoga kalian dimurahkan rezeki dan sentiasa berjaya dalam apa jua yang kalian lakukan. Semoga perkenalan kita sesama blogger kekal selamanya. πŸ˜πŸ˜—πŸ˜˜



Kalau Cik Renex buat giveaway/contest. Ada ke yang nak join ye? Hee



14 comments:

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

  1. wahh tahniah! Seronoknya dapat hadiah :D

    Mestinya ada yg nak join contest/GA, so go for it!

    ReplyDelete
  2. Hihi thanks CR kerana sudi buat review... 😍Kalu CR nak buat giveaway atau segmen, akak pasti akan join... 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha akak pun xtau lipstick nie penah ada dalam drama korea.. 😁

      Delete
    2. Hahaha akak pun xtau lipstick nie penah ada dalam drama korea.. 😁

      Delete
  3. Hihi thanks CR kerana sudi buat review... 😍Kalu CR nak buat giveaway atau segmen, akak pasti akan join... 😘

    ReplyDelete
  4. tahniah dapat hadiah ye. syiok tu..
    novel buruan tu mcam best je.. hehe...

    ReplyDelete
  5. dulu masa aktif berblogging selalu gak zie dapat gift dari blogger. rindunyaaaa zaman dulu²...haha

    ReplyDelete
  6. Tahniah CR! Murah rezeki CR pd bln Ramadhan. Sama2. Memang kita kena tolong sesama2 blogger kan? Baru ceria sikit bila berblog kan? Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  7. Tahniah, rezeki kan... alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. Congrats CR.. Rezeki CR dapat hadiah dari rakan blogger.. LZ familiar dengan kedua-dua rakan blogger tu 😊..

    Itulah kelebihan berblogging kannn πŸ˜‰

    ReplyDelete
  9. Ooo lipstick tu ada dalam drama Weighlifting rupanya. Siqah tak tengok drama tu, so tak tahu. Hehe.

    Siqah pun tertanya2 jugak soalan kalau buat GA ada orang nak join ke? Tak yakin nanye. Hee.

    Buatlah GA Reen! 😍

    ReplyDelete
  10. Tahniah..rabia pun dapat hadiah dari kak shikin blog starlavender

    ReplyDelete

"KEEP CALM AND SEW ON".
VISIT @bycikrenex UNTUK HADIAH YANG RARE

♡ Ohsem blogger ♡

♡ Blogger Pantai Timur ♡