Cara nak dapatkan Free Name Card dari Pixajoy

Assalamualaikum dan Hai.

PIXAJOY. Rasanya rata-rata semua orang tahu apa tu Pixajoy kan. Satu laman web yang memberi khidmat printing gambar,photobook,name card, photo keychain, frame ,sticker dan macam-macam lagi lah. Pixajoy ni bermula dari 2004 sehingga sekarang. Dan sayangnya CR baru tahu kewujudan dia sejak 2015. Rugi betul. Huu. Sekarang ni CR nak share something dari Pixajoy. Pixajoy tengah tawarkan FREE NAME CARD untuk 50 orang setiap hari. Rugi kalau tak ambil peluang ni weh. CR tahu mengenai free ni pun lepas baca dari blog rakan blogger hari tu. Harga asal untuk 100pcs Name card adalah RM35 tapi bila kita dah grab pakej ni kita hanya perlu bayar duit postage sahaja. RM8.48. Berbaloi kannn. 


Tapi untuk free set ni,kita hanya dapat design bahagian depan sahaja,belakang tak boleb sebab akan ada tulis perkataan 'Get free prints @www.pixajoy.com.my/name-card'. Setakat ni CR dah request 3 kali free namecard ni. Satu dah print lama dah. Semalam baru hantar design baru dan terus request yang baru jugak semalam. Nampak tak tamak haloba kat situ Hahaha. Percuma kan. Siapa tak suka.


Jom CR kongsikan langkah-langkah nak dapatkan free name card ni.


1. Pergi ke website Pixajoy


Free name card

2. Klik pada Free Personalised Name Cards


Namecard


3. Klik "Click Me"

Pixajoy

4. Klik "Grab now"

Pixajoy


5. Nanti akan keluar macam dalam gambar bawah ni. Klik "Click here to start create your name card" Kita hanya ada masa 14 hari je untuk edit design dan send design kita.

Pixajoy

6. Done. Sekarang pilih je nak design macam mana. Banyak design yang dah sedia ada kat situ. Kalau nak lagi cantik kebabom boleh design sendiri.

Free name card


Selamat mencuba!

Ini hasil daripada Free Name Card Pixajoy yang CR design sendiri. Name card untuk bisnes kecil-kecilan CR.

Bycikrenex
Art Card 260gsm with Gloss Lamination
Cantik ke idok?hee. Puas hati sangat dengan namecard dari pixajoy.


Pixajoy
Yang ni CR order sticker dari pixajoy jugak.



Jadi,mana2 yang berminat tu boleh la ke website pixajoy yer. 😘😍

17 comments

  1. Wow! menarik tu saiapa tak nak percuma kan...

    Thanks for sharing ya CR

    ReplyDelete
  2. Pernah dengar jugak pasal pixajoy. tp tak pernah try. ni try tak kuar pulak yang click me tu CR

    ReplyDelete
  3. cam nak je, cam lawa jek...hehehhe
    kena cuba gak ni.

    salam ramadhan cik renex!

    ReplyDelete
  4. Menarik ..lepas terawih nanti boleh ler kita terjah ..

    ReplyDelete
  5. nasib baik name card byk lagi. kalau x harusss buat lagi ni.. ekkeeke

    ReplyDelete
  6. wahh.. cntik la cik renex.. busyra dh pnah buat dlu. bnyk lg skrng ni.. hehe. x tau nak bg dekat sapa..

    ReplyDelete
  7. Nak buat juga tapi takda online banking la pulak T_T.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya name card awak tue, jeles akak.. =)

    ReplyDelete
  9. best dapat free. tak sempat nak grab lak..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex