Wednesday, June 28, 2017

Syawal 2017!

June 28, 2017
Assalamualaikum dan Hai.


"Tetamu datang tetamu pergi . Namun tak tiba orang ku nanti"
Rasanya belum terlewat lagi Cik Renex nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun maaf dipinta andai selamat kita kenal dalam dunia blog ni,ada yang terasa hati,terguris perasaan,tersentap dan macam2 ter lagi lah. Maaf zahir dan Batin ye. So camne dengan raya korang? Mesti meriah kan. Tahun ni kat kampung CR meriah berbanding tahun lepas. Mungkin turn balik kampung sini kot. Jalan raya pun sibuk sangat. Nak melintas jalan ke rumah mak sedare kat depan tu ambil masa lama gila. Tiba-tiba masa raya kampung boleh jem. Hehe.  Jom CR ringkaskan Syawal Pertama hingga ke Syawal ketiga.

1st Syawal

Kesayangan Cik Renex!
Tema tahun ni kami pilih warna hitam. Sebelum2 ni kami beli kain pasang sedondon,tapi tahun ni kemalasan nak hantar ke kedai jahit. Beli siap jer. Raya pertama ,selepas sembahyang raya baru lah mula salam2 mintak ampun. Kemudian baru g ziarah kubur arwah abah. Alfatihah. Tak lama lepas tu adik-beradik belah abah singgah beraya. Raya pertama kami hidangkan lemang,ketupat,rendang daging, nasi impit kuah kacang dah lontong. Lepas Zohor baru lah turn kami keluar beraya ke Sungai Kemahal rumah kakak Mak CR. Malam pun ada saudara datang beraya ke rumah. Sakan raya yer tahun ni.


2nd Syawal

Sepupuuuuuu

Raya kedua pulak macam biasa ada tahlil arwah di kubur. Kalau masa CR budak-budak dulu,memang rajin g tahlil kubur sebab dapat duit dari org sedekah tahlil tu. Ni dah besar malas da. 😊😁 Petang lepas asar baru gerak ke Triang 1 pulak. Pergi beraya rumah abang mak CR. Sepupu pun ramai dah berkumpul sana. Lepas isyak gerak ke Felda Sebertak pulak sebab saudara belah arwah abah CR buat BBQ. Dan2 pulak masa kami sampai elektrik terputus, blackout. Makan lah kami ala-ala candle light dinner. Hee.

3rd syawal

Geng bujang 2k17


Raya ke tiga pulak Intan ajak open house umah dia. Pergi lah kami berempat. Orang dah jemput kan. Rugi tak pergi sebab mak intan masak nasi minyak best gilerrr. Hee. Kami berlima ni memang tiap2 tahun beraya sama. Sebab kami je bujang lagi,yang lain ramai dah berkahwin. 

Jadi inilah rumusan selama tiga hari beraya. Hari ni dah start kerja okay! 😴


Siapa dah mula kerja harini? Kita geng!


Saturday, June 24, 2017

Resepi Biskut Jejari Nestum Roti

June 24, 2017
Assalamualaikum dan Hai



Tengah buat apa tu? Mesti tengah sibuk dengan persiapan menyambut hari raya kan. CR baru siap buat dua jenis kuih raya. CR dan akak buat kuih cornflakes choc dan Biskut jejari Nestum roti.  Korang dah berapa jenis dah buat? Mesti dah banyak kan.

Hari ni CR nak sharekan resepi buat Biskut Jejari Nestum Roti. Senang dan jimat.

Ni sebenarnya bahan-bahan untuk buat Biskut Cornflakes Choc, Biskut Sapi dan Jejari Nestum Roti. Takde pulak gambar untuk satu2. Huuu

Bahan-bahan Biskut Jejari Nestum Roti

1. Roti Gardenia Jumbo (Roti brand lain pun boleh)
2. Nestum
3. Beryl's Choc


Cara-cara

1.Potong roti macam dalam gambar bawah ni.


Jejari nestum
Potong roti kecik2 petak macam ni

2.Bakar roti sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit.
3.Cairkan coklat guna teknik double boiler (Maksud double boiler ialah panaskan air dulu dalam bekas. Kemudian letak bekas lain di atasnya dan baru letak kepingan bar coklat)
4.Celupkan roti yang dah dibakar dengan coklat cair.
5.Gaulkan dengan nestum.
6.Sejukkan dalam peti ais dalam 5 minit sebelum disimpan dalam bekas kuih.


Taraaaa. Ni hasilnya. Sedappp. *pujidirisendiri

Simple je resepi nak buat kan. Selamat mencuba!



Thursday, June 22, 2017

Hadiah dari blogger untuk blogger #2

June 22, 2017
Assalamualaikum dan Hai.




Hadiah dari blogger untuk blogger Part 2. | Siapa kata blogging tak seronok? Seronok okay. Selain dapat kenal kawan baru,dapat jugak hadiah. Siapa yang tak seronok dapat hadiah kan.

Kali ni CR nak share yang CR ada dapat dua hadiah dari blogger. Dua2 ni baru dapat minggu ni. Seronok rasa bila balik2 kerja tengok ada parcel untuk kita.😊

1. Dari blog Starlavenderluna 


Menang giveaway
Terima kasih Kak Shikin sebab bagi hadiah untuk top komentor blog dia. Seronok dapat lipstik ni. Boleh melaram di pagi raya. Hari tu dapat jam, ni dapat lipstik pulak. 😊 semoga dimurahkan rezeki.

Kim bok joo
Masa dapat lipstik ni pulak rasa macam pernah tengok lipstik ni. Rupanya dalam drama Weighlifting Fairy Kim Bok Joo. Ayah Kim Bok Joo pernah hadiahkan lipstik ni pada dia sebab rasa bersalah pada anak dia. Hee

Starlavenderluna
Cantik x?hehe

Klik link ni untuk ke blog Kak Shikin.



2. Menang Giveaway yang dianjurkan oleh Blogger Abam Kie.


Novel fixi
Aku menang hadiah dari Blogger Kasihku Amani sebab menang giveaway anjuran Abam Kie. Terima kasih Shahida sebab bagi novel ni. CR dapat hadiah preloved novel Buruan hasil karya Aiman Hazziq terbitan FIXI. CR memang suka novel-novel dari FIXI. Dulu rajin jugak beli novel fixi,sekarang je xrajin beli. Huhu. Terima kasih Abam Kie dan Shahida. Ni sedikit sinopsis novel ni

Hanafis bangun di sebuah pondok usang di tengah ladang. Dia teringat bahawa dia seorang banduan yang melarikan diri dan kini diburu polis. Pelariannya membawanya ke Penang, di mana dia mula bekerja dengan kumpulan penjenayah licik. Dia berjumpa dengan Zalea dan mereka jatuh cinta - tanpa Hanafis tahu bahawa Zalea ada agenda yang lebih besar.
Di balik cerita Hanafis, ada juga cerita Mikail - seorang guru sekolah menengah yang sentiasa diburu wanita dan gadis kerana terlalu tampan. Hidupnya berkisar tentang Maya, cinta sejatinya sejak IPT lagi. Namun sikap Maya berubah secara mendadak, memaksa Mikail untuk mengintipnya...


Mana yang tak pernah lagi kenal blogger ni boleh ke link bawah ni




Semoga kalian dimurahkan rezeki dan sentiasa berjaya dalam apa jua yang kalian lakukan. Semoga perkenalan kita sesama blogger kekal selamanya. 😍😗😘



Kalau Cik Renex buat giveaway/contest. Ada ke yang nak join ye? Hee



Wednesday, June 21, 2017

Name Card Percuma dari Pixajoy.com dah sampai

June 21, 2017

Assalamualaikum dan Hai


Name care

Sebelum ni CR ada share mengenai name card free dari Pixajoy kan. Siapa yang belum baca boleh Klik SINI. Tapi CR tak sure masih ada lagi ke x promotion tu. Korang cuba klik https://www.pixajoy.com.my/name-card 




Pixajoy

Akhirnya,name card CR yang tempah dari pixajoy dah sampai. Pixajoy bagi masa 14 hari sahaja untuk redeem yang percuma tu. Kotak namecard tu memang pixajoy akan bagi sekali pada kita. Senang nak simpan kan. CR buat namecard ni pun untuk bisnes CR tu. Senang nak promote kan. Mana lah tahu ada yang tersangkut nak beli bantal ke keychain ke. Hehe.


Name card
Ni design CR sendiri. Guna je gambar yang memang sedia ada dalam pixajoy tu. CR lagi suka guna yang blank template. Senang kita nk tukar. Kalau guna template yg ada tu pun boleh jugak. Lagi senang,tinggal edit-edit maklumat kita sahaja. 



First design tu CR kena re-edit semula sebab melebihi kawasan merah. Kalau print jugak memang takkan masuk dalam namecard tu. Nasib la boleh re-edit semula. Last minit buat design ni.tak pro memang tah hape2 je la design dia. Harap maklum. Huhu. 


Mana-mana yang perlukan namecard tu boleh la try tengok kat website Pixajoy ye. Mana tahu ada rezeki,pixajoy wat free lagi. Hee.


Friday, June 16, 2017

Lirik Lagu Setia Menunggumu | Sabhi Saddi (Ost Andainya Takdir)

June 16, 2017
Assalamualaikum dan Hai


Sabhi saddi
(Sumber)

Siapa yang layan drama Andainya Takdir? Sesungguhnya aku baru nak layan sebab sebelum ni layan HSC. Tapi dah beralih arah ke drama ni. Jangan tanya kenapa. Kang kena kecam. Huhu. Tapi jujurnya drama Andainya Takdir ni memang sangat terbaik. Semua pelakon berjaya bawak watak mereka dengan cemerlang. Lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar. Memang banyak komen untuk drama ni. Rata2 semua memuji dan geram dengan watak2 antagonis dalam drama ni. Hehe

Dan baru ni akak aku tag kat satu status ni yg menunjukkan Airil tu sebenarnya ada penyakit Othello Syndrome tu jadi macam tu dan Tihah tu pulak Stockholm Syndrome.


Penyakit Othello syndrome adalah kelainan emosi di mana seseorang merasa yakin bahawa pasangannya itu tidak setia atau curang, walaupun tanpa memiliki bukti yang jelas. Lebih mudahnya disebut cemburu buta.  [Sumber]

Medical Definition of STOCKHOLM SYNDROME
:  The psychological tendency of a hostage to bond with, identify with, or sympathize with his or her captor [Sumber]

Betul atau tak aku tak pasti. Tapi yang nyata bila tengok drama tu rasa geram yang amat pada watak Airil tu. Kalau kita kat tempat Tihah tu pun mungkin kita akan bertahan jugak sebab anak. Balqis pun watak dia tak pernah mengecewakan. Syabas dik. Tapi sepatutnya Tihah tu kena jugak melawan Airil. Bawak je lari anak dia dan tinggalkan tempat tu. Pergi luar negara ke luar negeri ke. Bukannya takde duit kan. Emo pulak rasa weh bila aku layan drama ni. Padahal aku bukan layan dari episod pertama. Dah hujung2 baru aku layan. Tapi memang terbaik lah drama ni. Thumbs up!

Dan dalam drama ni ada satu lagu yang aku suka. Aku ni bila dengar lagu best dalam drama mula la nk cari. Tips nak cari lagu kat google,korang salin satu atau dua baris lirik dalam lagu tu kemudian taip je kat google.  Nanti keluar la tajuknya. Tapi tak semua lagu aku dapat. Ada masanya tak jumpa jugak haha. Yang kali ni jumpa. Nyanyian Sabhi Sadhi yang bertajuk Setia Menunggumu. Gigih pergi cari kat youtube dan salin lirik. Huhu. Bawah ni aku ada share satu video dari youtube. 


Lirik Lagu Setia Menunggumu - Sabhi Saddi
(Ost. Andainya Takdir)

Mencintaimu itu yang ku tahu
RIndunya bila tak memandang wajahmu

Ku cuba dan ku
kan terus mencuba
mendampingi dirimu sayang

ku kan terus menunggu
menunggu dirimu
sampai mati pun
cintaku hanya untukmu

oh tuhan beri aku kesempatan
untuk diriku memilikinya

Tak akan pernah walau sesaat
ku akan melupakan dirimu sayang
tak akan pernah ku menduakanmu
kerana engkau yang ku cinta

bagaimanalah usahaku untuk melupakan
seraut wajah yang mencuri hatiku
telah ku cuba untuk melupakan dia
namun ku tak mampu melupakannya

bukan aku tak cinta
bukan aku tak sayang
tapi ku takut akan terluka

Ku tak bisa hidup tanpa ada kamu
ku tak bisa bila kau tiada

Ku kan setia menunggumu


#sedihlaklayanlagusambiltengkokvideo


Friday, June 9, 2017

Cara nak dapatkan Free Name Card dari Pixajoy

June 09, 2017
Assalamualaikum dan Hai.

PIXAJOY. Rasanya rata-rata semua orang tahu apa tu Pixajoy kan. Satu laman web yang memberi khidmat printing gambar,photobook,name card, photo keychain, frame ,sticker dan macam-macam lagi lah. Pixajoy ni bermula dari 2004 sehingga sekarang. Dan sayangnya CR baru tahu kewujudan dia sejak 2015. Rugi betul. Huu. Sekarang ni CR nak share something dari Pixajoy. Pixajoy tengah tawarkan FREE NAME CARD untuk 50 orang setiap hari. Rugi kalau tak ambil peluang ni weh. CR tahu mengenai free ni pun lepas baca dari blog rakan blogger hari tu. Harga asal untuk 100pcs Name card adalah RM35 tapi bila kita dah grab pakej ni kita hanya perlu bayar duit postage sahaja. RM8.48. Berbaloi kannn. 


Tapi untuk free set ni,kita hanya dapat design bahagian depan sahaja,belakang tak boleb sebab akan ada tulis perkataan 'Get free prints @www.pixajoy.com.my/name-card'. Setakat ni CR dah request 3 kali free namecard ni. Satu dah print lama dah. Semalam baru hantar design baru dan terus request yang baru jugak semalam. Nampak tak tamak haloba kat situ Hahaha. Percuma kan. Siapa tak suka.


Jom CR kongsikan langkah-langkah nak dapatkan free name card ni.


1. Pergi ke website Pixajoy


Free name card

2. Klik pada Free Personalised Name Cards


Namecard


3. Klik "Click Me"

Pixajoy

4. Klik "Grab now"

Pixajoy


5. Nanti akan keluar macam dalam gambar bawah ni. Klik "Click here to start create your name card" Kita hanya ada masa 14 hari je untuk edit design dan send design kita.

Pixajoy

6. Done. Sekarang pilih je nak design macam mana. Banyak design yang dah sedia ada kat situ. Kalau nak lagi cantik kebabom boleh design sendiri.

Free name card


Selamat mencuba!

Ini hasil daripada Free Name Card Pixajoy yang CR design sendiri. Name card untuk bisnes kecil-kecilan CR.

Bycikrenex
Art Card 260gsm with Gloss Lamination
Cantik ke idok?hee. Puas hati sangat dengan namecard dari pixajoy.


Pixajoy
Yang ni CR order sticker dari pixajoy jugak.



Jadi,mana2 yang berminat tu boleh la ke website pixajoy yer. 😘😍

Wednesday, June 7, 2017

Hadiah dari blogger untuk blogger #1

June 07, 2017
Assalamualaikum dan Hai.



Siapa kat sini suka join giveaway dan contest? Tak kisah lah kat blog ke instagram ke facebook ke. Cik Renex kalau ada masa sempat lah join giveaway dan contest yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Kadang-kadang tu syarat semua dah ikot tapi tak sempat nak join. Ada tu sampai contest tu dah tutup tak sempat nak join. Sekarang ni jarang blogwalking sebabnya busy. Tak tahu busy apa. Hahaha. Takpe,weekend nanti CR balas blogwalking semua yer.


Oklah, kali ni CR nak share rezeki yang dikongsi oleh blogger. Alhamdulillah rezeki CR.

1. Kad Starbucks



Kad starbucks ni dapat dari contest yang dianjurkan oleh Kak LZ. Tak sangka jugak boleh menang. Alhamdulullah terpilih diantara yang bertuah. Tapi kat Bera takde Starbucks, tak boleh nak gunakan lagi. Nanti CR pergi Kluang,boleh la gunakan. Thanks kak LZ . Semoga dimurahkan rezeki dan terus bersemangat dalam dunia blog. Kak LZ jugak ada buat bisnes taw. Dia jual planner dan foamdori. Hari tu dah tanya2 harga tapi tak tempah ag. Maybe tahun depan. Tempah awal sikit. 😁

Ni link blog kak LZ. Jemput singgah dan follow.


Ni untuk planner dan foam dori.


2. Powerbank




Yang ni pulak CR menang giveaway dari Blog Ana Suhana. Ana buat Giveaway Road to 100Kpv. Alhamdulillah ada rezeki menang. Tak sangka jugak sebenarnya. Mujur Ana Whatsapp bagitaw sebab tak sempat nak berblogwalking haritu. Dan hari ni tadaaaa ,hadiah da sampai. Kebetulan pulak powerbank yang dah usia 2tahun ni pun dah rosak satu charger port. Memang kena betul. Hee. Sesiapa yang tak follow blog Ana memang rugi lah sebab blog Ana banyak sangat info terutamanya tempat-tempat menarik,hotel yang bagus,tempat makanan best dan macam-macam lagi lah. Jemput singgah ye.




Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan terus bersemangat dalam berblog. Dan semoga perkenalan kita akan kekal selama-lamanya. Banyak giveaway sempena puasa dan raya ni. Tak sempat nak join lagi. Tungguuuuu CR join. Sementara tu boleh la share link Giveaway ke contest ke kat bahagian komen ye. Terima kasih.

Sunday, June 4, 2017

Kasut Raya Cantik dari Shooze_Fara

June 04, 2017
Assalamualaikum dan hai



Salam Ramadhan ke 9. Sedar tak sedar dah hari ke sembilan kita berpuasa. Persiapan raya korang camne? Bila masuk persiapan raya ni macam2 hal kena setelkan dari segi persiapan rumah,persiapan diri,kuih raya dan duit raya. CR baju raya pun tak beli lagi. Sebelum ni CR tempah kat tukang jahit tahun ni malas lak ase. Nak beli siap je. Tapi tak tahu bila nak beli. Korang dah beli ke baju raya. Tema warna apa tahun ni? 😘


Selain baju raya,tudung raya dan beg raya, kasut pun orang nak beli baru jugak sempena raya kan. Baru lah nampak semangat nak beraya. Hehe. So,meh sini CR nak share yang akak CR ada jual kasut/sandal. Jom tengok contoh kasut-kasutnya k. Manalah tahu kot ada yang berkenan.

Shooze_fara

Shooze_fara

Shooze_fara

Shooze_fara

Shooze_fara

Shooze_fara

So,ada yang berkenan tak? Banyak lagi design lain. Boleh terjah kat FACEBOOK akk CR yer. Hari ni sehingga esok (5.6.2017) ada sales meletop. Harga runtuh kaw2. So baik order sekarang. 



Shooze_fara
Ni salah satu kasut yang CR beli. Selesa dan ringan sangat.


Shooze_fara
Yang ni pulak anak buah CR yang pakai. So bukan dewasa je boleh pakai, kanak-kanak pun boleh.



So kalau ada yang berminat boleh lah contact akk CR ni tak pun direct je contact CR.

Facebook

Instagram


Thursday, June 1, 2017

Lirik Lagu True Love : Dhany Kata Hati (Iklan Naelofar Hijab Raya Campaign 2017)

June 01, 2017
Assalamualaikum dan Hai.


Dua insan bertemu secara kebetulan. Pertemuan pandang pertama membuahkan perasaan dan keserasian. Cinta membenih tanpa sedar, berbunga dan mekar. Ia tumbuh bersama kepercayaan dan kejujuran. Namun, adakah setiap pertemuan itu berkekalan? Jarak dan waktu selalu mencemburui dua insan yang saling mencintai. Siapa diantara mereka yang sanggup berkorban? Atau apakah pertemuan mereka hanya sekadar persinggahan? #naelofaraya2017 #NHtruelove


Ada sesiapa da tengok iklan Naelofar Hijab Raya Campaign 2017 tu? Aku baru tengok. Sape2 yang tak tengok lagi boleh pergi ke channel youtube NH Prima. International. 


Motif utama video ni sebenarnya adalah Neelofa nak promotekan tudung2 beliau sempena raya yang bakal tiba ni. Secara jujurnya semua koleksi Naelofar aku suka. Simple tapi cantik. Yang paling aku berkenan Precious. Cantik sangat. 

Kata hati


Dalam video iklan tu ada satu lagu yang dicipta khas untuk video ni. Dah dengar lum? Tajuk True love nyanyian Dhany Katahati. Bagi aku memang best lagu tu. Kena dengan jiwa aku ni. Almaklumlah CR ni kaki jiwang. Semua lagu jiwang suka. Huhu. Meh CR share lirik lagu True Love ni. 



Lirik True Love Dhany Katahati


Malam-malam ku tanpa mu 
Dingin sejuk ku terasa 
Disini harum mu mewangi 
Sejujurnya kau selalu ada

Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia
Selamanya

Seribu batu terpisah
Takkan berubah kasihku
Hanya kau saja yang ku mahu
Sejujurnya

Kau penyeri dalam hidupku
Ku kan menjagamu tiap detik waktu
Moga kita bahagia
Selamanya

Genggam tangan ku
Jangan pernah lepaskan
Izinkan aku mencintai diri mu
Moga kita bahagia

Till the day I die
You'll be by my side
Forever you and I
Oh my love trust in me
Could this be they call
True Love



"Cinta itu membebaskan. Jika ia kembali itulah cinta sejati- Neelofa"




#Selamat berbuka puasa semuanya





"KEEP CALM AND SEW ON".
VISIT @bycikrenex UNTUK HADIAH YANG RARE

♡ Ohsem blogger ♡

♡ Blogger Pantai Timur ♡