Tukar ke U Mobile Hero Postpaid P70

Assalamualaikum dan Hai. Sebelum ni Cik Renex ada tulis kat entri sebelum2 ni yang CR dah tukar telco. Sebelum tukar ke umobile CR men...

Assalamualaikum dan Hai.

Sebelum ni Cik Renex ada tulis kat entri sebelum2 ni yang CR dah tukar telco. Sebelum tukar ke umobile CR menggunakan prepaid Celcom. Beli internet 10Gb untuk sebulan. Tapi CR ni seorang blogger tak tegar sangat, jadi kena selalu blogwalking makanya banyak dah guna data. belum lagi Facebook, Twitter, Whatsapp, dan Instagram. Instagram sebenarnya yang guna banyak data weh. Kan? Sebab nak loading gambar video bagai tu. Memang tak cukup 10GB. CR pernah langgan internet maxis jugak. Semuanya cepat habis data. Tak sampai tengah bulan, dapat sms best yang kita da guna internet 80% dari kuota yang ada. Stghessss jap.

P70 hero

Line internet di rumah CR jugak mempengaruhi nak tukar telco jugak sebabnya line celcom di rumah CR agak kureng sikit. Al Maklumlah, kawasan kampung kan. Ada tempat2 je yg ok dalam rumah tu. Bukan celcom je,semua line kureng sebenarnya. 😰

Hero postpaid

Jadi,lepas habis survey di google dan beberapa orang makanya CR mengambil keputusan nak tukar ke Umobile. Yang silap CR tak kekalkan nombor lama, g beli nombor baru. Haha. Bila da selesai proses baru teringat nape lah tak kekalkan no lama je. Adoiii. 😅😑

P70 hero

  • High speed internet : 15GB
  • Video-onz : 7GB
  • Roam-oaz : 5GB
  • Music-onz : UNLIMITED
  • App-onz : UNLIMITED
  • Call-onz : UNLIMITED


CR pilih plan postpaid Hero P70 ni. Faktor utama beli jugak sebab call free dan unlimited. Senang nak call ma. Iols xde boipren nak gayut2. Hikhik. Lagi satu unlimited data untuk online instagram, facebook,whatsapp, wechat dan macam2 lagi lah. Layan drama Strong Woman Do Bong Soon pun tak habis2 data.

P70 umobile

Ni balance utk data CR. So far ok lah sebab CR pakai umobile ni tak sampai sebulan lagi kan. Setakat ni memang puas hati lah. Kat rumah pun Ada tempat line G, E dan ada tempat tu H plus plus. 


Jadinya, bila dah tukar pelan ni makanya aktiviti blogwalking makin bertambah senang lah. Hihi. Ada masa tu tak sempat jugak blogwalking. Mohon ampun maaf kalau lambat berkunjung ke blog awak2. 


You Might Also Like

21 komen

  1. Ana suka sgt guna uMobile. Tp awal tahun ni bila malam memang slow sgt. Dah report tp xde solution. Last2 tukar Digi. Sayang sgt. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke ana. Rsau lak. So far reen pakai ni ok lagi. Laju.

      Delete
  2. Replies
    1. Untuk sebulan pakai ni masih okay lagi. Hee

      Delete
  3. Replies
    1. Utk sebulan reen pakai .so far masih ok lagi.laju internet. Tp tgok respond dr ana & anis ,rsau gak nih. Huhu.

      Delete
  4. Anis dlu mmg setia sgt dgn umobile but then umobile dah tak selaju dlu.. So I give up on them..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama da ke anis giveup dngan umobile. Risau lak akak. Hee. Tp slma akk pakai sbulan ni masih okay lagi. Dia xwat hal lagi. Hee

      Delete
  5. Abam kie guna digi sbb d kwsan ni digi linenya kuat. UM n clcm x power.

    ReplyDelete
  6. akk baru tukarkan anak2 ke UMobile ni..so far tak de komplen lagi..akk masih pengguna setia Celcom..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun plan nk tukarkn no mak ke umobile jugak. 😊

      Delete
  7. Murahnya plan UMobile. Siqah baru pula bertukar dari Maxis ke Celcom. Masa celcom tengah gila hari tu, nak jugak tukar telco lain, tapi mujur dah okay sekarang =)

    Strong Woman Do Bong Soon best! Comel gila drama tu 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celcom bulan2 bape siqah yg postpaid tu?

      Aah. Drama tu comel sgttt.bila part2 last tu hero pulak yg gedik2.hehe

      Delete
  8. ehem, kita nampak blog cik reen kita ni berubah lagi!! blog IQ je xberubah2 lagi, sedih betul...

    wahhh, pakai postpaid dah, seronok sangat nak BW lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh eh. IQ perasan la perubahn blog kite.hehehe.

      Reen upah org wat.murah2 jer..

      Delete
  9. Area rumah akak plak line U-Mobile memang tak kuat, sebelum akak pakai Unifi, akak penah pakai line Celcom dan terakhir sekali Maxis yang semuanya postpaid punya..

    ReplyDelete
  10. tengah plan nak tukar ke umobile jgk ni..tapi nak guna no lama..syg la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah boleh kekalkn no lama. Cr je lupa nak kekalkn nama.

      Umobile de plan baru. Rm78 unlimited data kalau xsilap

      Delete
  11. Ala.. area Sha nie line Umobile hampeh.. tak ada langsung.. sadis.. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)