Resepi mudah Puding Karamel - Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest

Assalamualaikum dan Hai. Sedar tak sedar,tinggal sehari lagi kita nak menyambut bulan Ramadhan kan. Sabtu ni inshaAllah kita akan mul...


Assalamualaikum dan Hai.


Sedar tak sedar,tinggal sehari lagi kita nak menyambut bulan Ramadhan kan. Sabtu ni inshaAllah kita akan mula berpuasa. Jadi,bagaimana persiapan menyambut bulan Ramadhan korang? CR pasti mesti semua teruja dengan kehadiran bulan ramadhan ni dari segi tak sabar nak berpuasa, solat terawikh, bangun sahur dan berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Di laman Facebook pun dah ramai kawan-kawan share Resepi 30 hari berbuka puasa. Semua bersemangat lagi-lagi bab makanan. CR jenis tak memilih sangat makan, semua boleh makan. 😊

Lazada malaysia


Tapi yang satu ni memang kena ada selalu. Puding karamel atau puding telur. Puding karamel ni kalau beli di bazar ramadhan mahal yang amat. Makanya baik kita buat sendiri kan. Meh CR sharekan resepi Puding Karamel ni ye. Mudah sangat sangat. Resepi ni sepupu CR yang ajar. Dia kerja Navy dan selalu buat puding ni bila berlayar. Jom tengok resepinya. Sebelum terlupa, pastikan masa pukul telur dengan bahan2 lain tu ianya tidak berbuih sebab kalau berbuih tekstur puding tu akan xcantik macam dalam gambar atas tu. Sebab CR semangat sangat pukul sampai berbuih2.

Resepi mudah Puding Karamel.


Bahan A
1 tin susu pekat manis (kurangkan jika anda tak suka manis)
1 tin susu cair
5 biji telur
Esen vanilla

Bahan Gula Hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
Air

Cara-cara :

1.Goreng gula hingga perang. Bila gula cair dan bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula.

2.Tutup api dan biarkan sejuk sekejap

3.Sementara tu telur dipukul dengan mixer Philips daily collection Mixer HR1457/00 tetapi jangan sampai berbuih. Kemudian campurkan semua Bahan A. Kacau sehingga sebati.

4.Tuang ke dalam bekas telah diisi dengan gula hangus tadi.

5.Panaskan periuk pengukus Luxury Soup Steam Pot 28-cm High Quality Stainless Steel Pot. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak.

6. Siap dan boleh makan. Yeay.

Untuk memudahkan lagi proses menyediakan puding karamel ni, kita boleh guna barang yang dijual dari Lazada Malaysia.












Kalau yang masih belum tahu,Lazada ada buat promosi sempena bulan ramadhan dan raya yang bakal tiba ni iaitu Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) yang bermula dari 19 Mei sehingga 30 Jun. Jangan terkejut bila buka website Lazada Malaysia nampak diskaun istimewa sehingga 90%!!! Apa lagi, baik terjah website Lazada sekarang okay.

http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Mana-mana blogger yang tak join lagi contest , jom lah sertainya dengan klik link atas. Rugi kalau tak join sebab macam biasa, hadiah yang ditawarkan tidak akan mengecewakan. All the best untuk semua blogger dan diri sendiri. Wish me luck!

You Might Also Like

25 komen

  1. Gut luck CR... Moga ada rezeki utk menang.. :)

    ReplyDelete
  2. Good luck cik renex..tak dapat nak join contest ni... busy sngt..internet pun slow..hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.kasih. takpe nti join contest lain lak. 😊

      Delete
  3. Sedapnya. Fav ana ni. Dah lama tak buat.

    Good luck reen :)

    ReplyDelete
  4. waahhh, puding karamel! rindu nak makan, last makan masa arwah ummi masakkan...huhuhuhu..

    all the best jugak reen!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom wat IQ masa bln puasa ni.

      Thanks IQ

      Delete
  5. sedapnya puding caramel. Goodluck! :)

    ReplyDelete
  6. good luck CR..

    e'in tahu nak buat puding caramel nie senang, tapi e'in malas.. haha

    ReplyDelete
  7. Good luck! CR

    Sedapnya tengok gambar puding caramel tu Mrs. A pun suka jugak

    ReplyDelete
  8. Sedapnya. Fav mya bila bulan Ramadhan. Kadang-kadang sampai berebut adik-beradik.

    ReplyDelete
  9. Hi dear..wah saya suka makan puding ni..
    Sesekali buat utk family, simple dan senang nak buat...sedap pula tu..
    Dan goodluck dear...

    ReplyDelete
  10. nyum !! sedap nye !!! hee~ semoga menang contest..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya makan puding caramel masa berbuka.. All the best ye..

    ReplyDelete
  12. Good luck CikRenex.. 😍
    Semoga ada rezeki..

    ReplyDelete
  13. All the best and may luck be with you :D

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap puding caramel tu.
    Btw, Good luck πŸ˜„

    ReplyDelete
  15. Puding karamel memang sedap.pulak makan sejuk-sejuk.heaven..
    Janji Kita

    ReplyDelete
  16. Sedap betul puding karamel tu. boleh cuba lah resepi ni. moga menjadik. hihi

    ReplyDelete
  17. ni favorite d'hubby dan the girls..dh lama tak buat. Kalau beli mmg mahal sepotong pun dah RM5 tapi kalau buat mmg berbaloi2..boleh makan sampai kenyang.
    Gud luck CR semoga ada rezeki menang contest tu

    ReplyDelete
  18. Lazada Ramadhan Sale offers frequent sales and discount offers for shoppers to reduce their budget burden.

    ReplyDelete
  19. Good luck CR! banyak betul nampak resipi puding karamel ni harini hehehe.

    ReplyDelete
  20. Sedapnya puding karamel. Mudah je nampak rsepi tu. hee. Good luck Reen <3

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)