Foundation/Bedak Asas apa yang korang pakai?

Assalamualaikum dan Hai.


Foundation atau bedak Asas.|Sesetengah orang tak pakai bedak asas kan. Tapi aku memerlukan bedak asas. Sebabnya muka aku kusam,berminyak, pori besar, parut2 jerawat dan kulit muka CR pun gelap. Jadi memang xyakin kalau tak apply foundation nih. Hehe. Jadi rasa tak lengkap tanpa pakai foundation kalau nak keluar jalan2. 




Sebelum ni aku pernah pakai yang jenis Naturactor Meiko. Pernah dengar tak. Tapi lately ni payah gila nak cari kod yang aku pakai. Naturactor ni produk dari Jepun. Naturactor ni tahan lama lebih kurang 6 bulan tu yang best pakai tu. 😊




Then bila payah nak cari original Naturactor, aku tukar ke BB cream Pixy. Okay la setakat ni bila pakai. Tapi tak tutup sangat parut. Dah pakai dalam 3 bulan. 


Tapi terasa nak tukar foundation lain. Korang pakai foundation ape?Cuba share kot CR boleh try pakai pulak.

27 comments

  1. bbcream pixy ade erk..macam best je..
    dyla x guna foundation hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 tak tahu jugak pixy ade bb cream. Bila g watsons baru perasan ada. ☺

      Delete
  2. Ana hanya pakai Miyami Cosway. Selesa sgt. Tapi ana jarang pakai lah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo taw2 yg tu sbb pernah tgk mber pakai. Reen sllu kena pkai. Kulit x cntik.huhu

      Delete
  3. Anis campur2, ikut mood.. For daily, BB Maybelline, or loreal foundation.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak try maybelline lah.hee..nti CR survey2.hee

      Delete
  4. Hmmmm tak reti pakai foundation tapi nak komen juga haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena taw asas sikit2 .nti da kawen senang.haha

      Delete
  5. Saya guna foundation timewise mary kay :) Baru je start guna. So far, sangat sesuai dengan kulit muka saya yang jenis over sensitif ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh mary kay. Sekarang ramai yg guna MK. Mesti sebab serasi ngan kulit kan

      Delete
  6. W'salam Cik Renex 😍
    Akak guna Olay touch of foundation BB cream.

    Masa umur awal 30an pernah guna BB cream Maybelline, bagus juga tak berminyak 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay kak.nti sy try survey2 kat watsons. Try mne yg ok. Tq. 😊

      Delete
  7. Sekarang Siqah pakai foundation Sendayu Tinggi. Dan Siqah suka tekstur foundation tu. Maybe CR boleh cuba. Mana tahu sesuai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Foundation dolly ke apa nama ST tu ke? Tahan lama x pkai?

      Delete
  8. CCL pun problem oily skin .. now tengah pakai bb cream cosmoderm ..alhamdulillah semakin kurang dh sikit .lepas tue apply bedak baby..dah tak pakai bedak compact

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bgusnya xyah pkai bdak compact dah. Mesti skin CCL okay kan.

      Delete
  9. Mek untuk base pakai bb cushion laneige. Bedak alas pakai maybelline :) Setakat ni ok je dengan mek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq share mek. Ingat nk try maybelline jgk ni.huhu

      Delete
  10. sy pakai miyami cosway 2 way foundation :)

    ReplyDelete
  11. Hi cik renex! Lenne pakai foundation from various brands haha. Ada dari maybelline, sephora, loreal and banyak lagi but mostly memang maybelline. Macam2 dah try from foundation range diorang, ada yg bb cushion, liquid foundation, bb cream :D

    ReplyDelete
  12. Kite guna pondesen Tati jerk CR... Ok.. sesuai ngan kulet.. hehe

    ReplyDelete
  13. Maybelline & Loreal tak mahal ker?

    ReplyDelete
  14. OOWHH...eyra oakai bb cushion maybelline yg baru tu...hg dlm rm40-60..cam tu...so far ok la...senang cari...lg 1, april skin yg warne putih...pun ok gak...cube la..x pun cari kat faceshop..pun ade foundation yg ok...slamat mencuba

    ReplyDelete
  15. favourite neezashizens je hehe tak pun miyami 2 way cake foundation.. sekarang nak stop maybelline sebab tak tahan lama asyik kena tacap je hmmm

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  16. aida pun memang pakai foundation.
    campur-campur aje CR. lom jumpa yg serasi sempurna...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex