[bycikrenex] Bantal hiasan berasaskan kain felt

March 28, 2017 C i k R e n e x 41 Comments

Assalamualaikum dan Hai.

Kalau ada yang masih belum tahu, CR sebenarnya ada wat bisnes kecil-kecilan menjual barangan kraftangan yang berasaskan kain felt. Tak ingat sejak bila aku minat dengan handmade felt ni. Rasanya aku start belajar jahit guna youtube saja. Beli barang kat Daiso dan jahit. Masa tu memang zero bab2 menjahit ni. Tapi gigih jugak tengok kat youtube sebab nak bagi hadiah kat member sempena dah habis study degree dulu.

Keychain felt
Ni hasil dari belajar youtube. Tak tahu la masih elok ke x ag. 7 tahun yang lepas.



Lepas dari tu aku stop menjahit. Sebab busy kerja part time kat pasaraya. Awal 2012 aku aktif semula menjahit dan promote kat member sehingga la sekarang.

Jom tengok hasil bantal hiasan untuk bulan Januari sehingga bulan Mac.


Ultraman pillow
Ultraman untuk anak terchenta

Bantal felt
Bantal nama sendiri + keychain nama

Birthday pillow
Yang ni hadiah dari kakak untuk adiknya. Suprise terus hantar ke alamat adik dia.

Birthday pillow
Untuk hadiah pada baby yang baru lahir

Pillow birthday
Hadiah hari jadi.


Wat masa ni CR share yang ni dulu lah. Untuk tengok contoh-contoh design lain boleh terjah kat link ni



Ataupun boleh terus whatsapp CR di 017 794 4891 untuk tempahan. Thanks.! Tempahan hadiah hari guru nanti akan dibuka awal bulan April nanti. 😊



41 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

The Traveloka Sale-Abration , Rugi tak tempah!

March 23, 2017 C i k R e n e x 19 Comments

Assalamualaikum dan Hai. 


Sedar tak sedar tinggal beberapa hari je cuti sekolah kan. Jangan risau sempat laginak pergi bercuti. Tapi tahu je la musim cuti sekolah ni mesti hotel dah penuh dan tiket flight habis. Jangan risau, sekarang dah ada satu website yang boleh membantukita bercuti dengan gembiranya dan mudah tanpa sebarang masalah. Nak tahu website apa? 

Jawapannya adalah Traveloka. 

Pernah dengar tak Traveloka? Aku pasti rata-rata mestipernah dengar perkataan Traveloka. Traveloka adalah satu platform yang menawarkan tempahan tiket penerbangandan tempahan hotel samada di dalam negara mahupun luarnegara dengan hanya satu platform sahaja. 



Apa kelebihan berurusan dengan Traveloka ni? Banyak sangat kelebihannya apabila berurusan dengan website ni. Antaranya adalah ia menawarkan lebih daripada 100 000 penerbangan domestic dan antarabangsa dan tinggal di 70 000 hotel terkemuka dari hotel bajet ke hotel lima bintang. Antara syarikat penerbangan yang boleh kita pilih adalah Lion Air, Thai Lion Air, Air Asia, Bangkok Airways, Malindo Air, Malaysia Airlines dan banyak lagi. Manakala untuk penginapan hotel yang terlibat adalah Pop! Hotel, Favehotel, Tune Hotel, ibis, Navotel dan banyak lagi. Untuk tahu lebih lanjut boleh klik link ni. https://www.traveloka.com/en-my/

Dengan zaman yang makin maju dengan teknologi masa kini, Traveloka juga menyediakanapplikasi pada telefon pintar selain daripada laman sesawang. Jadi ianya akan menjadikan proses tempahan menjadi lebih mudah dan pantas. Dengan adanya apps Traveloka di telefon pintar, proses tempahan, bayar dan peroleh e-tiket atau baucer hotel dalam masa kurang dari satu minit. Cepat dan hebat kan. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dengan pilihan kita. Yang paling pentingtiada caj tersembunyi. "what you see what is what you get". Harga yang tertera itulah harga yang kita perlu bayar. Jadi jangan risau tiba-tiba ada penambahan harga last-minute. Traveloka sememangnya menawarkan harga jujur. 


Sale abratiob 

Nampak tak gambar banner atas ni? Teruja tak? Jadi sepanjang bulan Mac ni, Traveloka telah adakan satu promosi yang dinamakan The Traveloka Sale-Abration yang bermulapada 10 Mac 2017 sehingga 31 Mac 2017. Jadi ini lah masanya untuk kita bercuti ke destinasi impian dengan menempah tiket penerbangan dan penginapan di Traveloka. Ini kerana The Traveloka Sale-Abration ini menawarkan promosi yang tak terjangka dek akal kita. Rugi kalau kita lepaskan peluang ni. Hanya tinggal beberapa hari sahaja n.Dengan apps Traveloka jugak kita tidak perlu cetak e-tiket/baucer hotel kerana kita hanya perlu tunjuk apps itu sahaja. Dan yang paling penting,tidak memerlukan akses internet. Jadi, mana-mana yang tak muat turun lagi aplikasi ni di telefon pintar, baik segerakan kerana ianya amat menyenangkan proses tempahan kita.





"Deals So Fly, You"ll Be on Cloud Nine!" Manakala untuk tempahan hotel, anda jangan risau jika semua tempat penuh kerana di Traveloka ada lebih dari 100 pilihan hotel sepanjang asia tenggara. Jadi anda jangan risau tiada tempat penginapan dan boleh menginap dengan selesa samaada bercuti dengan keluarga tercinta atau kawan-kawan,beriadah, bersantai-santai ataupun trip bisnes. Yang pasti Traveloka akan memudahkan anda dan memastikan kita menginap dengan selesa dan meninggalkan kenangan yang tak dapat dilupakan semasa bercuti. Jangan tak percaya, sempena dengan The Traveloka Sale-Abration ni, kita dapat terbang tinggi ke Ho Chi Minh City, Jakarta, Bangkok , Sanghai dan banyak lagi dengan harga yang istimewa mulai dari harga RM39. Murah ke idok? Jangan risau promosi harga ini boleh digunakan untuk penerbangan domestik dengan harga serendah RM40 dan juga antarabangsa dengan hrga serendah RM100. Promosi sungguh menggoda kepada aku yang kaki jalan jugak ni. Aku teringin bercuti ke Singapura, lepas ni kena survey-survey harga. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merebut promosi sempena The Traveloka Sale-Abration. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. 

Untuk maklumat lebih lanjut boleh klik disini https://www.traveloka.com/en-my/promotion/sale-abration 


Selamat bercuti untuk semua dan diri sendiri.

19 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Mana perginya adab?

March 22, 2017 C i k R e n e x 17 Comments

Assalamualaikum dan hai.

Cik renex

Bila cakap mengenai adab aku rasa semua orang tahu apa maksud adab tu. Adab ni dari zaman kita kecil dah di ajar. Adab menghormati orang tua, adab dengan guru, adab dengan jiran, dan macam-macam adab lagi lah. Tapi sayangnya, ramai orang dah lupa dengan semua adab tu. Sepatutnya, makin dunia maju makin lah baiknya adab. Ni tak. Makin teruk.


Mesti korang pelik kenapa tiba-tiba CR membebel mengenai adab ni kan. Sebenarnya CR geram dengan seorang ni. Ceritanya macam ni. Sabtu baru ni CR pergi kenduri kahwin kawan CR. Pergi dah lambat masa tu sampai rumah kawan tu dalam pukul 1.30. Sampai-sampai orang tak ramai dah.


Jadinya, CR pun ambil la makanan macam biasa dan cari tempat duduk. Orang yang makan tak ramai sangat tapi orang yang duduk borak-borak kat meja makan tu ramai. Huhu. Macam tak nampak kami berdiri tercari-cari tempat duduk. Situ dah geram dah.


Akhirnya dapat gak dua tempat hujung meja sekali. CR bagi lah mak dan ank buah dulu duduk. Yang jadi geramnya, sebelah tu ada seorang budak perempuan tengah khusyuk main handphone. Dengan tak bersalahnya buat tak tahu je kat kami ni yang nak makan. Padahal sebelah dia ada je kerusi kosong. Sabar je lahh. Dah la cuaca panas bertambah-tambah hati panas.


Nasib baik ada satu tempat kosong kat belakang meja tu,orang da siap makan. Sebelum pergi tu CR sempat mengomel, "harap muka je cantik." Hahaha. Memang hangin CR masa tu. Maaflah ye. Hoho. Bila CR dah duk belakang boleh pulak pandang dengan muka tak bersalah tu.

Adik, adab tu biar ada. Jangan sombong. Apa salahnya masa mak akak duk sebelah tu adik senyum ke beralih ke satu kerusi lagi ke bg chance ke akk duduk . Ni tak. Wat macam kami tak wujud je.

Kbai. Sekian luahan hati di pagi hari.

17 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Lazada Birthday Blogger Contest

March 19, 2017 C i k R e n e x 26 Comments

Assalamualaikum dan Hai

Lazada malaysia

Aku rasa rata-rata semua orang tahu kewujudan Lazada Malaysia kan. Untuk pengetahuan korang jugak bulan Mac ni adalah hari ulang tahun ke lima bagi Lazada Malaysia. Wah! Lima tahun dah Lazada bertapak di Malaysia ni. Jadi sempena ulang tahun ni Lazada Malaysia akan adakan satu sales secara besar-besaran sehingga 90% potongan pada 22 Mac 2017 sehingga 24 Mac 2017. Klik SINI


Lazada Malaysia juga adakan contest untuk blogger sepanjang 1Mac sehinggah 23 Mac 2017. Banyak hadiah yang menarik ditawarkan. Macam mana nak join? Klik link ni http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ .Senang je nak join, Cuma jawab Empat soalan dan emelkan pada pihak Lazada Malaysia.

Jom mula menjawab soalan-soalan dari Lazada Malaysia.

a. What do you love about Lazada Malaysia?


Aku tahu Lazada ni dua tahun lepas. Pernah beli handphone lenovo, mesin jahit global dan voucher pixajoy. Memang best. Apa yang aku suka pasal Lazada Malaysia ni? 
Pertama, sebab Lazada Malaysia ada apss kat android. Jadi tak limit kegunaannya hanya pada desktop or laptop sahaja. Guna apps smartphone pun senang. 
Kedua, senang nak cari barang yang kita mahu. Taip je di ruang search lepas tu just scroll je mana yang kita nak. 
Ketiga, kita jugak boleh banding2kan harga dengan supplier yang lain. Kena rajin search lah. Huhu. 
Keempat, selalu ada offer diskaun pada sesetengah barang. Siapa yang tak suka diskaun kan?

b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favourite products)


Lazada malaysia
1) Singer 6180 Brilliance Sewing Machine

Dah lama survey mesin jahit ni. Aku memang dah ada satu mesin jahit tapi jenis portable. Aku beli kat Lazada jugak jenama Global 505. Yang jenis portable tak banyak jenis jahitan boleh jahit tapi dengan mesin jahit ni ada 80 jenis jahitan. Memang jadi idaman lah mesin ni.


Lazada malaysia
2) Original SJCAM SJ6 Legend 16MP 4K 24fps NTK96660

Aku jugak seorang yang minat bergambar. Jadi dengan adanya ni lagi senang nak bergambar dan senang nak handle. Dan yang bestnya dia ada sediakan sekali casing untuk waterproof jadi kalau tengah feeling nak shooting dalam laut senang lah nak guna.


Lazada malaysia
3) Seagate Backup Plus Slim 1TB 2.5 Portable Hardisk Black 

Sangat perlukan hardisk sebab thumbdrive yang ada ni dah tak cukup nak menampung gambar dan drama korea yang aku download. hehe

c. How do you think Lazada Malaysia can improve?


Bagi Cik Renex, rasanya perkhidmatan Lazada Malaysia dah cukup baik untuk aku. Once kita dah check-out barang kita, memang cepat proses delivery nya. Cuma aku rasa perlu diperluaskan lagi tempat-tempat untuk cash on delivery. 

d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 


Happy birthday

Happy birthday to you. 
Happy birthday to you. 
Happy birthday to Lazada Malaysia. 
Happy birthday to you.

Selamat hari ulang tahun Lazada Malaysia yang ke Lima. Semoga Lazada Malaysia akan menjadi pilihan utama dihati rakyat Malaysia untuk selama-lamanya. Semoga Lazada Malaysia makin bertambah-tambah maju dan menjadi antara laman web shopping yang terkenal.
.
.

Contest Lazada ni terbuka untuk blogger dan korang sempat lagi nak join sebab last date contest ni pada 23 Mac 2017 ni. Jadi ayuh kita join contest ni. Takkan tak tergoda tengok hadiah-hadiah ni? Doakan ada rezeki untuk Cik Renex jugak ye.

26 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Baru tengok Surga yang tak dirindukan 2.

March 15, 2017 C i k R e n e x 18 Comments

Assalamualaikum dan Hai.

Sytd2


Akhirnya Cik Renex berjaya tengok Syurga yang tak dirindukan 2 pada 4.3.2017 yg lepas. Orang lain dah tengok lama dah, aku baru nak tengok. Hehe. CR tengok SYTD2 ni kat kluang mall. Kebetulan memang nak g Kluang, suruh akak tengok jadual wayang ada tak filem SYTD2. Nasib ada rezeki kami sebab kebetulan memang ada tiket kul 4 je. Yang lain takde.

Sytd2

Lepas viral SYTD1 baru-baru ni memang semua orang ternanti-nanti dan tak sabar nak tahu kesinambungan kisah Pras , Arini, dan Mei rosesCR tengok dengan family. Dan yang specialnya, ma bersetuju nak tengok wayang. Sebelum2 ni ma memang tak nak g wayang. Dia kata masa muda2 ritu dah selalu tgok. Haha. Tapi filem SYTD2 ni berjaya buat ma tengok wayang. Lepas ni boleh la ajak lagi. Hehe

Best ke filem ni?

Meirose sytd2

Bagi CR sangat2 best. 5/5 .

Filem ni jugak berjaya buat CR mengalirkan air mata. Lagi2 scene last tu. Puas cover dengan orang sebelah. Sedih sebab tengok arini dan sedih teringatkan abah. Meninggal sebab kanser sama macam Arini. Suasana hospital tu memang ingatkan CR dengan situasi 6 tahun lepas. Alfatihah untuk abah.

CR tak reti sangat nak buat review. Kalau nak baca review filem SYTD2 ni boleh tengok BLOG SIQAH . Review yang lengkap. Sediakan tisu sebelum masuk panggung tu yer.

Sytd2

Agak-agak siapa pilihan Meirose. Secara jujurnya aku lagi sokong kalau dia pilih yang sorang lagi. Huhu.

.
.
.
Lamanya tinggal blog. Sori geng2 blogger.  Nanti Cik Renex balas kunjungan. Ni pun update guna bloggeroid. Data nak habis dah. Missing uolsss.

18 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Lirik Sakit - I am Neeta ( Ost Menanti Februari)

March 07, 2017 C i k R e n e x 17 Comments

Assalamualaikum dan Hai.
I am neeta

Perasan tak kat iklan tv 3 ada promo drama samarinda baru lakonan Zul Ariffin dan Nur Fathia . Tajuk drama adalah Menanti Februari. Iklan promo dia nampak menarik dramanya. Lagi-lagi sebab abang sado Zul Ariffin yang berlakon kan.

Semangat Cik Renex google tajuk lagu dia. Akhirnya jumpa gak tajuk lagu OST Menanti Februari ni. Nyanyian I am Neeta yang berjudul Sakit. Selalu jugak dengar kat radio lagu ni. Best.  Sini ada lirik lagu ni kot2 ada yang nak karaoke nanti. 

A post shared by iamNEETA ® (@iamneeta3) on

Lirik Sakit I am Neeta


Sakit yang ku rasakan
Mengaburi jiwa ini
Dendam yang kau berikan
Cukup disini

Mengapa mudahnya
Kau sakiti
Mengapa mudahnya
Kau lukai
Mengapa kejamnya
Kau menghancurkan
Hati perasaan ini

Putih bersih Cintaku
Kau racuni Hingga mati
Cinta yang kau Berikan
Cukup disini

Mengapa mudahnya
Kau sakiti
Mengapa mudahnya
Kau lukai
Mengapa kejamnya
Kau menghancurkan
Hati perasaan ini

Siksanya hati ini
Kau selalu sakiti
Kau membukakan pintu ini
Namun engkau menusuk ke dalam
Hingga Dasar hati
Kau mencabut nadi Cinta ini


Lirik pun sesuatu sangat. Dan suka quote drama ni. "Biar bulan berganti,Februari tetap ku nanti". Drama ni akan disiarkan pada 23 Mac 2017 ni jam 10malam. Tak sabar pulak nak tengok.

#tq mai ajar akk letak video IG dalam entry. 😊



17 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)