Taman Dinasour Muar @ Don Hu Jurassic Park Garden Muar

Assalamualaikum dan Hai.

Hujung minggu baru ni Cik Renex ke Kluang Johor. Kenapa CR selalu pergi Johor? Sebab kakak CR duduk Kluang jadi kerap la ke sana. Sepatutnya nak pergi cuti CNY baru ni tapi tak dapat pergi kerana banjir. Jalan ditutup. Jadinya, Sabtu Ahad baru ni pergi la jugak walaupun sekejap je. Gerak lepas CR balik kerja dalam kul 10 lebih sampai Kluang. CR drive kancil je,jadi lambat la sampainya.

Sabtu tu asalnya tak plan pun nak kemana. Akak ajak pergi Muar Bandar Maharani yang terkenal dengan mee bandung. Sambil2 tu boleh tengok dinasour kat Muar. Dah viral di Facebook tempat ni. Jadi, untuk peminat filem Jurassic Park , kalau nak tengok dinasour di depan mata jom la pergi Don Hu Jurassic Park atau Taman Dinasour Muar.

Apa tu Don Hu Jurassic Park Muar?



Taman dinasour

Minat mendalam terhadap haiwan prasejarah mendorong pengusaha pokok semaian,Dato Heng Chiang Hwee mengambil inisiatif sendiri menghias kebun perusahaan pokok semaian miliknya dengan patung dinosaur yang ditempah khas dari China.
Sejak dibuka kepada orang ramai dua bulan lepas, Don Hu Jurassic Park Garden yang dahulunya dikenali sebagai Don Hu Nursery di Jalan Pintasan Muar, tidak putus dikunjungi orang ramai yang tertarik dengan keunikan taman tersebut.
Heng berkata beliau membelanjakan sejumlah RM10,000 hingga RM30,000 bagi sebuah patung dinosaur bergantung kepada saiz yang ditempah daripada seorang kenalan dari Guangzhou, China.


Bayaran masuk ke Jurassic Park Muar?


Jangan terkerjut ok. Masuk adalah PERCUMA. bagus betul owner tempat ni. 😊


Taman dinasour muar
Yang ni mulut dan kepala bergerak dan ada suara dinasour. Memang nampak real. Sebab tu ada sesetengah budak nangis bila tengok. Takut.

Don hu jurassic park
Yang patung boleh la Cha nak naik cam gini. Cuba kalau real? Lari dulu lah.

Taman dinasour
Perasan tak yang belakang tu. Ular gergasi. Seram. Dan dinasour yang nak bertinju. Hikhik

Taman dinasour muar
Dinasour depan tu paling aktif. Tak henti2 berjoget. Semua syok tengok dia. Dinasour ni mmg nampak real. Patut la budak2 ada yang takut. Hehe . Kreatif sungguh orang yang wat ni. Berbaloi dengan harga.

Don hu jurassic park garden
Ganas sangat muka tu awak.

Dinasour muar
Bodyguard ke kat belakang tu? Hehe


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">

Selain dari tu, taman dinasour ni ada jual tshirt dan replika dinasour.  Boleh la beli untuk dijadikan sebagai kenangan. Masuk dah percuma kan. Jadi ada la duit lebih untuk beli ole2.




Replika dinasour. Range harga dari RM5 ke RM50 

Bagi CR memang sangat seronok datang sebab dinasour yang ada kat situ kelihatan seperti hidup kerana ada bunyi yang dikeluarkan dan kepala dan ekor jugak digerak-gerakkan. Kalaulah tiba2 hidup patung ni memang haru semua lari. Hehe.


A post shared by C i k R e n e x | CR (@saidatulazreen) on

Ini ad sedutan video #CRVlog di sana. Jadi mana2 yang ingin merasai pengalaman tengok dinasour boleh la datang ke sini. Santai-santai bersama keluarga. CR guna GPS maps je datang sini.

Alamat: 2700, Pintasan Muar, kampung Sabak Aur, 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad (8am-8pm)

Tepi jalan je. Memang senang nak cari.


44 comments:

  1. Dekat Penang pun ada jugak tapi kecik je rasanya. Thanks for the info CR. Mana tau Ana ke Muar boleh singgah jugak ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 suka dtg sini. Sbb tgk dpan mata kan.hee

      Delete
  2. Woww macam best je boleh ambil2 gambar xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.tp panas sikit la sbb CR g dalam kul 5 ptg.huhu

      Delete
  3. wahh, menarik tempatnya! tapi IQ tak suka ular gergasi tuuu, IQ bukan peminat binatang jenis ituuu..huaaa..

    kalau Qa'id tengok confirm takut, dia xske patung2 ni...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.seram n geli tgok ular tu.
      Rmai gak budak2 tkut.kalo da sklh xtkut sgt. Tgu qaid besar bru dtg..hee

      Delete
  4. wah bestnya. menarik sngt buat mcm ni. dh la masuk prcuma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. Percuma je. Bagus giler owner dia

      Delete
  5. In Shaa Allah nanti mesti Elsa sampai ke sini jugak haha. thanks for sharing akak :*

    ReplyDelete
  6. Tarikan baru ni. Tk pernah smpai lg --'

    ReplyDelete
  7. bagus info ni CR...nanti kalau kot2 sy kesana..nak juga belai2 dinosaur tu..hehe

    ReplyDelete
  8. Perghh serius la tempat menarik macam tu free, masih ada lagi rupanya yang percuma kat Malaysia ni. Anak buah mai minat sangat la dinosour, boleh bawa nanti bila ada rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Mai. K.reen pun trkjut bila taw free. Sampai memikir ada untung ke dia wat cam gini.

      Mmg patut bawak.sbb banyak patung dinasour tu

      Delete
  9. Tak pernah sampai lagi.
    Baca post ni excited pulak rasa ngeh!ngeh!ngeh!

    ReplyDelete
  10. Wahhh, ni kalau bawak anak2 mesti dorang suke ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah awak. Budak2 memang suka. Tapi ada yang takut jugak. Sbb ada bnyi tu. Hehe

      Delete
  11. Thank you for sharing CR :) Nanti balik rumah mentua kat Muar siqah nak ajak g sini. Menarik tempatnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome siqah. Oo fmly mntua org muar ek? Sng la nk pergi nti. Muar bnyk jugak tmpt mnrik kan

      Delete
    2. Haah CR. Family mentua orang Muar :) Apa lagi tempat menarik kat Muar ek? Siqah tak tahu sangat. Setakat Tanjung retilah. Hahaha.

      Delete
  12. dasyat. sebab minat punya pasal sampai bukak jurasic park sendiri. terbaiklah. masuk pun percuma.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Masuk free tu yang seronoknya. Hehe

      Delete
  13. Assalamualaikum Cik Renex,

    Tempat dinosaurs ni jalan ke rumah sis di Muar.. Bila balik kampung memang akan lalu di situ.. Tapi sis masih belum berkesempatan singgah. Tak sangka org Pahang sampai sini dulu.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam LZ.

      Lah yeke. Nanti balik kali ni kena singgah la melawat dinasour2.hehs

      Delete
  14. ni kalau pergi sini bawa budak2 agaknya taknak balik dia haha. btw saya singgah dan follow sini ya, jemputla melawat blog saya kalau sudi hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. Lagi2 budak lelaki. Syok sangat tengok dinasour smpai taknak balik.hee

      Tq follow. Nanti CR balas kunjungan.

      Delete
  15. aril singgah ye . done follow blog ni .. sakan bercuti nampak . hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas gian xdpt cuti raya cona baru ni. Hahaha.

      Thanks singgah blog CR

      Delete
  16. Haritu turun Muar, ada juga lalu sini, tapi tak dan nak singgah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti azwar pergi muar lagi boleh singgah pulak. ☺

      Delete
  17. Reen nak ke sini.. Xtau la bila dapat g.. Dah ada anak nanti kot.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen pergi dulu dgn hsband. Nti 2nd time g ngan baby lak.☺

      Delete
  18. bestnyaaa balik kampung ke johor nanti boleh singgah laa/ tq share pasal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome. Nanti kalau pergi boleh la share kt blog taw

      Delete
  19. Replies
    1. welcome.. yep,kena g walau sekali je.sbb free.hee

      Delete
  20. Huwaaa seronoknyee.. dpt bwk anak ni best.. Tp jauh sgt la pulak.. adehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti ada masa dtg jhor boleh singgah sini lea. ;)

      Delete
  21. i kawen dgn orang muo. tp xtau lak bnda ni ado. hahaha

    ReplyDelete
  22. Harap ada kesempatan nak tengok tempat ni.....minggu depan nak balik Johor....yahuuuuu....

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.