Lirik Lagu Aku Sanggup , Sufi Rashid

Assalamualaikum dan Hai.

Alhamdulillah. Pagi ni cuaca dah cerah sedikit. Semalam hujan dari awal pagi sampai ke malam. Ada beberapa daerah kat Pahang dah dinaiki air. Air sungai pahang pun makin naik. Harap2 tak banjir teruk macam 2014.


Tadi kat radio ada dengar satu lagu ni. Single terbaru Aku Sanggup nyanyian Sufi Rashid AF. Suka gila dengar lagu ni. Lagu ciptaan Edry KRU dan lirik Edry KRU & Sufi. Susunan lagu ni ala2 zaman muzik leleh 90an. Kena la dengan jiwa aku.

Aku sanggup


Nak tengok dan dengar lagu Aku Sanggup ni boleh la klik video bawah ni.




LIRIK LAGU AKU SANGGUP ; SUFI RASHID

Termenung sendu
Ratapi luka yang telah terguris
Mengejar bayang
Moga terbukanya pintu hati

Rindu saat kita
Seperti lalu saling menyayangi
Namun kau berubah
Tawar hilangnya kasih

Apa gunanya berbicara
Jika hati tak sekata
Andainya masih ada cinta
Dengarkanlah

Sayang tak usah kau pergi
Jauh dari diri ini
Jika kau mahu aku sanggup
Rebah melutut merayu

Jiwa masih mencintai
Kita punya harapan lagi
Jika kau mahu aku sanggup
Mulakan hidup baru

Sayang aku sanggup

5 comments:

  1. Bestnya kalau dengar lagu yang bawa pengajaran & nasihat
    .
    Macam lagu zaman dulu.
    .
    Waktu berhibur pun dapat manfaat
    .
    Ilmunya tersirat
    .
    Memang sarat

    ReplyDelete
  2. Omagaddd, best gila lagu ni, mai push button repeat berjuta kali. hahahaha.

    ReplyDelete
  3. owhhh lagu ni lagu sufi. hahaha. tngok lirik baru busyra tau. sbb dok dngr kat radio then tak tau spa nyanyi. best2!

    ReplyDelete
  4. eh knp sume lagu baru2 berunsur nada lama2 nie..hahaha..mendayu2 gituh..betul hope tak teruk la..skrg ni hujan nie..air dh naik kt sungai triang tuh

    ReplyDelete
  5. akak suka lagu-lagu macam ni, terkenang balik zaman sekolah dulu.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.