Elyana sertai Gegar Vaganza 4

October 17, 2017 C i k R e n e x 14 Comments

Assalamualaikum dan Hai

elofc
[ Sumber ]

Elyana sertai Gegar Vaganza 4| Rasanya semua dah tahu yang program Gegar Vaganza akan kembali semula menghiburkan kita mulai 29 Oktober 2017 ini pada jam 9 malam. Baru ni juga pihak Astro sudah memperkenalkan peserta-peserta yang bakal bertanding di GV4 nanti. Seperti biasa, seramai 12 orang yang akan bertanding. Peserta Lelaki adalah Aqasha, Lan Kristal, Hazami, Tia Jinbara, Ferhad dan Firman. Manakala peserta perempuan adalah Elyana, Liza Hanim, Aishah, Syura, Haida dan Raja Azura.

Diantara 12 peserta ni, siapa yang menjadi pilihan Juara Gegar Vaganza 4 pada kali ni? Kalau tanya Cik Renex, rasa-rasa mesti dah tahu siapa kan. CR adalah 'kipas-susah-mati' a.k.a die-hard-fan Elyana. Boleh baca di sini cerita kali pertama CR jumpa Elyana. http://renex89.blogspot.my/2016/11/bycikrenex-siapa-peminat-elyana.html  CR rasa memang semua menantikan kemunculan Elyana setelah lama beliau berehat kan. CR pun sebenarnya ternanti-nanti juga. hehehe.


A post shared by Elyana (@elyanaofficial) on

Bila admin Elofc inform yang Elyana join GV4 memang semua suka dan tak sabar. Semua memberi sokongan 100% kepada Lady Boss kami. Kepada Elyana, semoga berjaya di Gegar Vaganza. Kami semua akan memberi sokongan dan semangat kepada Elyana. Good luck!



A post shared by ELOFC (@elofcbyelyana) on

Mana-mana yang nak join Team Elyana dan Team Kaki Ayam ni boleh join group whatsapp ELOFC. Kalau nak join, boleh roger2 k. Pada 21 Oktober 2017 nanti akan ada Meet & Greet Elofc dengan Lady Boss Elyana. Sayangnya, CR tak dapat nak join sebab ada program kem di sekolah. Kecewanya tak dapat join. :(



     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">

Gv4
Cik Renex dengan Elyana. Jumpa tahun lepas. ❤

GV4 bakal bersiaran secara langsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil bermula 29 Oktober ini, jam 9.00 malam. Kehebatan bintang GV4 ini boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Jadi janga lupa dengan temujanji anda di depan TV yer.

14 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

October 16, 2017 C i k R e n e x 8 Comments

Assalamualaikum dan Hai

[ Klik SINI untuk JOIN GIVEAWAY]

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa l Mood untuk join giveaway datang bertandang lagi gara-gara Cik Renex tengah free ni sebab cuti rehat sehingga hari esok. :) Siqah buat giveaway ni sempena bulan birthday dia jugak. Jadinya, Selamat Hari Jadi Siqah. Semoga dimurahkan rezeki dan bahagia selalu bersama family tersayang. Semoga kita ada rezeki untuk berjumpa juga suatu hari nanti. :) 


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">




Syarat-syarat untuk sertai Giveaway ni jugak sangat mudah. Disebabkan CR dah lama follow blog siqah jadinya semua syarat memang dah lengkap awal-awal. 

1. Follow blog Siqahiqa
2. Follow Facebook page BLOG SIQAHIQA [LINK]
3. Follow Instagram @haqisfila [LINK]
4. Komen mana-mana satu entri dalam blog ini.
5. Copy banner dan buat satu entri bertajuk “October Book Giveaway by Blog Siqahiqa”. (please backlink).
6. Publish entri anda dan tinggalkan link pada ruangan komen di sini.


Hadiah yang ditawarkan juga sangat-sangat menarik. Rugi tak join taw.

8 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Giveaway Refresh Blog

October 16, 2017 C i k R e n e x 4 Comments

Assalamualaikum dan Hai

giveaway
[ klik SINI untuk join ]

Giveaway Refresh Blog | Sementara cuti rehat dua hari ni, Cik Renex nak join beberapa giveaway rakan-rakan blogger sebagai tanda sokongan. Kepada yang CR terlepas pandang nak join GA tu mohon maaf yer. Tak sempat kadang tu nak join. Untuk giveaway kali ni, CR join giveaway dari rakan team blogger pantai timur iaitu blog Shalimar. Syarat-syarat untuk menyertai giveaway ni jugak sangat mudah.


Dan salah satu syarat penyertaan adalah berkongsi lirik lagu kegemaran kita. Sebenarnya banyak sangat lagu kegemaran CR. Untuk tahun ni lagu kegemaran CR adalah lagu dari Wany Hasrita iaitu Menahan Rindu. Siap jadi ringtone untuk telefon lagi. Kadang tu sengaja lambat angkat bila orang telefon sebab nak dengan lagu dulu. Haha.

LIRIK LAGU MENAHAN RINDU - WANY HASRITA

Sejenak Ku termenung
Awan Pun mulai murung
Tiada Siulan siulan burung burung

Menemani Hari ku
Menemani Sepi ku
Tersiksa Angkara menanggung rindu

Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi

Biarpun sekadar cuma
Memujuk Hati
Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini

Biarlahku Bersendirian
Terkurung Dalam kenangan silamku
Biarlah Aku
Menahan Rindu

Oh Angin
Kau Kirimkan kalimah kasihku
Agar Dapat ku dengari kalamnya berbunyi

Biarpun Sekadar cuma
Memujuk Hati
Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini

Oh Hati
Kau Sedarilah kenyataan ini
Agar Dapat ku gagahi dan terus berdiri

Biarlahku Bersendirian
Terkurung Dalam kenangan silamku
Biarlah Aku
Menahan Rindu
Menahan Rindu


Best kan lagu ni. Siapa yang minat lagu ni jugak? Kita geng. Kalau bukan lagu ni yang jadi kegemaran lagu korang, lagu apakah yang menjadi lagu kegemaran anda semua? Mana-mana rakan blogger yang belum join lagi Giveaway ni, bolehlah join. Sempat lagi ni sebab tarikh tamat adalah 20 Oktober 2017.


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">


4 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Skirt cantik dari Chiffonskirtbyrina

October 14, 2017 C i k R e n e x 15 Comments

Assalamualaikum dan Hai

Skirt


Skirt cantik dari Chiffonskirtbyrina | Selamat hari Sabtu semua pembaca blog Cik Renex(CR). Cuti sekolah dah mula kan,seronoknya jadi budak sekolah boleh cuti panjang. CR ambil cuti dua hari je sebab bergilir-gilir cuti dengan kawan sekerja yang lain. Cuti-cuti ni korang pergi berjalan mana? Duduk rumah ke berjalan-jalan satu malaysia?

CR cuti ni pergi rumah kakak di Kluang je. Kalau bersiar-siar atau bercuti, korang prefer pakai seluar atau skirt. CR memang suka pakai maxi skirt kalau nak berjalan kemana-mana sebab selesa sangat dan tak jarang. CR nak share satu instagram yang menjual maxi skirt yang super duper cantik


Skirt
Yang ni awal2 keluaran Rina. Jenis chiffon 


Cik renex
Yang ni keluaran baru dari chiffonskirtbyrina. Jenis kain skirt ni adalah dari crepe. Itu yang CR paling suka sebab dia tak jarang. Dan skirt ni special sangat sebab di sertai dengan poket.

Dan produk keluaran yang paling latest dari Rina ada lah Skirt duyung. Material skirt duyung ni sama dengan maxi skirt yang biasa 


Material : High quality crepe
Length : +- 100cm
Size : Free size fits S-XL
Waist : 22-38 inch


Selain dari skirt, Rina ada juga keluarkan Palazo. CR tak pernah beli lagi. Mungkin nanti boleh beli. Dan harga untuk skirt dan palazo ni adalah sangat-sangat murah iaitu hanya RM28.00 sahaja. Murah kannn. Sebab tu CR suka beli di sini sebab harga dia sangat berbaloi2.

     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">



CR kalau pakai skirt suka padankan dengan blouse. Sesuai jugak padankan dengan t-shirt. Tak tahu kenapa,memang jatuh cinta dengan maxi skirt dari Chiffonskirtbyrina ni. Kawan-kawan CR pun ada yang beli skirt ni sebab tengok CR pakai. Benda bagus kita kena share2 kan.๐Ÿ˜˜❤


Kalau ada yang berminat boleh pergi ke Instagram Rina ye.


15 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Ezy Go, Hero di kala tayar kereta pancit!

October 09, 2017 C i k R e n e x 23 Comments

Assalamualaikum dan Hai


Ezy Go, Hero di kala tayar kereta pancit! | Pernah tak masa tengah syok2 drive kereta tiba-tiba kereta terhuyung-hayang kiria dan kanan. Bila check,rupa-rupanya tayar kereta pancit. Adoi,kena tukar tayar pulak dah jadi satu kerja. Yang lagi teruk bila nak tukar tayar spare,angin tayar spare pun kurang. Bila jadi kejadian macam ni,apa tindakan anda? Cik Renex pernah mengalami beberapa kejadian seperti ni.

Pertama kali masa nak pergi kerja pagi2. Drive macam biasa dan tiba-tiba rasa tak best drive tu dan dengar bunyi pelik dari tayar. Bila turun dari kereta rupa-rupanya tayar dah pancit. Penyelesaian CR? Patah balik semula ke rumah dan call sepupu minta tolong tukarkan. CR memang tak tahu tukar tayar. Hehe.

Kali kedua pula kena di tempat kerja. Ada pakcik ni bagitahu yang tayar kereta dah leperrrr kat parking tu. Dengan segeranya CR berlari-lari tengok sambil memikirkan siapa nak tolong tukar ni. Mujurlah pakcik tu dan dua orang cikgu tolong tukarkan. Dah la angin tayar spare kurang,terpaksa diaorang ke bengkel tayar. ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ˜… Maaf menyusahkan korang.

Kali ketiga CR kena baru-baru ni di Kajang. Perjalanan ke rumah member dan kawan tu dah perasan ada bunyi pelik dari tayar. Tapi bila check xde pape so kami teruskan perjalanan dan bila singgah kat satu tempat ni kawan check semula tayar dan rupa-rupanya ada paku di tayar. Gigih kami cari kedai tayar di kawasan yang berdekatan tapi malangnya semua dah tutup tapi nak dijadikan rezeki ada satu bengkel kereta buka. Kami minta tolong tukarkan tayar spare. Tapi separuh jalan, tayar sparw tu wat hal lagiiii dan kami pun tersadai di tepi jalan. Bila google2 perkhidmatan tukar tayar 24jam, ada yang tak buat servis, ada yang berada di luar kawasan dan macam2 lagi. Rezeki kami dapt sorang pomen tapi ya Allah lama gila tunggu dia sampai. Bayaran pun agak mahal tapi nk buat macam mana kan. Nak tak nak kena juga guna khidmat dia dan kami pun tak sabar nak jumpa katil. Huhu


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">




Tapi,baru-baru ni, CR diperkenalkan dengan satu Hero ni yang boleh menjadi hero kita tatkala terjadi seperti situasi-situasi yang CR ceritakan. Kenapalah lambat CR tahu produk ni,kalau tak cepat settle setiap masalah tu.

Tayar pancit
Hero yang CR katakan tadi adalah Ezy Go Tyre Sealer and Inflator. Jadi kita tidak perlu bersusah payah bila adanya Ezy Go ni. Kandungan Ezy go adalah latex dan gas. Latex berfungsi menampal tayar kereta dan gas dalam kandungan Ezy Go akan mengembungkan tayar kereta kita.

Ezy go

Waktu bila kita perlukan Ezy Go ni?

1. Tayar pancit di highway
2. Waktu malam
3. Jauh dari bengkel kereta
4. Dalam kecemasan
5. Sukar untuk tukar tayar


Kenapa kita perlukan Ezy Go?

1. Jimat masa dan tenaga
2. Membantu dalam kecemasan
3. Tidak berbahaya
4. Tidak memerlukan peralatan lain


Ezy go


Cara menggunakan Ezy Go ni juga sangat mudah dan pantas.

1. Selepas tayar pancit, Ezy Go boleh digunakan di waktu kecemasan. Pastikan angin dikeluarkan semua dalam tayar.
2. Kemudian buka penutup Ezy Go.
3. Goncangkan botol Ezy Go.
4. Buka penutup tiub pada tayar dan sambungkan hujung nozle ke lubang angin tayar
5. Tekan Ezy Go sehingga tayar kembang semula.
6. Pandu perlahan dalam 1-2km bagi memastikan Ezy Go meresap secara menyeluruh.

Tapi perlu diingatkan, Ezy Go ini hanya boleh digunakan jika tayar terkena paku,skru atau yang kecil-kecil sahaja. Jika tayar sudah pecah disebabkan kena besi atau sebagainya,perlulah bawa kereta anda ke bengkel yang berdekatan. ๐Ÿ˜Š


Jadi apa tunggu lagi. Jom dapatkan Ezy Go dengan harga RM39 sahaja. Jadi tidak perlu tukar tayar lagi.





WHATSAPP : 017 750 1733 (RASYID)


"Tayar pancit kembali pulih dalam masa 90saat!!! Tak perlu tukar tayar, jimat masa dan tenaga..Ezy Go membantu menampal dan mengepam tayar anda dengan pantas!!!
Hanya RM39 berbaloi semasa kecemasan..baik beli pizza? Sekarang mungkin anda rasa begitu tapi bila kecemasan nak cepat pergi kerja atau ke hospital tiba2 tayar tiada angin, saya yakin pizza tak bernilai bagi anda masa tu..hehe cepat!!! Simpan 1 botol dalam kereta anda persediaan jika berlaku tayar pancit!!!"

23 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Beli coklat di Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir

October 03, 2017 C i k R e n e x 32 Comments

Assalamualaikum dan Hai

Beli coklat di Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir | Selepas berjalan-jalan dan bergambar sakan di buaian viral Pantai Batu Buruk , kami sekeluarga bercadang ke Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir  Kakak CR yang semangat nak perginya sebab nak beli coklat katanya. Pada mana yang belum tahu, awal bulan Ogos baru ni, Tasik Kenyir dijadikan salah satu zon bebas cukai seperti Langkawi, Padang Besar, dan Rantau Panjang. Sebab tu lah kakak CR beriya-iya nak ke sana tapi kami tak bagi kata putus samada nak pergi ke tak dan masa hari kejadian akhirnya pergi juga. hehe. Dari Kuala Terengganu lebih kurang 55km , tak jauh mana jugalah. Kami pergi kesana dengan khidmat Waze. Terima Kasih waze dan maps yang sangat membantu.  

Tasik Kenyir sebenarnya salah salah satu tempat pelancongan yang terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir ini merupakan tasik buatan manusia diantara yang terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil dari Empangan Kenyir pada tahun 1985.

Terdapat 340 buah pulau buatan manusia di tasik ini. Pulau-pulau ini asalnya adalah bukit, tetapi kini telah ditenggelami oleh air disekelilingnya sehingga membentuk pulau.
Selain pulau, ada 30 batang sungai mengalir di Tasik Kenyir dengan 25 jeram dan air terjun yang didiami lebih 25 spesies ikan air tawar.
Tasik ini juga menyimpan 8000 spesies bunga, 2500 spesies tumbuhan, 1000 spesies burung dan 800 spesies rama-rama.

Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Kuala Terengganu
[ Ruang parkir kenderaan yang luas]




Kuala Berang

Disini ada perkhidmatan bot untuk bersiar-siar menikmati keindahan di sekitar Tasik Kenyir ni.  Menurut apa yang CR baca, di Tasik Kenyir ni banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati dan memerlukan beberapa hari jika hendak meneroka semua tempat tu. Dalam gambar diatas juga kedai menjual cenderamata yang boleh dibeli sebagai kenangan seperti tshirt,beg dan pelbagai lagi.


Kuala Berang
[ Kedai Coklat ]

Tujuan utama adalah kedai ini sebenarnya. Kami kesini pada hari jumaat dan sampai dalam jam 11.30. Masa CR masuk tu ramai sangat orang tempatnya kecil jadi memang sesak lah. Masa tengah nak membeli tu nampak pekerja dia macam nak tutup kedai dah. Lupa yang hari tu hari Jumaat dan mereka perlu tutup kedai jam 12.30 untuk menghormati masa sembahyang Jumaat. Nasib la cepat kami datang sini kalau tak kena tunggu lama sampai dibuka semula.

Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir
[ Hasil tangkapan dalam masa beberapa minit ]

CR tak sempat tengok sangat coklat apa yang dijual lagi sebab nak cepat dan ramai sangat orang. Dah la tak sempat nak pergi ke kedai satu lagi yang jual telekung, pinggan mangkuk, dan minyak wangi. Kecewa jugak. Datang jauh-jauh tapi sempat ke kedai coklat je. Dengar2 cerita ,kedai ni nanti akan dipindahkan ke bahagian lain. Tak tahu la mana tapi still dalam Tasik Kenyir lagi lah. Mungkin dipindahkan ke lain tempat yang menggunakan perkhidmatan bot. Mungkin dengan itu akan memajukan lagi perkhidmatan bot. CR pun tak sure betul ke tak ditukarkan. Dengar2 je orang cakap.


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">



Kuala Berang
[ Sempat posing dulu ]
Sebelum balik, harus lah posing dulu dengan air Tasik Kenyir di belakang tu. Cantik sangat tempat ni sebenarnya. Selain kedai coklat ni ada juga Waterpark Kenyir tapi masa kami datang tu waterpark tersebut dalam proses renovation. Mungkin lain kali kalau ada rezeki, CR datang ke sini semula.  CR sekeluarga juga sempat makan tengahhari kat sini. Sedap dan murah makanan di Terengganu ni. Nama kedai yang CR makan tu  dah lupa sebenarnya tapi ada tulis Mr. Baung. Boleh la makan disitu nanti yer.

Sebelum tamat, CR ingin kongsikan tempat-tempat menarik yang ada di Tasik Kenyir. Manalah tahu kot2 ada yang berminat nk bercuti di Tasik Kenyir kan. ๐Ÿ˜Š

 Tempat-tempat menarik yang ada di Tasik Kenyir


Santuari Kelah di Sungai Petang
Santuari Kelah Sungai Petang adalah tempat pemuliharaan ikan kelah yang terletak di dalam kawasan Tasik Kenyir. Jarak perjalanan ke santuari ini dari Pengkalan Gawi mengambil masa 40 minit menggunakan bot laju.

Air Terjun
Antara tarikan utama juga di Tasik Kenyir adalah air terjun air terjun. Ada 5 lokasi air terjun yang popular disini iaitu Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, Air Terjun Sungai Buweh dan Lata Terap.
Air Terjun Lasir adalah salah satu air terjun paling terkenal, kerana ketinggiannya mencecah 500 kaki.

Gua Bewah dan Gua Taat
Selain itu ada juga beberapa gua yang menjadi tarikan di Tasik Kenyir. Antaranya Gua Bewah dan Gua Taat. Di sini, para pengkaji sejarah telah menemui tinggalan sejarah dari zaman pra sejarah seperti rangka manusia, senjata dan peralatan memasak purba.

Gunung Gagau
Jika anda suka mendaki, Gunung Gagau mungkin tempat sesuai untuk anda melepaskan ketagihan. Apabila tiba di puncak, anda dapat menikmati pemandangan tiga buah negeri –Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Taman Herba di Pulau Sah Kecil
Jika anda sukakan sayuran serta herba, anda boleh ke Taman Herba Tasik Kenyir. Terletak di Pulau Sah Kecil, anda perlu menaiki bot laju selama 15 minit dari Pengkalan Gawi.
Tapi awas. Bersedialah dengan kasut yang baik kerana taman ini luasnya lebih 15 hektar, dan terdapat lebih 26,000 pokok herba untuk anda lihat dan kaji.

Memancing
Untuk kaki pancing, Tasik Kenyir adalah syurga ikan air tawar. Antara spesies ikan air tawar yang boleh dipancing disini adalah toman, baung, sebarau, sehinggalah kepada kelisa.
Dan lokasi terkenal kaki pancing adalah di kawasan Sungai Cacing, Sungai Tembat dan Sungai Leban.

Taman Burung
Terdapat juga disini Taman Burung yang dihuni oleh pelbagai spesies burung dengan berkonsepkan langit terbuka tanpa jaring. Anda berpeluang untuk memberi makan kepada burung-burung disini.

Aktiviti Berkhemah
Di Tasik Kenyir juga sesuai dijalankan aktivti perkhemahan. Berikut adalah beberapa tapak perkhemahan yang disediakan disini.
Tapak perkhemahan Gunung Lawit
Tapak Perkhemahan Pulau Poh
Tapak Perkhemahan Pengkalan Gawi
Tapak Perkhemahan Lasir
Tapak Perkhemahan Saok
Tapak Perkhemahan Pulau Petang
Tapak Perkhemahan Tanjung Bewah
Tapak perkhemahan Sg. Cicir/ Perpek

Sukan Air
Jika anda sukakan aktiviti lasak, atau sukan air, jangan risau. Di sini anda juga boleh menunggang jet ski, kayak, kenu, bersampan atau berakit. Untuk menginap, anda boleh tidur di rumah bot.


32 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Buaian Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu

October 02, 2017 C i k R e n e x 22 Comments

Assalamualaikum dan Hai

kuala terengganu
Buaian Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu | Rasanya tak perlu kenalkan lagi dengan buaian viral ni sebab di Facebook dah kerap kali orang share kan. Setiap kali datang Kuala Terengganu rasanya tidak lengkap kalau tak bergambar di buaian viral ala Lombok ni. Cik Renex pergi ke Pantai Batu Buruk dekat dengan Homestay yang Cik Renex menginap. Mana yang belum baca entri mengenai homestay , boleh klik sini    Homestay Kuala Terengganu Falah Guest House 

CR datang ke sini dalam jam 10pagi dan orang pun dah ramai kat situ. Buaian pun penuh dan masing2 semua berposing sakan atas buaian. Lama jugak nak tunggu buaian tu kosong. Di sini jugak sepatutnya ada jual layang-layang tapi mungkin Cik Renex datang pagi , tiada orang mula menjual lagi. Gerai-gerai tepi jalan jugak baru tengah bersiap-siap nak buka.
 

visit beautiful terengganu

Buaian tu belah hadapan sana. Pantai ini mendapat namanya bukan disebabkan ianya tidak cantik dan buruk tetapi nama Batu Buruk merujuk kepada batu-batu yang membentuk pulau kecil yang timbul di dalam laut bertentangan dengan pantai. Batu-batu inilah yang digelar Batu Buruk (atau Burok). Pantai ini juga ada nilai sejarah penting. Ini kerana di sinilah Gendang Gangsa atau Gendang Dong-Son ditemui. Penemuan ini amat bersejarah kerana ia membuktikan negara kita tidak melalui zaman Mesolitik.

terengganu
Masih kosong di sebelah. Bila entah nak ada orang sebelah. ๐Ÿ˜…

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, pembinaan buaian bukan sahaja menjimatkan kos, malah menjadikan tarikan pengunjung sekali gus mampu mempromosi pusat riadah itu secara percuma.
Katanya, kos yang digunakan hanyalah RM200 bagi menyediakan tali buaian berikutan bahan binaan yang lain seperti batang nibong dan kayu cengal diperoleh daripada penduduk kampung.



terengganu
#sistersgoals

Berjaya jugak ambil gambar berdua macam ni sebab selalu ada orang lain kat sebelah. Lama juga nak tunggu orang lain beredar. Kalau perasan, di bahagian belakang berhampiran dengam air pantai tu ada jugak satu buai. Tapi CR tak pergi pun buaian situ sebab malas nak basah2. Hehehe. Puas hati bila dapat bergambar dengan buaian viral ni..


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">

Cik Renex ada baca jugak di Pantai Batu Buruk ada aktiviti kereta kuda pada belah petang. Plan asal memang nak pergi semula ke Pantai Batu Buruk ni tapi bila tengok dari atas rumah,jalan jem gila menghala ke pantai tu. Terus CR batalkan niat nak pergi tengok tapi akak dengan cha tetap bersemangat nak pergi. Tapi tak kesampaian juga sebab hari hujan. Kesiannn. ๐Ÿ˜†

Jadinya duduk je la dalam homestay. Lepas maghrib baru kami keluar semula. Kemana destinasi kami? Nanti CR kongsikan dalam entri selepas ini yer.


22 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Eversoft Micellar Cleansing Water & 2in1 Cleanser &Toner

October 01, 2017 C i k R e n e x 9 Comments

Assalamualaikum dan Hai


Pernah dengar tak produk Eversoft? CR perasan produk ni di watsons dan juga Lazada tapi tak pernah pun mencuba produk ni. Tapi bila tengok banyak je iklan ni muncul, terasa macam nak guna lak. hehe . Ada dua produk yang menarik iaitu Micellar Cleansing Water dan 2in1 Cleanser & Toner. Seperti yang  kita tahu tomato memang banyak khasiat dia untuk kulit kita begitu juga dengan organik dari buah Yuzu. 



nuffnang

EVERSOFT 100% Organic Tomato Micellar Cleansing Water  sebenarnya berfungsi menanggalkan solekan, membersih dan menyegarkan kulit. Manakala EVERSOFT 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner sangat sesuai pulak bagi orang yang tidak menggunakan solekan. Produk ni menggunakan formulasi berasaskan bahan dan teknologi dari Jepun, pembersih baru ini bebas daripada paraben, SLS, alkohol serta minyak mineral.


Tomato Micellar Cleansing Water

Water-based makeup remover that is gentle yet effective in removing waterproof makeup, sunblock, BB cream and impurities. It is enriched with 100% Organic Tomato Extract, which is known for its anti-oxidation properties to fight against free radical. This makeup remover does not require rinse off and you may apply moisturiser.



Yuzu 2 in 1 Cleanser Toner

This is an express formula that combines 2 cleansing steps in 1. The red nano beads are enriched with Tea Tree Oil that cleanses deep within the skin to draw out impurities and tightens pores, while organic Yuzu extracts helps soothes skin redness, reduce acne formulation, and removing skin blemishes. This cleanser cleanses and clarifies in one single step without leaving any reside. You may continue with serum and moisturiser.




 Boleh KLIK SINI untuk mencuba2 produk ni ataupun tengok produk lain yang dihasilkan dari Eversoft Skinz. 



     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">



9 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Homestay Kuala Terengganu Falah Guest House

September 30, 2017 C i k R e n e x 16 Comments

Assalamualaikum dan Hai

View dari Tingkat 19 Falah Guest House


Homestay Kuala Terengganu Falah Guest House|Minggu lepas ,Cik Renex sekeluarga telah berjalan-jalan ke Kuala Terengganu. Plan ni sebenarnya dah lama kami plan. Homestay pun dah book awal-awal sebab risau semua penuh.


Tapi yang tak seronoknya, beberapa hari sebelum pergi bercuti CR demam dan pipi bengkak. Mulanya ingatkan beguk tapi rupanya kalenjar di bahagian pipi bengkak. Tu pipi membesar dengan jayanya macam pipi doraemon. CR memang takde selera nak makan dan asyik tidur je bila MC tu. CR jugak ada mengalami alahan ,kat badan penuh bintik2 macam kena ulat bulu. Gatal dia hanya tuhan yang tahu. Huhu. Yang pasal gatal-gatal ni nanti CR kongsikan dengan lebih lanjut yer. Tapi hari Khamis tu gagahkan jugak diri pergi kerja sebab dah dua hari bercuti.


CR bergerak ke Terengganu hari Khamis jugak selepas Maghrib dan CR yang drive sebab rasa badan dah okay walaupun pipi bengkak lagi. Perjalanan lebih kurang 5 jam sebab banyak kali berhenti di RnR. CR exit tol Kuala Terengganu dan terus ikot waze ke homestay yang kami tempah tu iaitu Falah Guest House. Homestay yang kami duduk ni tingkat 19 dan sangat selesa dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Sangat sesuai untuk kami berlima ni. Aircond pula disediakan untuk 2bilik.

Bawah ni sedikit gambar keadaan homestay yang diambil dari Instagram Falah Guest House.






Lokasi Homestay ni sangat strategik sebab dekat dengan Pantai Batu Buruk, Pasar Payang dan beberapa tempat menarik lagi. Nak jalan kaki ke Pantai Batu Buruk tu pun boleh. Mana-mana yang tak nak menginap di hotel,boleh lah try stay di homestay ni.



     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">



Kalau berminat nak menginap disini boleh la try contact owner nya okay. Ini detailsnya.

FALAH GUEST HOUSE KUALA TERENGGANU


3 bilik 2 bilik air
Ruang parkir berbumbung
Tingkat 19 (wonderful view)
24H security guard *Bilik 1*
Katil Queen, Aircond, Bilik air (water heater๐Ÿšฟ)
*Bilik 2*
Katil Queen, Aircond
*Bilik 3*
Katil Single, Kipas dinding
*Dapur*
Peti ais, Oven, Water Filter (panas&sejuk), Toaster
*Ruang tamu*
Sofa, TV, Dvd player, Meja makan *Lokasi strategik!*
Jarak berjalan / Walking distance:
Masjid Ladang๐Ÿ•Œ
Hospital HSNZ๐Ÿจ
Stadium Negeri KT
Hotel Sumai๐Ÿค
Primula Beach Resort
Pantai Batu Buruk๐ŸŒŠ
UniSZA Kampus Bandar๐Ÿ“š 
Tarikan berdekatan:
Pasar Payang
Kampung Cina๐Ÿฎ
Dataran Shahbandar ๐Ÿ›ณ
Terengganu Equestrian Resort(TER) ๐Ÿ‡๐ŸŽณ๐ŸŠ๐Ÿป
Masjid Terapung๐Ÿ•Œ
Muzium Negeri
Taman Tamadun Islam ๐Ÿ•‹
Celup Tepung, Kepok Lekor .

Facebook

Instagram :

Alamat : 
Kampung Ladang Tok Pelam, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia


16 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

First Beauty Box Giveaway By Us With Love ❤

September 29, 2017 C i k R e n e x 15 Comments

Assalamualaikum dan Hai

Klik sini untuk join 


First Beauty Box Giveaway By Us With Love ❤ | Masa blogwalking tadi terjumpa dengan satu giveaway yang menarik anjuran rakan-rakan blogger. Hadiahnya sangat2 menarik lak tu iaitu Beauty Box yang bernilai RM250. Menarik nya hadiah dia. Dallam box ni ada facial foam, toner, lotion, hair mask, facemask, liquid powder, dan macam-macam lagi. 



Syarat-syarat yang dikenakan jugak sangat mudah sebab ada yang blog Cik Renex memang dah follow blog  tu lama dah. Cuma page dan instagram je ada satu dua yang tak like dan follow.


Ini facebook Cik Renex 

Instagram Cik Renex


Jadi mana-mana yang tak join lagi boleh lah join. Tarikh tutup : 20 Oktober 2017. Ada masa lagi okay.



     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">










15 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Bantal design sendiri dari Printcious!

September 26, 2017 C i k R e n e x 26 Comments

Assalamualaikum dan Hai.

Bantal


Bantal design sendiri dari Printcious! | Siapa yang belum kenal dengan website printing Printcious? Serius rugi. Sebab dengan website ni, macam-macam kita boleh tempah dengan design kita sendiri pulak tu. Tak tahu jugak? Takpe boleh baca disini  CIPTA HADIAH DARI HATI DENGAN PRINTCIOUS sebab dalam entri ni Cik Renex ada bercerita tentang step by step untuk menempah setiap barangan dalam printcious tu. Senang sangat caranya.

Jadi dalam banyak2 barang dalam tu CR telah tempah throwpillow dari printcious. Kenapa throwpillow? Sebab bantal ni kita boleb print depan belakang bantal. CR tak berapa nak kreatif sangat maka gunakan design yang sedia ada je. Design yang sedia ada ni pun cantik2 taw, sehinggakan CR pun tak tahu nak guna design mana. Hehe. Nak tengok bantal yang CR design??
.
.
.
.
.
.


Pillow
Best dipeluk!
Taraaaa. Cantik ke tidak? Teruja gila masa dapat bantal ni taw.  Mula2 sampai tu ma ingatkan CR order fiber tapi kenapa sikit lak,selalu berkilo2. Hehe. Rupanya bantal dalam tu, dah lah cantik pulak tuuuuu. *pujidesignsendiri .haha  .


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">




Bantal ni size 42cm×42cm. Sangat besar dan sesuai untuk dipeluk semasa tidur dan juga di jadikan hiasan di sofa atau diletakkan dalam kereta. Hasil printing dia sangat memuaskan hati. Warna sama dengan apa yang kita edit dan kualiti sarung bantal dia sangat bagus iaitu jenis polyester.  Sarung bantal ini disekalikan dengan zip,jadi bila dah lama sangat sarung ni,boleh la kita basuh nanti.
Throwpillow
Bahagian depan
Throwpillow
Bahagian belakang


Untuk bahagian depan bantal, CR letak gambar CR sendiri tapi yang tak nampak muka dan pilih gambar ni sebab suka dengan view gambar tu. Yang ni,CR tak edit sangat ,cuma letak Gambar je dalam ruangan bulat tu. Untuk bahagian belakang pula, CR sengaja selitkan quote ni sebab sukaaa sangat2 quote ni. Sangat berkait dengan life kita. Untuk bahagian ni, CR edit tulisan dan warna untuk quote dan tambah sedikit bunga dia bahagian bawah bagi menambahkan seri bantal. Senang je nak edit. Ikut je step yang ditunjukkan.



Bila dah confirm dengan design bantal kita,bolehlah kita terus proceed ke step seterusnya untuk check outkan barang kita ni. Prosesnya sangat mudah dan bila dah siap bayar,tunggu lebih kurang 5 ke 10 hari barang tempahan kita akan sampai ke depan pintu rumah kita. Pihak printcious akan emel kepada kita untuk maklumkan order kita diterima dan akan diproses. Bila dah siap dan pos,pihak printcious akan maklum kepada kita semula. Sememangnya,printcious memang tidak mengecewakan kita. InshaAllah. Sebab CR sangat berpuas hati dengan bantal yang CR dapat ni. 


Jadi, mana-mana yang teringin nak jugak ada bantal macam ni boleh terus ke website printcious seperti di bawah ini. Kalau tak nak tempah bantal,boleh tempah mug,tshirt, gambar, gambar dalam puzzle,keychain dan macam-macam lagi lag. Selamat mereka hadiah. ๐Ÿ˜Š


Website

https://www.printcious.com/

Facebook

https://www.facebook.com/printcious

Instagram

https://www.instagram.com/printcious


Printcious.com - "Precious Gift From Your Heart"



26 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Pemenang Giveaway Blog Bycikrenex

September 25, 2017 C i k R e n e x 24 Comments

Assalamualaikum dan Hai

bycikrenex

Pemenang Giveaway Blog Bycikrenex | Alhamdulillah akhirnya giveaway pertama sempena blog bisnes Cik Renex dah berakhir pada 24 September 2017 iaitu hari semalam. Seramai 53 orang blogger yang sudi menyertai giveaway CR. Terima kasih yang tidak terhingga CR ucapkan pada anda semua.


CR telah menyatakan akan memilih peserta secara random melalui website random.my. Tadi CR ada masa kelapangan sedikit jadi CR telah mencabut undi untuk memilih TIGA PEMENANG BERTUAH tersebut.Sedikit video proses cabutan undi. 

Jadi hasil cabutan undi, pemenang yang bertuah adalah list peserta


24. http://anumabdullah93.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html

43. https://mrsablogstori.blogspot.my/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html

2. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html


Diharap 3 pemenang diatas whatsapp 017 794 4891 atau emel CR di saidatulazreen@gmail.com untuk tuntutan hadiah yer.:)
 
 
Diharap mana-mana yang tidak menang tidak akan kecewa dan serik untuk join giveaway CR lagi yer. CR sangat2 berterima kasih pada semua yang menyokong giveaway CR. Doakan semoga bisnes Craft CR akan bertambah maju walaupun sekarang tengah hold dlu order. hehe. 





     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">

24 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

GIVEAWAY BLOG BYCIKRENEX

September 24, 2017 C i k R e n e x 62 Comments

++Sticky Post++

Assalamualaikum dan Hai.

Giveaway Blog Bycikrenex | Selamat berhujung minggu all the bloggers. Disini Cik Renex nak lancarkan satu Giveaway sempena pembukaan blog baru untuk bisnes CR. Mana-mana yang belum tahu,CR ada buat bisnes kecil-kecilan menjahit barangan kraftangan dari kain felt dan lain-lain lagi. Sebelum ni bycikrenex cuma ada fanpage Facebook dan Instagram, baru ni je CR rasa macam nak wujudkan satu blog khas untuk bisnes ni je. Dengan adanya blog khas ni senang sikit CR nak promotekan produk dari Bycikrenex kan.


Disebabkan tiada Followers lagi blog ni, CR nak lancarkan satu Giveaway Blog Bycikrenex. Harap-harap ada yang sudi join giveaway ni. Berikut adalah syarat-syarat penyertaan Giveaway Blog Bycikrenex.


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="4509434074">




Wajib:
1. Follow Blog Bycikrenex

Tak wajib tapi digalakkan: *hahahaha

7. Buat entri bertajuk "Giveaway Blog Bycikrenex", letak banner di atas di dalam ruangan entri  dan backlink sekali
8. Jangan lupa tinggalkan URL entri anda dalam ruangan komen post ini ye.


Cik Renex mencari TIGA ORANG PEMENANG BERTUAH. Apa hadiahnya??

Cash RM10 + Keychain Nama

Pemenang dipilih melalui http://www.random.org

Tarikh tutup penyertaan : 24 September 2017. 

 SENARAI PESERTA KLIK SINI



62 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Hello Blogger Pantai Timur

September 13, 2017 C i k R e n e x 25 Comments

Assalamualaikum dan Hai.

blogger

Hello Blogger Pantai Timur | Sebenarnya lama dah Cik Renex mencari group blogger Pantai Timur ni. Sebelum ni CR suka search blogger Pahang. Ada blognya tapi masing-masing semua dah tak aktif. Bila cari di Facebook pun macam tak wujud je team tu. Bukannya apa, saja nak kenal2 lagi rapat dan teringin nak join event. Bila melibatkan pantai timur sahaja,confirm2 lah senang sikit nak jumpa kan. *harapharapmacamtu .


Bila dah tak jumpa, CR pun tamatkan lah pencarian tu. Tapi nak dijadikan cerita,masa tengah scroll timeline Facebook terjumpa status Sis Hawa yang bertanyakan siapa blogger dari pantai timur dan bila CR komen,sis Hawa ada cakap nak join group Blogger Pantai Timur tak. CR apa lagi,teruslah minta nak join. ๐Ÿ˜˜ Terima kasih Sis Hawa sebab wujudkan komuniti baru ni.


Ni logo rasmi team kami. Komuniti yang terdiri daripada Blogger Pahang, Terengganu dan Kelantan. Ada yang berminat nak join tak? Boleh tinggalkan nombor telefon pada emel CR atau terus je whatsapp CR di 0177944891. Nanti CR akan masukkn dalam group.

Sehingga harini baru 15 orang sahaja blogger yang join. Harap lepas ni ada yang berminat nak join lagi ye. Berikut adalah list blogger yang terlibat.

1. www.sishawa.com
2. www.rosbirumuda.blogspot.com
3. www.sisgee.com
4. www.shalimaryusof.com
5. www.leaazleeya.com
6. www.ehbelogaku.blogspot.com
7. www.norminieza.blogspot.com
8. www.akukaudansesuatu.blogspot.com
9. http://www.pokucu.com/
10.www.cikash.blogspot.com
11.http://renex89.blogspot.my/
12.http://masturanasarudin.blogspot.com/
13. http://robiahtul.blogspot.com
14. http://kebaikankeindahan.blogspot.my
15. http://www.zukidin.com



     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">



Blogger dari negeri lain pun CR teringin nak jumpa taw tapi selalu tak berkesempatan. Harap ada rezeki untuk kita berkumpul sama-sama dan share tips dalam dunia berblogging.


"Rumah Reen ada pokok semalu
Jomlah join janganlah malu"



25 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Lirik Lagu Sumpah Cintaku -Asfan Shah (OST Titian Cinta)

September 09, 2017 C i k R e n e x 6 Comments

Assalamualaikum dan Hai

Ost titian cinta


Lirik Lagu Sumpah Cintaku -Asfan Shah (OST Titian Cinta) | Macam biasa tiap kali ada masa free sikit aku rajin bukan Youtube. Dengar lagu-lagu baru dan tengok video yang trending. Tengah scroll terjumpa lagu Asfan Shah ni bertajuk Sumpah Cintaku. Bagi aku, suara Asfan Shah ni tak pernah mengecewakan dan best untuk didengar oleh telinga aku. Lagu-lagu Asfan banyak dijadikan Ost Untuk drama di tv antaranya lagu Kisah Cinta, Semua Tentang Kita, dan Terhenti disini.

Pada kali ni pulak, Lagu baru Asfan Shah ni dijadikan OST untuk drama terbaru TV3 yang bertajuk Titian Cinta . Titian cinta adalah drama slot Samarinda yang ditayang mulai Isnin ni jam 7malam.Drama ni seperti biasa diadaptasi dari novel Titian Cinta karya Ridhya Iman terbitan Idea Kreatif.  Pelakonnya adalah Zul Ariffin, Farah Nabilah dan Daler Yusof. Zul Ariffin mungkin akan jadi sebab utama aku nak tengok drama ni kot. Taktahu lah sempat tengok ke tak sebab selalu malas nak layan drama jam 7 ni takut melarat2.hihi.Jom tengok sinopsis drama ni. Macam seronok je untuk ditonton. ๐Ÿ˜˜

SINOPSIS TITIAN CINTA

Asfan shah



     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">



Kisah cinta antara Umayr Harris dan Rahadatul Aisy. Aisy pulang ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Kepulangan Aisy memang dinantikan Harris yang menyesal dengan tindakan lalu kerana termakan hasutan Sofia. Perginya Aisy ke kota London adalah kerana dihalau bagai kucing kurap oleh suaminya sendiri ekoran fitnah yang dilakukan oleh Sofia.

Harris ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memikat semula hati Aisy. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Aisy tidak dapat mengandung. Kehadiran semula Sofia menempel cinta Harris. Campur tangan ibu mertua Aisy memburukkan keadaan. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

Sumber : FB Titian Cinta


Lirik Lagu Sumpah Cintaku | Asfan Shah




Disaat saling mengenali
Ku tahu cinta mu memanggil
Dalam perasaan yang tak kau dengari

Lambaian mu di dalam mimpi
Bayangan senyum bidadari
Indah segenap rasa tak terbagi

Belah lah jasad ku
Tirai kenangan ku
Pasti akan kau jumpa api cinta menyala

Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cinta ku tersimpul mati
Di syurga tetap kau ku nanti
Sumpah cintaku hanya padamu

Disaat saling mengenali
Ku tahu cinta mu memanggil
Dalam perasaan yang tak kau dengari

Belah lah jasad ku tirai kenangan ku
Pasti akan kau jumpa api cinta menyala

Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cinta tak bisa berganti
Sumpah ku hanya kau disisi

Genggam tanganmu yang suci
Sampai rambutku memutih
Cinta ku tersimpul mati
Di syurga tetap kau ku nanti
huooo... ooo...
(sumpah cintaku hanya padamu)
..............................................................
Sumpah cintaku hanya padamu
Sumpah cintaku hanya padamu



"Andai Kemaafan Penyembuh kelukaan
Cinta di hati kita tidak perlukan ungkapan"

6 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Senarai Peserta Giveaway Blog Bycikrenex

September 08, 2017 C i k R e n e x 4 Comments

Assalamualaikum dan Hai.

bycikrenex

Senarai Peserta Giveaway Blog Bycikrenex | Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang sudi join Giveaway Blog Bycikrenex ni. Ingatkan takde yang sudi nak join. Mana-mana yang belum join tu, sudi-sudilah join giveaway ni yer.  Blog tu pun lama dah terupdate. Blog personal pun jarang update apetah lagi blog bisnes. Harap dikuatkan semangat untuk sentiasa update blog dan blogwalking.


Jangan lupa make sure follow blog baru bisnes Cik Renex tu ye. Berikut adalah senarai link blog yang sudi join giveaway ni. Pastikan nama anda ada bagi yang dah join tu. Risau tertinggal lak.


Senarai Peserta Giveaway Blog Bycikrenex


  1. http://robiahtul.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  2. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  3. http://www.mariafirdz.com/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  4. https://eyranasrin.blogspot.com/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  5. https://faranina89.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  6. https://farhannajafri.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  7. http://aimanziyad.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  8. https://jm2u.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex-24september2017.html
  9. http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  10. http://queensyanis.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  11. http://jombercontest.blogspot.my/2017/08/jom-kengkawan.html
  12. http://www.pokcikblogger.com/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  13. http://puankuci.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  14. http://kasihkuamani.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  15. http://milzah89.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-by-cikrenex.html
  16. http://www.leaazleeya.com/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex_22.html
  17. http://akhalilah.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  18. http://salatulzarida.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  19. http://jom-santai-aje.blogspot.com/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  20. http://www.hakimramli.com/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  21. http://www.kasihjuju.com/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  22. http://www.mialiana.com/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  23. http://the-fadedd.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  24. http://anumabdullah93.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  25. http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  26. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  27. http://itsmelyya.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  28. http://fws00blog.blogspot.my/2017/08/giveaway-blog-bycikrenex.html
  29. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  30. http://www.sisgee.com/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  31. http://herneenazir.com/2017/09/06/giveaway-blog-bycikrenex/
  32. http://shafyqahazahar.blogspot.my/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  33. https://anzrarizalbuddy.blogspot.my/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  34. https://messarah.blogspot.my/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  35. http://azietaqniza.blogspot.my/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  36. http://aunilieyana.blogspot.com/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  37. http://akukaudansesuatu.blogspot.my/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  38. http://www.sayidahnapisah.com/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  39. http://stnrsyfh.blogspot.my/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  40. http://penselduabee.blogspot.com/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  41. http://www.ceriteraibu.com/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  42. http://www.shalimaryusof.com/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  43. https://mrsablogstori.blogspot.my/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  44. http://www.huhahuhajerr.com/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  45. http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  46. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  47. http://www.cekgunorazimah.com/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  48. http://iyraacariyno.blogspot.my/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  49. https://nysachubby.blogspot.my/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  50. http://www.efaothman.com/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html
  51. http://masturanasarudin.blogspot.com/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex-24-sept-17.html
  52. http://www.syuhadasalleh.com/2017/09/22/giveaway-blog-bycikrenex/
  53. aztieyshana.blogspot.my/2017/09/giveaway-blog-bycikrenex.html


 Mana-mana yang tak join lagi tu masih sempat lagi nak join, senang je syarat-syaratnya. Nak Join klik link bawah ni yer. Terima kasih.


4 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)