Gastrik

October 17, 2016 C i k R e n e x 4 Comments



Siapa pernah mengalami gastrik. Aku baru first time kena masa Ahad baru ni. Ya Allah,sakit dia yang ampunnn sakit sangat. Tak reti nak gambarkan. Lepas ni memang serik. Kena jaga makan, jangan makan benda mengarut2 dah.


So, hari ni nak share info sal gastrik jer.


Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.


Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.. [sumber]

        Tanda Gastrik


Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)


Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :


* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi



Semalam kena sampai nak bangun pun tak larat. Makan pun xde selera. Ma suggestkan minum air milo kosong baru ok sikit. Siap badan rasa panas2. Mujur x berlarutan sampai hari ni. Kalau tak, kena mc lah hari ni.


You Might Also Like

4 comments:

  1. Semoga cepat sembuh! Jaga kesihatan dan pemakanan ye.

    ReplyDelete
  2. Aip!len kli mkan on time ya cikRenex.Ingat tu..huhu..sy x prnh kena so x tau skitnya cmne so kena hati2 jgklh nie supaya x terjngkit plak kat i =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. I will.
      Yup.awk sila jgn lewat makan. Seksaaa rasa

      Delete

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)