Raya tak sakan sangat

Raya tahun ni aku beruntung sikit sebab selalunya raya ke tiga aku dah kerja,tapi tahun ni kerajaan bagi cuti peristiwa maka dengan itu bole...

Raya tahun ni aku beruntung sikit sebab selalunya raya ke tiga aku dah kerja,tapi tahun ni kerajaan bagi cuti peristiwa maka dengan itu boleh lah sambung berjalan raya. Yeay! Sebelum raya tu aku dah tanya kat group,hari apa plan nak jalan beraya. Nampak tak semangat nak beraya tu membara sangat walaupun umur dah meningkat. Hiks.


Plan utama nak ke rumah Ustaz Mazuki dulu. So menuju lah kami ke rumah beliau. Nak di jadikan cerita, whatsapp aku buat hal weh. Whatsapp dari group dapat,dari personal sorang2 xdapat. Patut lah aku whatsapp intan wani takde respond. Xpasai2 kena on wechat pm wani. Yang si intan pulak die da balas tapi aku tak dapat pun msgnya. Sori mek.



Sementara menunggu Cik Intan kita bersiap kiteorang berphotoshoot kat simpang. Pedulikan orang yang lalu lalang. Haha. Mereka bertiga ni memang geng jalan beraya dari zaman sekolah rendah lagi. alhamdulillah kawan sampai sekarang. 20tahun da wehhh.

Bila intan dah sampai maka kami pun berkonvoi la ke rumah ustaz.


Ni gambar kt umah ustaz. Siap makan mempelam colek. Lengkap pakej pencuci mulut. :)


Dah setel rumah ustaz kami pergi beraya sambil melawat sahabat kami,Aus. Semoga cepat sembuh Aus. Singgah umah nenek intan,pergi tumpang solat kat rumah intan then baru pergi ke rumah Yus.


Makan nasi minyak weh. Memang dah lapar sangat. Sampai2 terus makan. Nampak sangat laparnya. Sedap. Thanks kak yus. Makan kuih lepas tu test kamera oppo wani. Gosip2. Lepas tu kami pun pulang ke rumahh.


Tak banyak rumah tahun ni kami serbu sebab masing2 balik rumah mentua. Nampak tak,yang bujang2 ni tinggal kami je. K lah. Nanti sambung lagi.

You Might Also Like

2 komen

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

founder Bycikrenex

Handmade & Handsew with LOVE



SEDIA MENERIMA TEMPAHAN

Bantal Hiasan Nama Sendiri
Bantal untuk Hadiah kahwin & hadiah hari jadi
Keychain nama
Owlie Plushie
Pin Shawl
Cupcake pincushion

WHATSAPP 017 794 4891 untuk details/tempahan