Cik Renex Ke Zoo Johor.

March 23, 2015 C i k R e n e x 0 Comments

Assalamualaikum. Lamanya tak hupdate belog. Ghindu pulak.*poyo. Untuk menghilangkan rindu menaip,marilah kita hupdate belog ni. Baiklah, Cik Renex nak bercerita pengalaman ke Zoo Johor. Musim² cuti sekolah ni kena la bawak si budak kecik tu tengok haiwan. Takkan nak bawak g Mall je kan. Takde life betul kan. Baik g tengok haiwan. Hahaha. 'Penyayang' betul mak ngah reen ni kan cha?
Zoo Johor ni aku rasa zoo termurah kemasukannya di Malaysia.Dewasa cuma RM2 dan kanak-kanak RM1 sahaja. Kawasannya tidak lah sebesar dan seluas Zoo Negara Malaysia ke Zoo Melaka.Tetapi tetap seronok untuk dilawati dan bawa si budak kecik mengenali haiwan-haiwan.
Banyak juga haiwan-haiwan dan spesis yang ada di Zoo Johor ini.Ada beberapa spesis burung kakaktua,monyet,chimpanzi, buaya,unta,singa, harimau,rusa,badak air,kura-kura dan macammm-macam lagi. Ada jugak spesis ular-ular seperti ular sawa batik dan ular tedung selar (King Cobra).Pendek kata, berbaloilah juga dengan harga tiketnya yang murah dan keseronokan untuk melihat haiwan-haiwan di Zoo Johor ini.
Selain tu ada Taman Arnab Zoo Johor jugak tapi macam tengah renovation je.so tak pergi la jengah. Taman Tasik Mini untuk sewaan ‘paddle boat’ bersama keluarga ngan kuda padi (pony horse)untuk tungangan kanak-kanak pun ada jugak.
Tapi nasib kami tak baik. Hari hujan pulak dah la lebat. Terpaksa la lupakan niat nak bagi unta makan dan menunggang kuda. Lain kali la yer kita pergi pulak.




So itu sahaja laporan Cik Renex ke Zoo Johor. Lain kali Cik Renex cerita ke Pandan Uptown JB lak.

You Might Also Like

0 komen:

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)