Lirik Tegar - Pantaskah Syurga Untukku

September 25, 2013

Salam Zohor semuanya. Bagi yang tengah berehat tu teruskan lah rehat anda sebab gua pun tengah landing² menanti jam 2. Tadi punya lah mengantuk sebelum jam 1 tapi bila dah kul 1 boleh plak mata ni jadi segar bugar. Pastu bila dah nak dekat kul 2 barulah mata ni menggedik nak mengantuk. Tapi takde gunanye sebab rehat dah tamat. #haha

Ok lah,sementara menunggu rehat abis aku nak share satu lagu ni. Aku selalu dengar lagu ni kat radio Suria FM setiap kali lepas azan. Dalam hati aku cakap ,eh macam suara dak Tegar je ni.. Tapi terdetik gitu je la kan takde pulak nak mencari siapa penyanyinya. Dan hari ni aku rajin terlebih maka dengan rajinnye menggoogle. Zaman sekarang kan maju,ko taip je satu bait lirik lagu yang kau dengar tu confirm keluar dah tajuk lagunya.

Best jugak lagu ni sebab lagu ketuhanan. Lirik² lagu dia pun penuh makna. mengenai perihal solat. Meh aku bagi liriknya..

Lirik Tegar : Pantaskah Syurga Untukku

Mengapa begitu berat
jalankan segala perintah Mu
Begitu banyak rintangan
tuk mengarahkan wajah
bersujud kepadamu Tuhan
wooo ooo

Indahnya dunia ini
membuat orang terlena
Bekerja terus bekerja
Tak kenal waktu dan tak kenal lelah
hoooo

Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku

Gema adzan Maghrib, aku di perjalanan
Gema adzan Isya',lelah tubuhku Tuhan
Tak pernah lagi ku baca firman MU
Tuhan tolonglah hambamu uuhuu
Tuhan


You Might Also Like

0 komen

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Subscribe