Senaraikan target yang anda ingin capai

September 04, 2013

Mulakan entri dengan lafaz Alhamdulillah. Ok, sepanjang hidup kamu semua pernah tak list kan apa yang korang target dalam hidup. Ada? Aku ada.

List tu aku senaraikan sebelum aku habis degree. Meh aku sharekan mana yang dah berjaya tercapai.

Pertama. Dapatkan kerja dalam masa sebulan. Maknanya aku hanya akan ada masa sebulan sahaja untuk enjoy lepas habis study. So, first keje yang aku minta adalah guu ganti dan kerja pasaraya . Haha. After seminggu,aku dapat kerja Pasaraya. Jawatan aku Management Information System. Kerja yang berkaitan update hrga barang. Okay lah dari aku duk tanam anggur. Family aku bukan senang sangat so memamg kena usaha sendiri untuk dapat duit, sebab aku ni kaki jalan. Takkan nak mintak duit abah ma lagi kan. Masa belajar lain la.

Kedua. Mempunyai sebuah kereta. Hajat dihati nak honda civic,tetapi agak2 la cik renex gaji kau berapa. So,amik la kereta akak aku yang kebetulan dia nak tukar kereta lain. Dan oh yeah,dapat la aku kereta kancil hitam yang smart giler. Betul la orang kata, kalau dah pakai kereta memang kena berjimat sikit. Tak boleh nak shopping sakan. Tapi bagi yang gaji melimpah ruah tak kot. Aku amik kereta ni Februari 2011. Masa ni aku takde lesen lagi sebab aku baru amik lesen kereta september 2011. Kereta ni kira hadiah aku untuk diri sendiri jugak sebab besday aku bulan 2. :)

Ketiga. Miliki sebuah kamera instax fujifilm. Tahu tak kameranye acaner? Ala,kamera yang bila korang snap terus kuar gambar on the spot tanpa perlu ke kedai photo. Lama dah nak tapi disebabkan harganya yang hmmmm aku terpaksa kuburkan niat aku tu. Aritu ade dapat rezeki lebih,jadi aku tanpa berfikir panjang mintak tlg shima belikan. Kebetulan Shima ade trip ke jepun. Hehe. Sini ade je jual tapi gedik2 nak beli jgk kat Jepun. Murah sikit kan. Heee.

Keempat. Target kahwin 2014. *krik krik krik *bunyi cengkerik. Aku patut ubah target ni ke tahun lain. Sebab memang xkan tahun 2014. Mungkin ke tahun 2020. HAHAHAHA.kbye.

So,pada adik2 semua sila catatkan target anda dan lihat beberapa kali sebelum tidur. Hoho.

You Might Also Like

0 komen

Terima kasih sudi baca sampai habis dan komen. :)

Subscribe