Friday, February 24, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.



D u a P u l u h T i g a 

Nombor yang sedikit kan?Kalau umur 23 pun kira muda lagi kan?kan?kan?

18 Februari 2012 yang lepas adalah hari lahir aku.yeay!Hepi Belated Birthday to me :)

Detik 0000 pada 18 feb tu aku tengah drive Mr K ke Kluang dan yes!my family orang pertama wish birthday to me.Tu pun bila aku cakap "Ma,dah kul 12.Besday aye lah". dan bila check handphone ramai member SMS cakap hepi birthday. Thanks kawan. Eh,sebenarnya orang first yang wish adalah kawan satu kuliah aku.Dia wish awal gile,pagi 17hb.Haha.Semangat dia wish kan.Really appreciated it <3


bila on9 Facebook,takyah cakap la kan.Normal lah bila harijadi,Fb akan tulis kat home.Sah2 sume friend dalam friendlist tahu kan.Dan mana2 yang rajin nak meWish memang akan post ucapan "HB" even sebelum ni xpernah nak bertegur sapa kan.Time ni la ada point nak tulis kat wall FB kan.Nak balas setiap wish memang tak sempat lah kan.Yang mampu hanya LIKE sahaja. 

Kalau takde reminder kat FB tu korang takkan ingat birthday aku kannnnn :)Faham faham.

K lah,bila umur dah 23 ramai cakap umur yang sesuai untuk TUNANG/KAHWIN.InsyaAllah,kalau ada jodoh ada lah.Aku tunggu orang yang first wish tu meminang aku lah.Hehe.:) tettt.Malu giler kalau dia baca kan.banyak lagi aku nak capai dalam tahun ni.Memang banyak giler.Adoii.InsyaAllah akan tercapai .macam tahun lepas,Separuh dah tercapai.


Hadiah?Ada lah jugak dari takde kan.Akak aku bagi tudung.Thanks kak.Kak Fina pun bagi shawk.Thanks kak Fina.Ouh,hari tu masa kat tempat kerja,Intan beli kek kat aku.:)Feeling2 la macam budak kecik semangat nak potong kek,tapi SPOIL pisau macam itu.huhu.Thanks Intan 4 da cake walaupun bukan kau yang buat.Sedap.


kak Fina and me.captured by Intan







Wednesday, February 15, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.







LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect! 
PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke? 
LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan? 
PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin? 
LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah. 
PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak. 
LELAKI : Eh, kenapa????? 
PEREMPUAN : Kerana tiga sebab 

Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka. 
Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama. 
Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah.. 
LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk. 
PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Salam.
LELAKI : Wslm



So.amacam cerita di atas.Pernah terjadi pada diri anda?

Aku suka part yang ni 

"Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik."

"Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada."

"Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah.. "

sebab itu aku lagi suka bagi ayat macam ni 

"Saya tidak menjanjikan pape.Jangan salahkan saya kalau suatu hari nanti saya tetap tidak dapat terima awak.Jangan salahkan saya jika hati saya terbuka untuk orang lain.Saya taknak beri sebarang harapan kepada awak.Harap awak faham."

Friday, February 3, 2012